Maka timbullah hikmah pengajaran terhadap musibah penyakit.
1. Jangan lah
berbangga dengan
kemutlakan kuasa
dan keangkuhan
kerana virus yang
lebih kecil dari
kuman dapat
menunduk, melemah,
membunuh dan
menggoncang
kestabilan negara2
seluruh dunia
2. Penyakit
ini bertindak adil dan
saksama kerana
tidak membezakan
kaum, agama, darjat,
intelek, kekayaan
dan keturunan.
Semua dalam radar
kejangkitannya.
3. Penyakit wujud
apabila manusia
tamak haloba
merosakkan alam
sekeliling hingga
menggugat
imbangan dan
keharmonian segala
kehidupan. Kuman
yang tidak bahaya
menjadi bahaya
apabila kita
mengganggu ragam
kehidupan dan
kediamannya.
4. Demi
kesinambungan
hidup, manusia yang
peka pada etika
kemanusiaan, perlu
bekerjasama
menanganinya
5. Mendedahkan
konspirasi syarikat
farmasi, billionaire
dan talibarut politik,
yang menghalalkan
monopoli
pengeluaran vaksin
dan ubat. Dengan
kejam mereka kunci
jaringan paten2nya,
agar mengekalkan
keuntungan, sengaja
memanipulasi
bekalan, sekali gus
menambahkan
kesengsaraan dan
kematian.
6. Syarikat farmasi
merasuah media
massa supaya
melipatgandakan
ketakutan dan
kerunsingan rakyat
hingga memaksa
mereka membeli
ubat2 dan alat2
sampingan nya.
7. Terlalu berpaut
kepada takdir (yang
Tuhan sendiri tidak
memberitahunya),
nafsu politik dan
membenci kaum.
Musibah bertambah
sekira tidak disertai
usaha2 gigih
mananganinya.
8. Yang berkuasa
menghalalkan
saingan kejam, tidak
bertoleransi iaitu
berkiblat pada
penindasan dan
mempertuhankan
keuntungan. Isu
perikemanusiaan
tidak wujud dalam
agenda mereka
9. Makin sedar betapa
pentingnya amalan
ala sosialis yang
berpaksikan
kerjasama, kasih
sayang,
perikemanusiaan,
berkebajikan,
kesaksamaan dan
redakan konflik yang
pecah belahkan
rakyat
– Mohd Nasir Hashim
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.