Sistem pengurusan varsiti di Malaysia dan elaun-elaun atau biasiswa diberi kepada pelajar harus dikemaskini dan distruktur semula, ujar Farha Yusof.
Berita menggemparkan apabila ada mahasiswa kekurangan duit sehingga harus berikat perut demi menampung perbelanjaan.
Memang diakui ada mahasiswa dari latar belakang yang miskin dan kurang berkemampuan sehinggakan wang PTPTN atau biasiswa dihantarkan ke keluarga di kampong buat perbelanjaan adik-adik bersekolah dan keperluan harian keluarga.
Tetapi adakah semua pelajar yang mengatakan kos sara hidup tinggi itu benar-benar dalam situasi yang sempit dari segi kewangan? Realitinya dari mata seorang mahasiswa sendiri: ada yang bising di media sosial yang mengatakan dia mengikat perut itu bukanlah kerana tidak cukup wang tetapi realitinya adalah dia berjimat cermat untuk membeli rokok, perisa vape, kopi kafe hipster, starbucks dan sebagainya yang seiring dengan trend untuk diupload ke Instagram!
Ada MP Pas bercadang supaya mahasiswa diberi elaun tambahan. Percayalah, itu hanya akan buka kepada lebih salah guna seperti baucer buku 1Malaysia yang boleh titukar ke bentuk wang ringgit tanpa membeli buku.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lebih baik diwujudkan satu mekanisma untuk memberi makanan kepada pelajar dengan dana sebegitu, wujudkan sistem seperti di ITM zaman 70-an dan 80-an dulu dimana makanan disediakan di kolej-kolej kediaman.
Makanan tak sedap? Mahasiswa yang lantang membicara isu negara di media sosial haruslah fikir dengan waras mana keperluan mana keinginan.
Sebuah gerakan Food For Mahasiswa (FFM) di UKM oleh pelajar undang-undang varsiti itu yang memberi makanan kepada pelajar secara percuma harus dipuji, dan model gerakan ini harus dicontohi.
Tetapi kita tidaklah boleh harapkan mahasiswa menyelesaikan isu ini sendirian; mereka dikekang dengan birokrasi university juga yang kadang kala mementingkan ‘tender’ kafe kolej kediaman atau kafe fakulti dari kebajikan mahasiswa itu sendiri. Ada rakan yang mengatakan kafe mengenakan harga yang tinggi di dalam kampus sendiri; jika inilah situasinya mana mahasiswa tidak ikat perut?
Bila harga dipertikaikan, dibuat laporan kepada majlis perwakilan pelajar juga menemui jalan buntu. Inilah realitinya; bukanlah isu wakil pelajar itu pro-kerajaan atau pembangkang, tetapi ramai yang diundi ke majlis perwakilan pelajar ini tidak mempunyai kuasa untuk melakukan banyak perubahan.
Nak diboikot dan makan diluar bukan semua berkenderaan sendiri untuk makan di luar kampus. Oleh sebab itulah, sesetengah pengusaha kafe yang mendapat tender tidak hiraukan langsung keluhan pelajar.
Tuntas, isu ikat perut yang menjadi buah mulut beberapa hari mempunyai dinamik melibatkan pelbagai pihak, mahasiswa dan juga kerajaan sendiri.
Sistem pengurusan varsiti di Malaysia dan elaun-elaun atau biasiswa diberi kepada pelajar harus dikemaskini dan distruktur semula.
Farha Yusof, who is currently pursuing his tertiary education, is involved in social activism in the Klang Valley.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme