Oleh Raveen Veerasenan dan Jeyakumar Devaraj
Sehubungan perkara di atas, kami, penduduk Ipoh yang menandatangani surat ini, ingin membantah pelan pembinaan LRT (light rail transit) seperti yang dinyatakan dalam muka surat 247-258 Deraf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035, Jilid 1.
Antara sebab kami membantah adalah:
Kos pembinaan tinggi
Kami risau kos bagi pembinaan LRT adalah terlalu tinggi. Kami difahamkan bahawa anggaran kos pada masa ini adalah RM250 juta se km LRT.
Ini bererti kos membina sistem LRT akan menelan bajet sebesar RM14.5bn, jika tidak ada kos overrun yang sering berlaku di projek mega. Adakah kos pengambilan tanah swasta untuk melaksanakan projek LRT diambilkira dalam anggaran kos LRT?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pendapatan Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) adalah lebih kurang RM250 juta setahun sahaja, dan ianya kena diguna untuk pelbagai tugasan DBI. Perbelanjaan DBI biasanya berjumlah lebih daripada 90% pendapatan DBI setiap tahun.
Apakah rancangan fiskal DBI dan kerajaan Negeri Perak untuk membayar balik hutang sebanyak RM14.5bn? Bunga untuk hutang sebesar ini adalah RM435 juta setahun (jika kadar bunga 3% setahun)!
Adakah DBI berjaya dapat pinjaman tanpa bunga? Ataupun adakah DBI mengharapkan kutipan daripada pengguna LRT akan menampung kos capex (capital expenditure)? Adakah kerajaan persekutuan berjanji mengendalikan hutang ini?
Adakah laporan berkaitan rancangan DBI dan kerajaan negeri Perak untuk mengendalikan kos projek mega ini? Jika ya, bolehkah memanjangkan satu salinan pada kami yang merupakan rakyat Ipoh yang membayar cukai pintu. Kami takut kami akan dibebani dengan satu hutang yang besar.
Proses pembinaan akan mengambil masa yang lama
Mungkin lebih dari 10 tahun. Masyarakat Ipoh memerlukan sistem pengangkutan awam yang efisyen secepat mungkin supaya kita dapat beralih dari kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.
Memandangkan masalah pemanasan dunia semakin runsing adalah kritikal kita alih kepada pengangkutan awam secepat mungkin bukan sahaja di bandaraya Ipoh tetapi di seluruh negeri Perak.
Rancangan LRT ini akan ambil terlalu lama untuk dilaksanakan serta hanya menumpukan bandaraya Ipoh. Ianya tidak begitu sesuai pada masa ini.
Sistem bas patut utamakan
Kami berpendapat bahawa sistem bas (bus mass transport atau BMT) patut dijadikan sistem pengangkutan awam utama di bandaraya Ipoh.
Ini adalah kerana sistem BMT jauh lebih kos efektif kerana ia boleh mengguna jalanraya yang sedia ada.
Sistem BMT boleh dilancarkan dengan lebih cepat dan adalah jauh lebih murah berbanding dengan sistem LRT. Kos 100 bas elektrik dianggar berjumlah RM60 juta.
Jika dicampur kos depot-depot untuk mencaj bas dan kos membina perhentian-perhentian bas yang sesuai di tepi jalan, jumlah kos melaksanakn BMT di Ipoh adalah kurang daripada RM100 juta (berbanding dengan RM14,500 juta bagi projek LRT).
Kami ingin tahu samada Dewan Bandaraya Ipoh ataupun kerajaan negeri Perak pernah melakukan suatu kajian terhadap sistem BMT dan membandingkannya dengan sistem LRT. Jika ya, bolehkah tuan memanjang satu salinan laporan kajian itu pada kami?
Rayuan kami
Rancangan LRT ini akan membebankan Dewan Bandaraya Ipoh dengan satu hutang yang amat besar – 60 kali pendapatan tahunan DBI! Ada kemungkinan besar hutang berat ini akan menjejaskan fungsi-fungsi DBI yang lain.
Oleh itu, kami harap pihak DBI akan mempertimbangkan bantahan ini dan menangguhkan keputusan terhadap projek LRT sehingga isu-isu yang dibangkit di atas dapat diperjelaskan kepada kami penduduk dan ratepayers bandaraya Ipoh.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme