Home TA Online Lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

Lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Situasi mereka di Malaysia adalah terdesak kerana mereka menghadapi masalah kewangan yang serius, ujar Raveen Veerasenan.

Pada 14 Julai 2020, sekumpulan kami melawati beberapa keluarga Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan wang dan makanan kepada beberapa keluarga Rohingya yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut.

Kami tiba di kampung tersebut pada 11.15 pagi dan ditemui oleh seorang warga Rohingya yang pernah berurusan dengan kami. Beliau bertindak sebagai panduan kami kepada keluarga Rohingya tersebut.

Kami melawati sebanyak lapan buah keluarga di kampung itu. Setiap keluarga itu datang dengan kapal kecil ke Malaysia dari Rakhine, Myanmar dalam tempoh antara empat hingga 13 tahun lalu sebagai pelarian untuk melepaskan pembunuhan kaum mereka oleh tentera Myanmar.

Ahli keluarga tersebut datang secara berasingan dan pada masa yang berbeza; pada mulanya sesiapa ahli keluarga yang datang ke Malaysia dahulu tidak ketahui situasi ahli keluarga masing-masing yang masih berada di Rakhine.

Kebanyakan daripada mereka yang menaiki kapal mati dalam perjalanan disebabkan kekurangan makanan, keadaan tempat tinggal atas kapal yang buruk dan sesetengah mereka membunuh diri kerana tidak dapat tahan keadaan hidup atas kapal yang terdesak.

Situasi mereka di Malaysia juga adalah terdesak kerana mereka menghadapi masalah kewangan yang serius. Ini adalah kerana kerajaan Malaysia tidak membenarkan sesiapa pelarian untuk bekerja secara rasmi di negara ini dan mereka tidak dapat bantuan kewangan bulanan daripada kerajaan ataupun Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Untuk mendapat sebarang rezeki untuk keluarga mereka, mereka terpaksa bekerja secara “haram” dan situasi ini dieksploitasi oleh bos tempat kerja yang membayar orang pelarian tersebut gaji yang rendah daripada yang sepatutnya. Selain daripada itu, budaya kaum Rohingya tidak membenarkan warga perempuan bekerja. Tambahan pula perlaksanaan perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan kemerosotan dalam situasi kewangan mereka.

READ MORE:  Silence in the face of catastrophe: The Rohingya crisis escalates

Pihak UNHCR pula tidak menghulurkan bantuan kewangan secara berkala. Ada sesetengah yang belum memperolehi kad pelarian yang diuruskan oleh UNHCR disebabkan birokrasi UNHCR – proses mendapatkan kad UNHCR biasanya mengambil masa empat tahun ataupun lebih.

Hal ini menyebabkan mereka sering ditahan dan dipenjarakan oleh pihak polis. Orang pelarian yang tidak mempunyai kad UNHCR juga tidak dapat menikmati diskaun 50% yang ditawarkan kepada orang pelarian untuk mengakses perkhidmatan perubatan sektor kerajaan.

Isteri tuan rumah ini pernah ditahan di pusat imigresen (bersama bayinya) selama enam bulan selepas bersalin. Hanya selepas memperolehi surat UNHCR yang mengesahkan beliau adalah seorang pemohon suaka dia dibenarkan balik ke rumahnya

Ramai antara lapan keluarga yang kami melawati tidak mampu membeli keperluan asas untuk keluarga dan ada antara mereka yang tidak dapat membayar sewa rumah bagi empat bulan berturut-turut.

Oleh sebab tidak diberi apa-apa jenis pendidikan atau latihan kemahiran semasa mereka berada di Myanmar, serta kekurangan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar di Tanjung Piandang, mereka hanya mampu bekerja sebagai buruh kontrak pertanian di kampung tersebut.

Upah yang diperolehi pula adalah rendah dan peluang bekerja bergantung kepada musim dan tidak dapat dijalankan sepanjang tahun. Kadang kala upah yang rendah tersebut juga tidak dibayar penuh.

Antara rumah yang kami lawati, salah satunya adalah sebuah rumah berkembar di mana satu rumah diduduki oleh tiga buah keluarga dan yang satu lagi diduduki oleh dua buah keluarga.

Penyewa asal dua rumah tersebut sudi berkongsi rumah masing-masing dengan keluarga lain kerana bagi dua keluarga lain tersebut, suami adalah dalam tahanan imigresen pada takat ini. Bagi keluarga lain yang ketiga itu, suami telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya setahun lalu. Oleh itu, ketiga-tiga keluarga tersebut tidak mampu menyewa rumah mereka sendiri dan diberi lindungan.

Rumah berkembar yang diduduki oleh lima buah keluarga

Di salah satu lagi rumah yang kami lawati, isteri tuan rumah tersebut sedang mengandung selama 7 bulan, tetapi setakat ini masih belum menerima apa-apa saringan atau pemeriksaan pra-natal kerana tidak mampu membayar RM600 untuk mendaftarkan diri di klinik pra-natal kerajaan.

READ MORE:  Healthcare in Gaza under siege as people near starvation
Isterinya (T-shirt merah) mengandung enam bulan tetapi belum mendaftarkan diri di klinik pra-natal kerana tiada wang

Penganiayaan terhadap Rohingya bermula selepas Perdana Menteri Myanmar U Nu diguling oleh Jeneral Ne Win pada tahun 1962. Pihak tentera tidak setuju dengan prinsip federalisme yang diutarakan oleh pejuang merdeka Aung San.

Pihak tentera bermula bersikap keras terhadap suku-suku kaum minoriti. Secara beransur-ansur, hak kaum Rohingya dihakis.

Dulu, akses mereka belajar di universiti disekat. Ini diperketatkan sehingga hanya dapat hadir ke sekolah rendah di peringkat kampung sahaja.

Pada tahun ke-1980an kewarganegaraan mereka dicabut. Identiti mereka sebagai “Rohingya” dinafikan dan mereka digelar Bangladeshi walaupun bahasa mereka jauh berbeza daripada bahasa Bengali.

Sepanjang 15 tahun yang lalu, gerakan mereka disekat; kena ambil permit polis untuk melawat saudara-mara yang tinggal di kampung sebelah.

Akhirnya pembunuhan pada skala besar dilaksanakan. Inilah sebab mereka lari dari Rakhine.

Ramai orang pelarian Rohingya masih rindu negara asal mereka dan niat utama mereka adalah untuk kembali ke Rakhine, Myanmar dan hidup secara aman dengan warga Myanmar yang lain tanpa apa-apa bentuk penganiayaan

Ramai orang pelarian Rohingya masih rindu negara asal mereka dan niat utama mereka adalah untuk kembali ke Rakhine, Myanmar dan hidup secara aman dengan warga Myanmar yang lain tanpa apa-apa bentuk penganiayaan.

Mereka tidak tahu sebab kerajaan Myanmar mulakan penganiayaan terhadap kaum mereka sejak lima puluh tahun lalu hingga sekarang sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa jenayah terhadap negara Myanmar.

Lagipun, untuk masa yang lama sebelum dianiayai, mereka dan kumpulan etnik lain di Myanmar telah bekerjasama serta hidup bersama-sama secara aman dan bertoleransi.

Raveen Veerasenan ialah seorang graduan dalam bidang perubatan yang sedang menunggu jawatan ‘housemanship’

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x