
Terima kasih atas
pandangan dan keluhan
saudara
Terhadap rakyat dilanda
derita, ketidaktentuan
dan berputus asa
Yang gelojoh mudah
mengaku masalahnya
sudah pun ditakdirkan
begitu
Meskipun Allah tidak pun
memberitahu
Mereka yang berjiwa positif
pula menganggap cabaran
bukanlah penyeksaan atau
hukuman
Bahkan menambahkan
pengalaman dan
menajamkan
kebijaksanaan
Al-Quran menyebut selalu,
“Allah menolong mereka
yang menolong diri
sendiri” (Q 13:11)
Justeru, pintu takdir Ilahi
tidak tertutup rapi dan
memberi laluan kepada
mereka yang berusaha,
ikhlas, bertakwa dan
menegakkan kebenaran
Terukir di pusara Karl
Marx,
“Peranan seorang ahli
falsafah (intelek) bukan
semata-mata terjemah
masalah dunia dalam
pelbagai cara dan rupa,
tetapi (lebih afdal lagi)
bila dia bertindak
mengubahkannya”
Malangnya sekali, ramai
sudah tenggelam dalam
lobok budaya pautan,
tagihkan sogokan dan
menjadi kaki pengampu
Ramai tidak tertib bila
memohon pertolongan
Ilahi
Meskipun hasrat belum
kesampaian, kita terus
menggembleng ilham dan
mengatur langkah hingga
harapan menjadi
kenyataan
Kesemuanya ini cukup
mudah bagi Allah,
memakbulkan usaha
kekasih-kekasih Nya
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sedarlah
Kita keturunan Nabi Adam
merupakan khalifah
teristimewa yang
dibekalkan pelbagai
mukjizat, ilmu
dan potensi
Justeru, penghalang
harapan bukan saja dari
luar tetapi bersarang
dalam diri
Malangnya, ramai lumpuh
kerana melayan sikap
membatalkan diri
(self-censorship),
rendah diri (inferiority
complex) dan dendam
kesumat (jealousy)
Asyik menyembah teknologi
luaran, mengabaikan punca
daya cipta yang di
ilhamkan dari teknologi
dalaman yang bersemadi
di persada hati/jiwa
nurani
Awas
Selagi kita tidak
membebaskan diri dari
kepompong yang
menghukum dan
membelenggu diri
(self-pity/persecution
delusion)
Selagi itulah kita hidup
merempat, melarat
panjang dan disogok
alasan jelik
– Nasir Hashim
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme