Home TA Online 2017 Young Writers Perginya seorang ‘Galileo Galilei’ Melayu

Perginya seorang ‘Galileo Galilei’ Melayu

Kassim Ahmad (di tengah) dengan penulis Jefry Musa (kanan)

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Pada Jefry Musa, Kassim Ahmad, yang sangat merendah diri, merupakan cendiakawan dan intelektual Melayu yang berani.

“Orang ini ada aliran fikiran dalam masyarakat, politik, ekonomi, teologi apa semua. Jadi dia nak pendapat dia diterima oleh masyarakat, jadi dia bubuh atas nama nabi, supaya orang percaya, kalau bubuh atas nama dia ni, sapa pun tak peduli.”

Jika ada yang bertanya kepada saya, manusia yang bagaimanakah Pak Kassim ini? Saya akan menjawab kepadanya, manusia pertama yang ada pada Pak Kassim adalah seorang yang sangat merendah diri. Sifat inilah sebenarnya yang menjadi ketakutan yang paling besar kepada musuhnya kerana perlu berhadapan dengan seorang yang terbuka (untuk berdialog) dan bertutur mengunakan bahasa yang halus dan mudah untuk difahami.

Manusia yang kedua yang ada padanya tentulah seorang cendiakawan dan intelektual Melayu yang berani. Keberanian inilah yang menyebabkan Pak Kassim benar-benar dibenci kerana sudah menjadi sesuatu yang tabu di negara kita hari ini untuk seseorang mempersoalkan sesuatu yang boleh mengugat status quo. Lihatlah anak-anak kita membesar di sekolah, di universiti hari ini, budaya bertanya merupakan sesuatu yang asing untuk mereka. Mereka membesar dengan ketakutan yang maha dahsyat sehingga mendengar seorang paderi mengunakan nama ‘Allah’ sahaja boleh mengugat kerangka kepercayaan ketuhanan mereka.

Immanuel Kant dalam tulisannya bertajuk “What is Enlightenment?” percaya bahawa pencerahan itu adalah kemunculan seseorang dari ketidakmatangan (yang saya terjemahkan sebagai jahiliyah) yang sendiri dipikul. Makna kata seseorang yang tercerah itu adalah seseorang yang berani mengunakan kefahaman sendiri (Sapere aude!). Orang yang tak tercerah adalah orang yang tidak mempunyai keupayaan untuk mengunakan kefahaman sendiri tanpa panduan orang lain. Inilah yang berlaku kepada masyarakat jahiliyah Arab (sebelum wahyu diturunkan). Mereka mengikut secara membuta tuli tradisi tanpa mempersoalkan walaupun sedikit.

READ MORE:  Politik Islam membina hubungan baik dan buat kebajikan untuk semua, bukan menghina dan bermusuhan

“Bukhari kutip enam ratus ribu hadis, dia tapis tapis tapis, dia pilih tujuh ribu lebih kurang. Makna kata dia tolak (hampir) 99.9 peratus hadis yang dikutip. Jadi kadang-kadang saya melawak dengan kawan-kawan saya, saya kata yang tolak hadis atau yang anti hadis ni bukan Kassim Ahmad, Bukhari lah.”

Yaa Pak Kassim pergi dengan ketidakadilan, ketidakjujuran manusia terhadapnya. Hampir separuh daripada sisa-sia hidupnya dihabiskan untuk berhadapan dengan tuduhan bahawa beliau seorang Anti Hadis. Pengunaan kata Anti itu merupakan satu fitnah yang maha besar kepadanya sedangkan dia menulis sebuah buku bertajuk Hadis Satu Penilaian semula.

“Penilaian makna kita kaji balik, bukan kita anti. Kebanyakkan ulamak ini dia nak ambil jalan mudah, nak bagi orang benci dekat saya. Dia kata saya anti hadis.”

Saya tidak mahu disini untuk kita meletakkan Pak Kassim di suatu tempat bernama kebenaran. Tujuan tulisan ini ditulis bukan untuk menuju kepada kesimpulan sebegitu. Apa yang saya mahu adalah kita adil dalam meletakkan nilai/pandangan/pendirian kita terhadapnya. Makna kata saya mahu kita membuat satu penilaian yang rasional dengan minda yang jauh dari ketidaksedaran.

Saya masih ingat ketika keluarga arwah sedang bertungkus rumus menguruskan jenazah Pak Kassim, saya mendapat berita daripada teman menunjukkan tulisan seorang mufti cuba menghina pengurusan kematian arwah. Saya fikir kita semua kenal mufti ini, tidak perlu saya menyembut namanya. Di antara tokoh yang menjadi sumber inspirasi mufti ini adalah tokoh pemimpin kaum muda, Almarhum Prof Dr Haji Abdul Malik atau kita kenali sebagai Buya Hamka.

Buya Hamka merupakan seorang yang sangat berhati besar. Ingatkah kita kisah permusuhan diantara Buya Hamka dan Sukarno (Presiden pertama Indonesia)? Buya Hamka dipenjara, diasingkan daripada keluarga, difitnah dengan bermacam dakwaan selama bertahun-tahun.

READ MORE:  Wajah lain Islam

Namun ketika Sukarno dijemput ilahi, Buya Hamka tidak menulis surat menghina kematian itu, tidak pula dia berkata-kata sinis untuk memenuhi kepuasan dendamnya. Malah Buya Hamka dengan rela hati menerima untuk menjadi imam solat jenazah Sukarno, orang yang telah berlaku zalim terhadapnya.

Pak Kassim di dalam sejarah hidupnya tidak pernah menzalimi atau menindas sesiapa, namun hanya berbeza pendapat, ada di antara kita sanggup menjual sifat kemanusiaan kita demi memuaskan nafsu, kepentingan politik dan kuasa mereka.

Di dalam buku Hadis Satu Penilaian Semula, Pak Kassim merumuskan tiga tugas besar mukmin iaitu:

  • menilai semula secara kritikal keseluruhan warisan tamadun Islam;
  • mengasimilasikan secara kritikal tamadun moden Barat; dan
  • membina asas tamadun baru Islam yang akan menyelamatkan dunia dari kehancuran nuklear.

Saya fikir inilah yang Pak Kassim mahu kita fikirkan dan kerjakan bersama. Jika beliau masih hidup, saya pasti beliau tidak mahu kita membuang masa bergaduh tentang bagaimana cara mengebumikan beliau, keadaan jenazah beliau, parti politik mana yang menguruskan dan lain-lain lagi.

Saya tinggalkan pembaca dengan secebis rangkap daripada puisi Pak Kassim, Sidang Ruh:

nanti akan padamlah dengan sendirinya
lampu dari menara tinggi
kerana di bawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.

Jefry Musa ialah aktivis mahasiswa dan pelajar tahun akhir pusat pengajian sains kemasyarakatan universiti tempatan.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Solihen b. Ridwan
14 Oct 2017 8.43am

Dalam Islam ,, kesahkan yg baik baik bila seseorang telah meninggal !

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x