Home TA Online PM dari Sabah? Gimik politik Mahathir yang terbaru

PM dari Sabah? Gimik politik Mahathir yang terbaru

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Apalah gunanya mempunyai seorang perdana menteri dari negeri Sabah jika orang itu kononnya dipilih oleh Mahathir demi kepentingan sendiri, dan mungkin juga orang itu ada kepentingannya sendiri, ujar Carol Yong.

Kecurangan politik terbaru Dr Mahathir Mohamad dalam mencalonkan ketua menteri Sabah sebagai calon bakal PM adalah jelas bahawa dia licik berusaha untuk secara sepihak memutuskan nasib bangsa dan Rakyat.

Ramai penulis dan pengulas telah membanjiri media dan media sosial dengan pandangan mereka tentang suasana dan pergolakan politik semasa, khususnya di Semenanjung Malaysia, maka tidak perlu diulangi di sini.

“Cukup bosan dengan cerita politik dari Semenanjung sahaja,” ujar seorang rakan aktivis, dan dia juga merasa kecewa sebab tidak ada banyak tumpuan pada wilayah Sabah dan Sarawak.

Itu mendorong saya untuk merenungkan bagaimana suasana politik akan datang. Dengan gimik terbaru, yakni seorang tokoh politik Sabah berpotensi menjadi PM berikutnya – jawatan yang beberapa ahli politik elit juga berangan-angan memegang – adakah ‘permainan politik’ mulai bergerak ke wilayah Timur?

Secara retorik, ya, tetapi pada hakikatnya, pergeseran ini tidak bermakna sebab mengabaikan nilai-nilai demokrasi dan pemberdayaan rakyat. Ketua pengarahnya seorang lelaki terlalu tua yang pernah dua kali menjadi PM; namun nampaknya masih tidak ada pelajaran yang dapat dipelajari mengenai makna sebenar mandat rakyat. Saya menyerahkan kepada ahli politik dan parti mereka sama ada terus bertengkar atau bertindak untuk menghentikan tingkah laku menjijikkan di antara mereka.

Rakyat Sabah, termasuk ketua-ketua komuniti, organisasi masyarakat sipil  dan organisasi bukan kerajaan (NGO) harus sedar bahawa adalah hak mereka untuk tidak melayan perintah unilateral seperti itu. Setakat ini, parti politik DAP Sabah, DAP Sarawak dan ahli politik secara individu dari sana, telah terang-terang mengumukan sokongan mereka dengan cadangan Mahathir.

“DAP Sabah menyokong Mahathir, bererti mereka menyokong juga cadangan Mahatihr yang diragui itu. Berpikir Rakyat tidak ada otak sendiri kah?” demikian rungut seorang warga Sabah.

READ MORE:  Kerajaan perlu tegakkan kebebasan berhimpun dan hak asasi di Sabah

Seperti sekarang, Mahathir dilihat sebagai ‘lelaki baik’ sebab menamakan seorang dari Sabah sebagai colon PM, dan begitu nampaknya secara terbuka pandangan DAP Sabah. Kebetulan pula beberapa ahli dewan undang negeri dan ahli Parlimen dalam DAP Sabah adalah bekas anggota NGO.

Persoalannya ialah adakah orang-orang ini tulus mengenai isu-isu yang telah dan sedang diperjuangkan oleh NGO selama ini? Atau adakah mereka memanipulasi orang ramai (orang yang memilihnya) untuk kepentingan peribadi dan faedah yang akan dinikmati oeh segelintir kuasa politik yang berada di belakang semuannya?

Nasib bangsa dan Rakyat adalah isu politik adalah isu politik yang kunci. Rakyat Sabah, melalui ketua-ketua komuniti dan ketua-ketua kampung dan penduduk komuniti tersebut, tanpa takut atau pengaruh politik partisan, harus menekankan wakil rakyat tentang sokongan mereka terhadap proposal Mahatir yang dibuat tanpa mandat rakyat.

Apa gunanya mempunyai PM dari suatu tempat, seseorang atau kumpulan yang tidak menunjukkan kesediaan dan kerelaan berpihak kepentingan rakyat atau tidak terlibat dengan realiti atau aspirasi sebenar masyarakat umum?

Apakah ada gunanya mempunyai PM dari Sabah jika itu hanya bermaksud seseorang dari Sabah itu mungkin menunduk kepada kepentingan Mahathir dan mungkin juga kepentingannya sendiri?

Negara kita memerlukan seorang PM yang lebih tulen mengenai kepentingan rakyat umum – bukan seseorang yang “secara kebetulan” dari Sabah, yang disukai oleh Mahathir mengikut kehendaknya, dan seorang dari Malaysia Timur dengan DNA Umno-BN.

Kebijaksanaan rakan aktivis saya, tersebut di atas, berdering keras dan jelas: “Jangan terperangkap dengan gimik mencalonkan seorang dari Malaysia Timur, dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak harus terima. Perjuangan sekarang harus tertumpu kepada mewujudkan kekuatan kuasa ketiga, membangun semula kredibiliti NGO dan membina masyarakat sivil yang benar-benar bebas.”

Sebenarnya, dalam pelbagai cara, individu yang prihatinan dan masyarakat sipil telah mengambil banyak langkah kecil – tetapi lompatan besar masih belum terjadi. Sudah tiba masanya untuk memulakan bab yang baru dan bermakna.

READ MORE:  Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen Sabah Sarawak: Bersih usul dialog dan debat (Malay/English)

Carol Yong ialah seorang aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x