Rakyat menolak sentimen negatif BN dan kuncu-kuncunya yang hanya bertujuan memecah belahkan negara ini dan mengaburi mata rakyat jelata, ujar Sheila Santharamohana.
Amat sukar untuk berasa bangga sebagai rakyat Malaysia tatkala ini, terutamanya bila tanahairku berada di dalam cengkaman kerajaan BN-Umno yang semakin ketara bersifat apartheid, autokratik dan bongkak.
Tambahan pula, puak ekstremis yang sibuk melolong menyuruh kaum bukan Melayu-Islam keluar dari tanahair kerana ‘engkar’: tidak menyokong hudud ataupun kononnya terlalu kaya dan berjaya ataupun tidak menyumbang sama sekali kepada pembangunan Negara Malaysia.
Tidak kurang juga mereka yang memanggil kaum bukan Melayu-Islam sebagai pelacur kelas pertama hanya kerana golongan ini ingin menentang kerajaan yang tidak berhati perut dan buta terhadap kesengsaraan rakyat yang kurang bernasib baik atau berkemampuan.
Adakah golongan lantang ini lebih patriotik atau lebih sayang kepada negara daripada mereka yang sanggup menyuarakan pendapat bertentangan atau menjadi perserta demonstrasi jalanan – walaupun boleh didakwa Akta Hasutan?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Adalah lebih sukar untuk berenang menentang arus dari berenang mengikut arus. Risikonya terlalu tinggi sehingga boleh dipenjarakan, dilucutkan jawatan atau dibuang universiti. Inilah kerajaan yang sesungguhnya sanggup angkat bakul sendiri dengan versi demokrasi yang kononnya terbaik di dunia.
Ekstremis suruhan BN – cakap senang, nak buat susah!
Isma, Perkasa dan pertubuhan suruhan kerajaan rasis BN yang dibiayai oleh duit kerajaan tidak malu walhal ‘memakan’ duit cukai yang kebanyakkannya disumbang kaum bukan Melayu. Tidak kurang dengan itu, tidak segan lagi memanggil ‘sponsor’ mereka ini ‘penceroboh’ biarpun sanggup menjadi ahli lembaga pengarah syarikat kafir Genting.
Inilah ‘pejuang’ hak Melayu yang sempat lagi berdiri satu bahu dengan pihak berkuasa yang mengamalkan polisi membodohkan dan memiskinkan kaum rakyat, tetapi mengkayakan diri dan keluarga sendiri. Kalau ini bukan satu penderhakaan, berikanlah definisi yang baru.
Adakah mereka yang suka mengeluarkan pendapat perkauman dan anti-Kristian ini keluar meninjau keperitan kehidupan rakyat marhaen? Kalau sekadar hendak bercakap, pasti senang, tetapi adakah mereka ini mengorak langkah turun padang untuk mengadakan program untuk menolong golongan miskin tegar. Batang hidung pun tidak kelihatan. Mesejnya di sini: Talk is cheap – and liars? A dime a dozen.
Realitinya sekarang
Hari Ahad selalunya hari yang ditetapkan untuk keluarga keluar bersiar-siar di samping membeli barangan keperluan rumah. Setiap hari minggu, saya pun ke pasaraya Giant untuk tujuan yang sama.
Apabila menunggu giliran untuk bayar, saya selalu meninjau troli keluarga di barisan bersebelahan saya. Bukan apa tetapi kerana ingin tahu bagaimana keluarga lain menyara keperluan kehidupan pada masa nilai wang ringgit jatuh merudum, inflasi semakin tinggi dan duit gaji yang tidak berganjak sejak dua dekad yang lepas.
Bagi golongan kurang berkemampuan, santapan harian telur, ubi, nasi, mee hoon, kek dan bebola ikan berlaukan sayur sawi, bayam atau kobis menjadi lumrah. Pada hujung bulan, untuk menukar selera, juadah sardin atau ayam (bukan ayam RM1).
Kalau tak mampu, kerajaan suruh ternak ayam sendiri. Kalau tidak dapat menampung kehidupan bandar kerana tidak cukup gaji, kerajaan sarankan cari kerja malam. Masih kesempitan wang? BN war-warkan kita tanam sayur di perkarangan rumah pangsa. Lagi tidak setuju dengan polisi kerajaan? Baik keluar sahaja dari Malaysia ini. Inilah wawasan dan strategi ‘problem solving’ kerajaan prihatin BN.
Makanan itu hak asasi manusia. Ia merupakan perbelanjaan paling besar untuk keluarga yang mempunyai anak-anak ramai. Malah, salah satu cara untuk membaiki kehidupan sekeluarga ialah untuk memberikan anak-anak makanan yang sihat dan seimbang supaya mereka berpeluang untuk maju dalam persekolahan dan pertumbuhan mereka.
Jika cukai GST dikenakan pada bulan April depan, ia akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan akhirnya, anak-anak juga yang menjadi mangsa.
Taktik menutup kelemahan kerajaan BN
Negara Malaysia ini sedang tenat dengan ekonomi tidak stabil, nilai matawang ringgit jatuh merudum dan gaji pekerja yang semakin kecil nilainya dengan inflasi tinggi. Harga keperluan melambung naik; namun tiada modal idea yang berwawasan diutarakan oleh kerajaan BN untuk menampung masalah ini.
Hanya soal Kristian, masyarakat Cina kononnya semua kaya raya, hudud, kedudukan Islam, ketuanan dan hak istimewa Melayu yang asyik hangat diperkatakan. Adakah ini tipu helah kerajaan BN untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu ekonomi dan penyelewengan duit negara? Persengketaan yang sengaja direka untuk menimbulkan kesangsian, kebencian dan perselisihan di kalangan rakyat sementara wang rakyat disapu bersih oleh yang korup?
Masyarakat Malaysia bukan Melayu-Islam sedia maklum negara ini majoritinya Melayu. Golongan ini sedia maklum Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Kedudukan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara termaktub dan tidak boleh disangkal. Itu salah satu kepastian kepada bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Sentimen perkauman dan kebencian yang kian lantang sekarang ini merunsingkan golongan rakyat bukan Melayu-Islam. Walaupun sering dijadikan sebab utama kemunduran kaum Melayu ataupun dijadikan kambing hitam, hendaklah diingat musuh sebenarnya bukanlah golongan masyarakat bukan Melayu-Islam.
Sebaliknya kerajaan BN dan organisasi ‘outsource’ mereka dalam agensi kerajaan seperti Jakim, Isma, Perkasa dan lain-lain yang mejadi musuh kerana hendak mengaburi isu yang sebenarnya – kerajaan BN ini telah merugikan dan melaratkan negara kita dalam 57 tahun sejak merdeka.
Eloklah masyarakat Malaysia terima kenyataan semua tenaga rakyat Malaysia tidak kira bangsa atau agama diperlukan untuk majukan negara ini. Situasinya kini semakin meruncing dan kehidupan dan masa depan anak-anak Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Dayak akan menjadi malap di bawah kerajaan ‘autopilot’ ini. Kita mesti mengenepikan sifat membenci dan tidak toleransi dan maju sebagai masyarakat Malaysia yang bersatu.
Negara ini masih aman. Biarkanlah ia begitu dengan menolak sentimen negatif BN dan kuncu-kuncunya yang hanya bertujuan memecah belahkan negara ini dan mengaburi mata rakyat jelata.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
I wish that Ku Li before he permanently depart from us, should speak out the realities that were entombed by OSA… to anak anak Malaysia.
If he sincerely wants Malaysia to go on correct direction, speaking out will inspire 52% who need truth to ascertain that their thoughts are not wrong. His speaking out will help the fence sitters make their choices. His speaking out will wake some of the slumberers.
Ku Li, keep talking n lecturing by skirting the facts only cannot help correct the Malaysia History nor Malaysia economy. By (allegedly) covering up the crooks KuLi you ONLY earns a passing remark in Sejarah…. that’s all. Meantime the crooks know that being untouchable they will voraciously suck like parasites.
KuLi …put your loyalty on Malaysia not your politicians.
This UMNO moron are the uneducated leaders. Their survival as a party is of a limited time. Racial issue propaganda is always on their scorechart.
Malaysian born before Merdeka are still around and know witnessing the stupidity of the ruling giver
23 billion ringgit Malaysia is wasted yearly by means of corruption.
Those of us sitting on a comfortable also have being effected by this government.
Stand up wake up stand up for your rights …nursery rhymes of sitting
Thank you ARH. Will endeavour to write more. As the voices of the unreasonable rise, we have to remind ourselves how this nation was born and developed.
Sheila, I can’t agree with you more. That’s what we, the ordinary rakyat, are
experiencing now. Hope to hear more from you. Best wishes.