Home TA Online Bukit-905 sudah runtuh – takkan tidak ada bukit lain dengan kemuncak dilebarkan...

Bukit-905 sudah runtuh – takkan tidak ada bukit lain dengan kemuncak dilebarkan lagi?

Kemuncak sepatutnya ada ruang untuk semua orang boleh berdiri – dan duduk di kerusi roda, pram dan basikal

Table Mountain di Cape Town, Africa Selatan - CAROL YONG

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pilihan raya presiden di Amerika Syarikat telah tamat. Dengan kemenangan Joe Biden-Kamala Harris, rakyat Amerika kini mendapatkan presiden baru serta naib-presiden yang sekaligus menjadi perempuan keturunan Afrika dan Asia Selatan pertama menyandang jawatan tersebut.

Sewaktu upacara mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden ke-46, Joe Biden berkata Amerika merayakan kemenangan, bukan kemenangan seorang calon, tetapi kemenangan sebuah perjuangan, perjuangan demokrasi. “Hari yang penuh sejarah, harapan, pembaruan, dan ketekadan,” tambahnya.

Memang sejumlah besar rakyat Amerika kebulatan hati untuk memilih Joe Biden sebagai presiden demi menuju ke era baru di bawah pemerintahan beliau nanti. Ini mengingatkan saya bahawa kami rakyat Malaysia juga pernah bertekad mencapai sasaran begitu, yang saya bergelar Bukit-905.

Bukit-905 bukan bukit biasa. Ramai warga Malaysia telah menunggu lebih 60 tahun untuk mendakinya.

Rakyat Malaysia – tanpa mengira ras, agama, umur, gender dan faktor-faktor polarisi lain – telah bersatu pada 9 Mei 2018 untuk menamatkan penguasaan pemerintahan Umno selama enam dekad di bawah pertama Alliance dan kemudian Barisan Nasional.

Usaha hari itu telah membawa ke tahap kejayaan yang menggunung. Era BN akhirnya ditamatkan dengan pembuangan seorang pemimpin kleptokrat. Saat kemenangan itu menandakan tanda kegemilangan pertama Bukit-905.

Alangkah sedihnya, dalam 22 bulan yang menyusul, Bukit-905 semakin terhakis, tercemar dan dijejaki. Ini terbangkit dari rebutan kuasa politik oleh segelintir politikus yang bercita-cita tinggi –  mula-mula secara tersembunyi, diikuti dengan pertaruhan terbuka. Justeru, mandat rakyat memilih mereka selaku wakil rakyat turut tercampak keluar.

Bukit-905 menghakis sedikit demi sedikit, kerajaan pemerintah Pakatan Harapan ditumbangkan, sekaligus tenggelam harapan rakyat untuk perubahan.

Sehingga ke hari ini, ini kekal mimpi ngeri kita – ‘pengkhianat’ bersikap biadap yang lebih giat mengejar agenda dan kepentingan sendiri, tanpa malu dan ragu ‘membeli’ sokongan dengan timbunan gimik politik bolor dan wang, termasuk memberi ganjaran dan kedudukan agar terus berkuasa.

READ MORE:  Menyegerakan pembaharuan: Sebuah kes untuk radikalisme pragmatik?

Tahun-tahun kebelakangan ini dengan insiden-insiden politik yang bergelora telah menjadi pembuka mata, mendedahkan bahawa kita sangat kekurangan ahli politik dan parti politik yang benar-benar mewakili majoritas rakyat yang terpinggir.

Hakikatnya, perubahan tidak boleh bergantung kepada sekumpulan politikus dan korporat yang korup masing-masing dengan kepentingan mengaut keuntungan paling banyak, yang seolah-olah menguasai wacana badan perundangan persekutuan dan negeri.

Akhirnya, pilihan raya baik peringkat negeri mahupun persekutuan akan diumumkan, sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita mengundi atau memboikot pilihan raya. Namun, kita sudah boleh meramalkan hasilnya jika kita tidak melakukan apa-apa.

Memetik wacana Biden lagi, beliau menekankan betapa berharganya demokrasi dan peranan rakyat biasa: “Hasrat rakyat sudah disampaikan dan hasrat rakyatlah yang berhasil.”

Untuk bergerak ke hadapan, setidak-tidaknya kita perlu menguatkan keupayaan dan kuasa kita sendiri untuk bertindak dalam perjuangan untuk memulihkan Malaysia menjadi sebuah negara keanekaan budaya, kaum dan ras.

Entah bagaimana, tetapi kita mesti mencari motivasi dan tujuan untuk meninggikan semangat dan daya kita, untuk berdiri teguh dan bersatu untuk mencatat saat-saat kegemilangan di jalan ke arah perubahan tulen dan kesamarataan untuk semua lapisan masyarakat.

Tetapi beranikah kita bermimpi untuk mendaki bukit lain dengan puncak?

Sama sekali tidak, kerana kalangan mereka yang bercita-cita tinggi sentiasa mencari kesempatan untuk berasak-asak sampai ke puncak dan menuntut hadiah lumayannya – gelaran, kedudukan dan, oh ya, tentunya wang – tetapi kemuncak hanya boleh menampung beberapa orang!

Bagi saya, Table Mountain di Cape Town, Afrika Selatan (lihat gambar di atas) adalah model yang menarik, di mana semua orang boleh berdiri – dan duduk di kerusi roda, pram dan basikal – atas kemuncak, bukan puncak bukit-bukau biasa dengan ruang untuk hanya beberapa individu untuk berdiri.

READ MORE:  Menyegerakan pembaharuan: Sebuah kes untuk radikalisme pragmatik?

Carol Yong ialah seorang aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x