Mengapa senyap silu institusi-institusi yang diagung-agungkan sebagai sumber pemikiran pengetahuan Islam, tetapi tiada satu suara pun memberi sebarang ulasan berkenaan isu Syiah, kata Ridfan Abdul Hamid.
Sejak PAU baru-baru ini, Malaysia gamat dengan masalah fahaman Syiah. Mat Sabu menjadi tumpuan pelbagai cerita dan fitnah tentang akidahnya; beliau dikatakan pengikut syiah ke penyokong syiah ke peminat setia Syiah.
Beberapa tahun dahulu kita sibuk dengan kesesatan Wahabi, dan sebelum itu Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari (yang terasa agak bernas berbanding tomohan-tomohan yang dilempar kini).
Kita boleh turut perbahas apa yang benar, yang tepat, dan yang sesat; tetapi rasanya ada ramai yang lebih arif di Malaysia, dan ini persoalannya: di mana pendita-pendita, dan professor-professor ilmiah Islam Malaysia dalam kemelut akidah Melayu Muslim? Jika tidak silap, Malaysia mempunyai beberapa kolej, kolej universiti dan universiti berdasarkan fahaman Islam; dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ke Kolej Universiti Darul Quran Islamiah, ke Kolej Islam Sains dan Teknologi, dan banyak lagi institusi pengajian swasta Islam di merata tempat.
Di manakah suara pusat-pusat pemikiran Islam Malaysia tentang kemelut Syiah dan Sunnah Wal Jemaah dan Wahabi? Sudah pasti mereka telah merantau serata dunia menimba ilmu Islam dari universiti-universiti Islam terkenal seperti di Mesir dan Afrika. Di institusi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysialah sepatutnya berbagai arus Islam bertemu untuk meneliti sejarah dan politik Islam dulu dan sekarang. Kenapa tidak didebatkan perkara-perkara yang terang-terang (kalau difahami dari suara-suara menteri kita) yang mengancam cara hidup Melayu Muslim di Malaysia?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Contoh yang mungkin jelek bagi seorang Muslim: ada sebahagian akademia Israel yang mengeluarkan tulisan mengkritik polisi kerajaan Israel, lebih-lebih lagi apabila polisi-polisi tersebut mengancam hak-hak mereka yang tertindas (seperti penduduk Palestin). Kertas-kertas akademik tentang kesan pemerintahan Israel seperti pembentukkan ruang-ruang ghetto untuk satu kaum ada dikeluarkan dan diwar-warkan oleh sebilangan institusi-institusi pengajaran tinggi di sana. Suara mereka berdasarkan ilmu dan professionalisme, bertunjang kepada peranan seorang pendita.
Sebaliknya di Malaysia kita dihujani kenyataan demi kenyataan oleh ahli politik, para soldadu media sosial, dan mereka yang berkerja dibawah naungan kementerian-kementerian pemerintah (dengan syarahan, khutbah Jumaat dan hujahan-hujahan makan malam). Apa yang mereka katakan tentang fahaman Syiah berbunyi seperti umpatan ditepi tangga, memperkecilkan dan memperlekehkan amalan seharian pengikut Syiah tanpa rujukan sahih akademik. Mereka dibantu pula oleh media perdana Malaysia untuk membesar-besarkan tuduhan-tuduhan ini sehingga ia seperti mengancam akidah keseluruhan umat Melayu Muslim Malaysia.
Kenapa tiada institusi-institusi yang melahirkan ribuan graduan memegang ijazah berdasarkan Islam tidak berani mengupas fahaman Syiah dengan rujukan kepada sejarah, tulisan pendita dunia Islam, dan buku-buku falsafah Islam yang pasti sedia ada di perpustakaan mereka. Tiada satu pun telah memaklumkan kepada umat Melayu Muslim bagaimana negara-negara Islam utama telah menandatangani persuratan mengiktiraf Syiah sebagai salah satu cabang Islam yang sahih. Tiada satu pun mengungkit fakta bahawa pengikut Syiah bertahun bertarung dengan bala tentera Israel di Lebanon sehinggalah mereka terpaksa berundur dari negara itu? Tiada satu pun memaklumkan kejayaan pengikut Syiah mengalahkan tentera Israel di perang Israel/Lebanon 2006? Ini fakta-fakta yang mungkin lebih berkesan dari kritik remeh seperti pengikut Syiah berpuasa lebih masa dari muslim Sunnah Wal Jamaah.
Mengapa senyap silu institusi-institusi yang diagung-agungkan sebagai sumber pemikiran pengetahuan Islam, tetapi tiada satu suara pun memberi sebarang ulasan berkenaan isu Syiah ini? Mungkin persoalaan yang lebih penting untuk difikirkan adalah bukan di mana institusi-institusi ini, tetapi apa gunanya institusi-institusi ini jika mereka tidak bersuara apabila jentera pemerintah memutar-belitkan fahaman pengikut-pengikut cucu Nabi Muhammad SAW?
Ridfan Abdul Hamid ialah ahli jawatankuasa Aliran.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Fenomena membisu ini ada persamaan dgn kelesuan OIC yg ditubuhkan utk perkasa deenul-Islam & komuniti Muslim. Unsur conflicting interest menjadi factor yg dominan membantut keterbukaan minda utk melahirkan pandangan kritikal & analitis terhadap isu-isu controversial semasa. Institusi scholarly Ulama, scholarly intellectual academician & institusi politik dlm negara belum menunjukkan tanda mahu bermuafakat & sepakat dlm merangka pelan strategic pembangunan ummah. Inisiatif ini amat diperlukan demi survival of nation menjelang abad 21. Prolong exposure to lethal political turbulence for the past 60 years has resulted in systemic evaporation of trust & polarization of Muslim spesies in the country. We don’t need innovative space scientists nor weird mathematicians to formulate the strategic plan of action. NATION AT RISK