Mungkin kita boleh mengikat pengurangan tariff terhadap barangan dari negara lain pada kerelaan negara berkenaan untuk meningkatkan gaji minima pada kadar yang berpatutan, ujar Jeyakumar Devaraj.
Akta Induk Penggalkan Pelaburan telah digubal hampir 30 tahun dahulu. Pada masa itu, tembok Berlin masih berdiri dan negara Cina tetap komunis.
Pada takat itu Malaysia merupakan antara negara-negara di Dunia Ketiga dengan paras gaji yang terendah, dan strategi memakai gaji rendah kita untuk mengeluarkan barangan untuk pasaran Eropah Barat dan Amerika Syarikat adalah satu strategi yang munsabah pada tempoh itu. Itu digelar “export-led growth” dan memang ia adalah satu strategi yang berpatutan pada takat itu.
Tetapi dunia sudah banyak berubah dalam 30 tahun yang lalu. Tembok Berlin telah runtuh, dan negara Cina teluk memeluk system ekonomi kapitalis dan sekarang merupakan lokasi perkilangan dengan gaji yang jauh lebih rendah dari gaji di Malaysia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Migrasi kilang-kilang dari Eropah dan Amerika ke Cina dan Vietnam telah memiskinkan kelas pekerja dan pertengahan (middle class) di negara-negara itu dan menyekat penambahan permintaan kasar di negara-negara maju. Aggregate demand di negara maju tidak berkembang pesat untuk beberapa tahun yang lalu.
Jadi kita memerlukan satu dasar ekonomi yang baru. Kita tidak boleh bergantung pada pasaran negara maju untuk menjual barangan yang dikeluarkan oleh negara kita. Kaedah memakai “low-cost production” dan “export-led growth” tidak boleh dipakai lagi. Kita mesti cari cara untuk menjana permintaan dalaman negara ataupun domestic demand untuk memperkembangkan industry kita.
Tuan yang Pertua, ini memerlukan satu pendekatan yang baru. Kita kena mengatasi beberapa kekangan dan sekatan yang wujud sekarang. Kita kena cari satu kaedah untuk memastikan usaha memperkembangkan permintaan kasar dalaman tidak hanya mengutungkan negara serantau atau Cina yang kekalkan paras gaji yang lebih rendah daripada kita.
Dalam perkara ini, mungkin kita boleh belajar dari kaedah-kaedah yang dipakai oleh Amerika Syarikat dalam perundingan TPPA umpamanya “yarn forward rule” ataupun kaedah “country of origin”. Mungkin kita boleh mengikat pengurangan tariff terhadap barangan dari negara lain pada kerelaan negara berkenaan untuk meningkatkan gaji minima pada kadar yang berpatutan.
Jika negara lain sedia memperkembangkan pasaran dalaman mereka, tidak salah kita membuka ruang untuk industry negara itu dapat untung daripada pasaran dalaman kita kerana kita pun boleh ekspot ke negara itu.
Sama juga dengan isu cukai koporat. Malaysia harus usaha untuk membina satu jaringan negara yang sedia meningkat kadar cukai koporat secara beransur tetapi terus. Peningkatan pendapatan kerajaan akan menjana pasaran dalaman apabila kerajaan tersebut melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan kebajikan rakyat. Negara-negara dalam jaringan sebegini harus diberi keistimewaan dalam hal-hal perdagangan.
Saya harap kerajaan kita ambil berat untuk mengkaji dan menggubal satu pendekatan yang baru yang lebih sesuai bagi situasi ekonomi antarabangsa yang berwujud sekarang.
Ucapan ini dibuat semasa perbahasan terhadap rang undang-undang meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme