Home TA Online Empat langkah penyediaan rumah kos rendah untuk rumahtangga berpendapatan rendah

Empat langkah penyediaan rumah kos rendah untuk rumahtangga berpendapatan rendah

Langkah ini juga akan mengurangkan beban kewangan terhadap rakyat biasa

BASSAM KHAWAJA 2019/srpoverty.org

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh Raveen Jeyakumar

Ramai rakyat Malaysia menghadapi kesukaran untuk membeli rumah, sedangkan pilihan yang ada dalam pasaran biasanya berharga tinggi.

Puncanya? Sistem politik dan kelas busines kita menganggap perumahan sebagai industri yang sangat menguntungkan, sebalik daripada melihat hak untuk berteduh sebagai suatu hak asasi rakyat.

Dalam usaha kolektif mereka untuk mengejar keuntungan, beberapa ahli dalam birokrasi kita (pegawai negeri dan jabatan kerajaan), syarikat berkaitan kerajaan dan pemaju telah merekayasa industri perumahan negara untuk membolehkan mereka mengaut keuntungan besar. 

Birokrasi telah menubuhkan berbagai undang-undang dan keperluan yang telah menyekat dan menghadkan peserta utama dalam industri pembinaan dan pembangunan kepada kumpulan yang kecil dan eksklusif. Ini membolehkan peserta ini untuk mengaut keuntungan yang besar daripada pasaran perumahan.

Bagaimanakah ini sering berlaku?

Kerajaan negeri biasanya menjual tanah negeri yang terlalu mahal kepada syarikat milik kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan untuk mereka membina rumah.

Hanya jabatan negeri serta syarikat berkaitan kerajaan yang tertentu sahaja menyediakan permit pembangunan yang diperlukan untuk pembinaan rumah di atas tanah negeri dan untuk pembekalan bahan binaan. Ini mewujudkan peluang kepada jabatan-jabatan dan syarikat-syarikat tersebut untuk menjana keuntungan daripada pembinaan rumah-rumah tersebut.

Pemaju lebih suka membina hartanah perumahan mewah – yang hanya mampu dibeli oleh golongan kaya dan elit – untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Birokrasi kita lebih memihak kepada ketamakan pemaju untuk keuntungan dengan melonggarkan undang-undang dan syarat-syarat supaya mereka boleh membina lebih banyak hartanah mewah untuk memaksimumkan keuntungan pemaju – sebalik daripada perumahan kos rendah, yang amat diperlukan oleh kebanyakan orang pada masa kini.

Birokrasi kita juga kelihatan memihak kepada kelas elit dengan melonggarkan undang-undang dan syarat-syarat supaya mereka boleh membeli rumah atau harta mewah untuk tujuan spekulasi, sebalik daripada mendiaminya.

READ MORE:  Malaysia mesti kembali kepada rumah kos rendah dan sederhana rendah pasang siap (Malay/English)

Demi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mampu menyewa atau membeli rumah mewah, kerajaan mesti memperoleh kehendak politik untuk melaksanakan reformasi sistemik yang amat diperlukan dalam industri perumahan.

Berikut adalah beberapa langkah reformasi.

Pertama, tubuhkan suatu tabung amanah perumahan berperingkat negeri di semua negeri. Kerajaan persekutuan harus memperuntukkan dana untuk membina perumahan berkualiti bagi golongan berpendapatan rendah dan golongan kelas tengah bawah, tanpa melibatkan pemaju swasta dan syarikat berkaitan kerajaan yang berorientasikan keuntungan.

Tabung amanah tersebut harus ditugaskan secara tegasnya dan semata-mata dengan penyediaan perumahan untuk rakyat biasa sebagai hak asasi mereka, sebalik daripada pengurusan perumahan sebagai suatu industri yang menguntungkan.

Kedua, pindakan undang-undang seperti Kanun Tanah Negara (National Land Code) dan Akta Pengambilan Tanah (Land Acquisition Act) bagi mengiktiraf dan menghalalkan golongan setinggan bandar dan peneroka bandar yang telah menduduki tanah tersebut selama lebih 20 tahun. Sediakan status pemilikan tanah pada harga yang munasabah kepada mereka, naik-taraf infrastruktur asas di persekitaran mereka serta perkhidmatan asas, dan berikan mereka pinjaman berbunga rendah untuk membaiki dan menaik-taraf rumah masing-masing.

Bagi mereka yang telah menyewa tanah daripada tuan tanah swasta, wang yang dibayar kepada kerajaan untuk pemilikan tanah mereka seterusnya boleh ditambah nilai oleh kerajaan dan dibayar kepada tuan tanah tersebut sebagai pembayaran untuk perolehan tanah tersebut.

Ketiga, ambil peruntukan bagi rumah pertama untuk keluarga-keluarga keluar daripada pasaran, dengan menubuhkan suatu badan berkuasa yang bukan untuk keuntungan untuk membina rumah-rumah teres di atas tanah kerajaan.

Jual rumah-rumah ini pada harga yang baru melebihi harga pembinaan kepada pasangan berpendapatan rendah serta daripada kelas tengah bawahan yang berpendapatan lebih daripada RM 2,500. Pada masa depan, apabila pemilik-pemilik baru ini membuat keputusan untuk menjual rumah masing-masing, mereka hanya boleh menjualnya kembali kepada badan berkuasa yang bukan untuk keuntungan tersebut, supaya rumah tersebut dapat kemudiannya dijual kepada keluarga-keluarga serupa yang berlayak.

READ MORE:  Pastikan cadangan dalam kajian separuh penggal dilaksanakan (Malay/English)

Bagi keluarga-keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500, kerajaan harus mengenakan bayaran sewa pada tahap minimum.

Keempat, kembangkan program-program perumahan oleh kerajaan untuk rumahtangga yang berpendapatan lebih rendah.

Bina lebih banyak ‘council homes’ dan Rumah Mesra Rakyat (bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 seisi rumah yang tidak mempunyai rumah untuk didiami dan juga bagi mereka yang mempunyai rumah usang di atas tanah sendiri). Ini akan memanfaatkan sebilangan besar penduduk miskin di luar bandar serta di bandar.

Kesemua rumah-rumah kos rendah ini mestilah berkualiti baik. Harganya mestilah realistik, iaitu berdasarkan kuasa pembelian serta status sosioekonomi rakyat Malaysia biasa.

Bagi unit-unit pangsapuri, kerajaan-kerajaan tempatan harus menjaga perkhidmatan asas serta kebersihannya.

Peluang pekerjaan bagi pembinaan rumah-rumah ini harus diutamakan kepada rakyat tempatan pada tahap gaji sara hidup, sebalik daripada bergantung kepada pekerja asing.

Perumahan mampu milik yang berkualiti merupakan hak asasi setiap individu.

Tetapi untuk masa terlalu lama, sistem politik dan kelas busines telah menguruskan keperluan dan perkhidmatan asas sebegini semata-mata sebagai industri penjanaan keuntungan.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertujuan untuk menjadi prihatin dan bertanggungjawab, kerajaan Malaysia perlu mengutamakan keperluan rakyat biasa Malaysia dengan mengambil langkah-langkah holistik seperti ini untuk menangani masalah perumahan yang tidak mampu dimiliki.

Langkah-langkah sebegini bukan sahaja akan menyediakan perumahan mampu milik, tetapi ia juga akan mengurangkan beban kewangan terhadap rakyat biasa, terutamanya mereka daripada rumahtangga berpendapatan rendah.

Langkah-langkah ini sudah tentunya akan meningkatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada.

Raveen Jeyakumar, seorang sukarelawan Aliran yang berumur 29 dan bermastautin di Ipoh, berminat dengan isu sosial dan alam sekitar

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x