Home TA Online 2016 TA Online 1MDB: Paparkan akaun, transaksi, laporan audit untuk tatapan umum

1MDB: Paparkan akaun, transaksi, laporan audit untuk tatapan umum

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Cara inilah yang terbaik bagi membersihkan nama-nama perdana menteri dan ketua pegawai eksekutif 1MDB yang kini kian tercemar, ujar WH Cheng.

Perdana menteri dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mengambil perhatian.

Jika sekiranya anda bedua tidak bersalah dan tetap dengan pendirian tersebut, paparkanlah akaun-akaun yang terkini dan segala-gala transaksi kewangan yang ada serta laporan jabatan audit negara ke atas 1MDB untuk tatapan umum, untuk dikaji oleh pakar-pakar perakauanan bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kenapa kita berkata demikian? Ini adalah kerana jawatan perdana menteri itu adalah suatu kedudukan yang mempunyai kepentingan umum. Sesiapa yang menduduki jawatan tersebut hendaklah melaksanakan segala tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara dengan sejujur dan seamanah dengan sewajarnya.

Segala tindakan beliau akan mendapat perhatian umum; segala kenyataan beliau akan juga mendapat perhatian umum. Begitu juga dengan tindakan peribadi beliau yang berkemungkinan juga akan memberikan suatu gambaran moral sama ada beliau itu baik atau sebaliknya.

Melainkan jika sekiranya beliau bukanlah seorang perdana menteri, dan maka dengan itulah kami tidak akan mempunyai hak untuk menggesa agar beliau memaparkan akaun peribadinya untuk tatapan umum, kerana kita tidak boleh mencerobohi hak keperibadiannya sebagai seorang biasa.

Perkara yang sama juga perlu dirujuk kepada kedudukan 1MDB dan CEOnya sekarang. Jika sekiranya 1MDB itu bukan sebuah syarikat milik kerajaan dan merupakan sebuah syarikat sendirian berhad, dimiliki oleh orang perseorangan yang hanya menjalankan perniagaan yang biasa dan sah, itu kita tidak berhak untuk campurtangan.

Akan tetapi, 1MDB adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (government-linked-company), sejurus daripada itu, haruslah memastikan agar segala akaun dan transaksi perniagaan serta kegiatan pelaburannya adalah dilaksanakan selaras dengan kepentingan rakyat dan negara pada keseluruhannya.

READ MORE:  The never-ending task of accounting for 1MDB

Jadi, jika sekiranya kedua-dua institusi ini (perdana menteri dan 1MDB) ditimpa masalah, kontroversi ataupun terlibat di dalam apajua skandal, adalah wajar kedua-dua pihak tersebut tampil ke hadapan dengan sukarela dengan mengumumkan kepada orang ramai apakah isi kandungan kegiatan, transaksi dan faktor-faktor kewangan mereka yang sebenarnya.

Ini agar rakyat jelata dapat meniliti, mengkaji, memahami dan seterusnya memberikan kata putus sama ada mereka ini benar-benar bersalah atau tidak.

Di dalam hal tersebut, sehingga pada hari ini, kami masih kurang memahami kenapa perdana menteri dan 1MDB masih enggan mendedah laporan jabatan audit negara ke atas 1MDB untuk tatapan orang ramai sebaliknya memilih untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk merahsiakan kegiatan kewangan mereka?

Apakah mereka ini tidak sedar bahawa perbuatan merahsiakan itu akan membangkitkan lagi syak wasangka rakyat terhadap mereka? Apakah mereka ini tidak sedar bahawa perbuatan mereka ini akan mengakibatkan lebih banyak spekulasi timbul? Apakah mereka ini tidak sedar bahawa perbuatan merahsia mereka ini akan lebih memburukkan keadaan?

Akhir sekali, oleh kerana kedudukan perdana menteri dan 1MDB ini adalah berkait dengan kepentingan negara, kedua-dua skandal tersebut telah banyak menjejaskan ekonomi negara, dan kepercayaan pelabur asing terhadap negara ini juga telah semakin pudar dan berkurangan.

Ini adalah merupakan suatu peluang terakhir buat perdana menteri dan 1MDB demi membersihkan nama mereka di kalangan rakyat, di arena antarabangsa dan seterusnya menyelamatkan negara kita daripada keadaan ekonomi yang semakin tenat.

Paparkanlah segala akaun-akaun, transaksi-transaksi kewangan serta kegiatan pelaburan yang terkini serta laporan jabatan audit negara ke atas 1MDB untuk tatapan umum, untuk dikaji oleh pakar-pakar perakaunan bebas yang diiktiraf.

READ MORE:  The never-ending task of accounting for 1MDB

Cara inilah yang terbaik bagi membersihkan nama-nama kedua-dua institusi tersebut yang kini kian tercemar. Jangan asyik menyalahkan pihak-pihak lain. Cerminkanlah diri sendiri!

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x