Aku bersedih dalam sepi
Negara tercinta
dibanjiri titisan
demokrasi
Kerana pengkhianat keparat
pertuhankan nafsu diri
songlap harta ibu pertiwi
Ku ….
Ku …. lihat
Ku lihat …. Demokrasi
Ku lihat Demokrasi ….
tersungkur
Ku lihat Demokrasi
tersungkur …merah
menggelitik di pinggir
jalan
Cuba melutut.
Cuba menyiku
Cuba mendagu
Enggan menutup matanya
untuk kali terakhir
Ramai enggan mengerti
Ramai membatalkan diri
Ramai rela termakan budi
melelong agama
membangsatkan
keturunan murni
Wahai pejuang… akar umbi
Bangunlah
Transformasi lah seruan
demokrasi
Hancurkanlah kezaliman ini
demi generasi yang
menanti
– nasir, julai 2016
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps: