Home TA Online Keputusan menangguh perlaksanaan gaji minimum langsung tidak adil kepada pekerja

Keputusan menangguh perlaksanaan gaji minimum langsung tidak adil kepada pekerja

Kerajaan harus tunaikan janji pilihan raya untuk peka dan mesra terhadap lapisan-lapisan yang termiskin dan terpinggir

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sebilangan besar pekerja berpendapatan rendah telah baru menerima berita tahun baru yang amat menghampakan daripada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Akibat keputusan menteri, pekerja-pekerja di tempat kerja kurang dari lima orang pekerja terpaksa menunggu enam bulan lagi sehingga 1 Julai 2023 untuk menikmati gaji RM1,500 yang dinanti-nantikan.  

Perintah gaji minimum telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 tetapi kerajaan pada masa itu memberi pengecualian kepada para majikan yang mengajikan kurang dari lima orang pekerja.

Kini, kerajaan baru juga turut bersimpati dengan majikan-majikan dalam golongan ini dan menangguhkan lagi penguatkuasaan gaji RM1,500  berdasarkan cabaran ekonomi dan kewangan yang mereka menghadapi.  

Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak ada sebarang halangan terhadap keputusan kerajaan untuk membantu golongan perniagaan mikro atau majikan yang menghadapi masalah kewangan.

Tetapi kami amat tidak dapat menerima satu keputusan yang mengabaikan dan langsung tidak mengambil kira pekerja miskin yang terjejas akibat penangguhan gaji minimum ke Julai 2023.  

Kementerian Sumber Manusia harus berlaku adil dan mewakili kepentingan golongan pekerja juga. Adakah menteri dapatkan pandangan golongan pekerja sebagai antara pihak berkepentingan utama?

Pekerja pendapatan rendah yang menghadapi kos hidup tinggi setiap hari sudah tentu tidak dapat menyokong satu keputusan yang akan terus menyusahkan mereka. 

PSM berpendapat bahawa dalam keadaan ini kerajaan harus menyediakan satu tabung untuk memberi subsidi upah kepada setiap pekerja dalam kategori ini untuk enam bulan yang akan datang – RM300 sebulan untuk tiga bulan dan RM150 sebulan untuk baki tiga bulan, dengan RM150 lagi ditanggung oleh majikan.

Pada anggaran PSM, hanya kurang daripada 300,000 orang pekerja bekerja untuk majikan dalam kategori ini, dengan gaji RM1,200.  

READ MORE:  'Madani' government must increase minimum wage

Bajet untuk bantuan subsidi ini hanya RM90 juta sebulan untuk tiga bulan pertama dan RM45 juta sebulan untuk tiga bulan kedua. Peruntukan ini bukan begitu besar, tetapi akan banyak membantu pekerja bergaji rendah di negara kita.

Beban menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum tidak harus ditanggung oleh pekerja termiskin. Kami sedar pegawai kerajaan sedang mengorbankan sebahagian  gaji mereka sebagai aksi solidariti kepada rakyat yang mengalami kos hidup yang tinggi, tetapi pekerja termiskin tidak mampu membuat demikian.

Menteri sumber manusia juga harus sedar dan mengambil tindakan tegas terhadap sebilangan besar majikan yang masih belum membayar RM1,500 sebulan kepada pekerja-pekerja mereka sejak Mei 2022.

PSM menganggar bahawa kerajaan sendiri belum mengubahsuai kontrak untuk membolehkan kontraktor di setengah sekolah-sekolah kerajaan membayar gaji minimum baru kepada  pekerja-pekerja mereka.  Jangan abaikan pekerja! 

Kerajaan harus tunaikan janji pilihan raya untuk peka dan mesra terhadap lapisan-lapisan yang termiskin dan terpinggir.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Rani Rasiah
Rani Rasiah, an Aliran member based in Sungai Siput, is coordinator of the Migrant Workers Right to Redress Coalition (MWR2R), a coalition comprising PSM, Tenaganita, MTUC, Sahabat Wanita, Jerit and AOHD. She is also a central committee member and migrant desk coordinator of the Socialist Party of Malaysia (PSM).
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x