Home TA Online Anwar Ibrahim yang sentiasa menjelma

Anwar Ibrahim yang sentiasa menjelma

Anwar faces a daunting challenge

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Diterbitkan dalam Aliran pada 30 Mac 2018, sebelum pilihan raya 9 Mei 2018:

Kita mempunyai pelbagai sebab yang bagus, ketika ditiup semangat optimis Anwar, untuk mencari ‘harapan’ dalam situasi yang mustahil, menurut Khoo Boo Teik.

Ilmuan teragung dalam politik Asia Tenggara, Benedict Anderson, pernah menasihati pelajarnya (salah seorang pelajarnya menyampaikannya kepada saya) bahawa, “Apabila kamu mempelajari sesuatu, beri perhatian terhadap apa yang kamu lihat tetapi fikir tentang apa yang kamu tidak dapat lihat.”

Nasihat berguna inilah yang saya akan ingat setiap kali saya menonton video klip YouTube mengenai acara Pakatan Harapan seperti pelancaran manifesto mereka pada 8 March 2018 iaitu Hari Wanita Sedunia dan ulangtahun ke-10 tsunami 2008.

Setiap kali, saya akan beri perhatian terhadap siapa yang hadir di acara tersebut – seperti Dr Mahathir Mohamad, untuk mengambil contoh yang jelas. Pada masa yang sama, saya akan fikirkan ketiadaan Anwar Ibrahim.

Kemudiannya saya akan terkejut bagaimana Anwar secara langsung memberi inspirasi atau sebaliknya memimpin masyarakat kita untuk ‘fikirkan yang mustahil’ – bukan sekali tetapi lebih lima kali sejak 20 tahun yang lalu.

Kali pertama adalah pada 1998-99 bila majoriti pengundi Melayu (mengikut pemerhatian kawan lama yang dirindui, Khoo Khay Jin) bangkit untuk menyokong sesuatu yang mustahil sebelum ‘reformasi’, iaitu sebuah kerajaan persekutuan yang tidak dipimpin oleh Umno. Hasil kebangkitan tersebut telah menyebabkan Umno hilang undi popular Melayu pada pilihan raya umum 1999.

Kali kedua adalah sekitar tahun 2006: kempen bebaskan Anwar sebelum pilihan raya 2008 dengan idea untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Dia berhujah biasanya dengan orang Melayu bahawa DEB telah dimanipulasi oleh Umnoputera dan kroni-kroni mereka.

READ MORE:  Has Anwar really failed Malaysians?

Ramai orang termasuk saya tertanya-tanya, adakah Anwar, ‘musuh kerajaan’, seorang yang terlampau pandai atau terlampau bodoh? Bukankah dia mempertaruhkan status politiknya untuk menghasut orang Melayu ke arah yang mustahil – ‘hidup tanpa DEB’? Namun Anwar tidak memusnahkan dirinya.

Sebaliknya, tsunami 8 Mac 2008 telah mendatangkan hasil yang mustahil untuk kali ketiga. Bekas presiden Aliran, P Ramakrishnan, seperti mereka yang masih hidup sepanjang semua pilihan raya umum, memberitahu saya, “Saya tidak pernah bayangkan Barisan Nasional akan kehilangan dua-pertiga majoriti dan lima negeri.”

Biarlah rekod mengingatkan kita bahawa Anwar tidak membuat janji kosong sebelum pilihan raya umum 2008 apabila beliau berkata pembangkang boleh memerintah jika pilihan raya adil diadakan.

Antara pilihan raya umum 2008 dan 2013, Anwar telah memimpin Pakatan Rakyat sehingga ke sistem politik moderat, menurut ahli Parlimen Liew Chin Tong. Sebelum ini siapa sangka gabungan DAP-Pas-PKR, yang dianggap oleh para penganalisis adalah tidak sesuai, dapat bertukar tempat dengan ideologi Umno-BN? Siapa dapat jangka Pakatan yang moderat itu – yang dilambangkan melalui imej Melayu membawa bendera DAP dan bukan-Melayu memegang bendera Pas – dapat menolak Umno ke tahap ideologi pinggiran?

Semasa temubual selepas tsunami oleh Asia Inc, Anwar dengan gembiranya berkata, “Lawaknya ialah: Umno kurang Melayu pada 7 Mac (2008), kalau ia jadi lebih Melayu mungkin dapat menang banyak undi.”

Umno menjadi ‘lebih Melayu’ sebelum pilihan raya umum 2013 dan berjaya mendapatkan kembali beberapa kerusi yang ia hilang pada 2008. Walaupun BN dapat lebih kerusi tetapi mereka hilang undi popular dan akhirnya Najib Razak menerajui ‘kerajaan minoriti’.

Menjelang pertengahan-2015, hasil daripada perkara mustahil tersebut sampai ke penghujungnya. Pemimpin tersohor Pas Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia. Anwar dipenjarakan lagi dan, mungkin tanpa Anwar, Pakatan berpecah dengan pertelingkahan DAP-Pas.

READ MORE:  Were Anwar's long conversations on graft with his mentor all in vain?

Semangat optimis yang tidak dapat dipatahkan

Realitinya, perkara yang masuk akal bukanlah bergantung kepada tahap kesedaran seseorang itu sahaja tetapi ianya dibentuk juga oleh keadaan objektifnya.

Pada 2016, secara tiba-tiba pelbagai situasi timbul, satu sudut berniat buruk dan satu sudut lagi menggelegak tetapi tegas, dan seterusnya menghasilkan kembali pakatan pembangkang yang padu. Terkini, Pakatan Harapan dipimpin oleh pembangkang baru, Mahathir yang berusia 92 tahun. Semua ini masih segar dalam ingatan rakyat, tidak perlu diberitahu lagi.

Namun, pakatan Mahathir dan Harapan adalah mustahil jika tidak mendapat restu daripada Anwar pada September 2016 walaupun keluarga Anwar menentang akibat kepahitan yang dialami selama ini.

Dengan itu, projek Anwar untuk mengambil alih Putrajaya kembali ke atas landasan. Beberapa personaliti, saluran dan mesej adalah berbeza dengan reformasi tahun 1998-99, tsunami 2008 dan pilihan raya umum 2013. Walau bagaiamanapun, semuanya adalah pewaris kepada perjuangan sepanjang 20 tahun yang tidak hilang makna dan matlamatnya.

Untuk itu, mari kita fikirkan kembali tentang Anwar, seorang yang mempunyai ‘semangat optimis yang tidak dapat dipatahkan’ seperti yang beliau umumkan di Malaysiakini. Ekoran daripada ‘tsunami’, beliau berkata, “Dalam masa kegelapan ketika saya dikurung secara perseorangan, saya tidak pernah putus asa dan berharap suatu kebaikan akan muncul daripada semua pengalaman pahit yang terjadi. Dan sekarang, selepas hampir sedekad berjuang dan mengharungi cabaran, kita berada di ambang permulaan yang baru.”

Sedekad perjuangan telah berlalu. Hari ini sekali lagi kita bersama-sama ‘di ambang permulaan yang baru’ kerana lima situasi mustahil yang dikaitkan secara langsung dengan peribadi atau imej Anwar, samada bantahan atau pengorbanan beliau, telah berlaku.

READ MORE:  Hastening reforms: A case for pragmatic radicalism?

Secara semulajadi, apabila kita terfikirkan Anwar, kita juga akan terfikirkan tentang 20 tahun lalu bagaimana berjuta-juta rakyat yang tidak bernama bekerja kuat, menulis di blog, berjalan dan berarak dan mengundi pada empat pilihan raya umum untuk memastikan penaklukan Putrajaya pada pilihan raya umum 2018 tidak mustahil.

Kita mempunyai sebab yang bagus apabila ditiup semangat optimis Anwar yang tidak dapat dipatahkan, mencari ‘harapan’ yang sebelum ini merupakan satu senario yang mustahil.

Versi Bahasa Inggeris telah disiarkan oleh Malaysiakini. Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh Aliran.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Khoo Boo Teik
Dr Khoo Boo Teik, an Aliran member, is emeritus professor at the National Graduate Institute for Policy Studies, Tokyo, and visiting senior fellow at Iseas-Yusof Ishak Institute, Singapore. He is the author of Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad and Beyond Mahathir: Malaysian Politics and its Discontents
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x