Home TA Online Hikmah Terpendam (Hidden Wisdom)

Hikmah Terpendam (Hidden Wisdom)

Sebuah sajak oleh Mohd Nasir Hashim

small escapes by franzisko hauser/Flickr

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Maka timbullah hikmah pengajaran terhadap musibah penyakit.

1. Jangan lah

berbangga dengan

kemutlakan kuasa

dan keangkuhan

kerana virus yang

lebih kecil dari

kuman dapat

menunduk, melemah,

membunuh dan

menggoncang

kestabilan negara2

seluruh dunia

2. Penyakit

ini bertindak adil dan

saksama kerana

tidak membezakan

kaum, agama, darjat,

intelek, kekayaan

dan keturunan.

Semua dalam radar

kejangkitannya.

3. Penyakit wujud

apabila manusia

tamak haloba

merosakkan alam

sekeliling hingga

menggugat

imbangan dan

keharmonian segala

kehidupan. Kuman

yang tidak bahaya

menjadi bahaya

apabila kita

mengganggu ragam

kehidupan dan

kediamannya.

4. Demi

kesinambungan

hidup, manusia yang

peka pada etika

kemanusiaan, perlu

bekerjasama

menanganinya

5. Mendedahkan

konspirasi syarikat

farmasi, billionaire

dan talibarut politik,

yang menghalalkan

monopoli

pengeluaran vaksin

dan ubat. Dengan

kejam mereka kunci

jaringan paten2nya,

agar mengekalkan

keuntungan, sengaja

memanipulasi

bekalan, sekali gus

menambahkan

kesengsaraan dan

kematian.

6. Syarikat farmasi

merasuah media

massa supaya

melipatgandakan

ketakutan dan

kerunsingan rakyat

hingga memaksa

mereka membeli

ubat2 dan alat2

sampingan nya.

7. Terlalu berpaut

kepada takdir (yang

Tuhan sendiri tidak

memberitahunya),

nafsu politik dan

membenci kaum.

Musibah bertambah

sekira tidak disertai

usaha2 gigih

mananganinya.

8. Yang berkuasa

menghalalkan

saingan kejam, tidak

bertoleransi iaitu

berkiblat pada

penindasan dan

mempertuhankan

keuntungan. Isu

perikemanusiaan

tidak wujud dalam

agenda mereka

9. Makin sedar betapa

pentingnya amalan

ala sosialis yang

berpaksikan

kerjasama, kasih

sayang,

perikemanusiaan,

berkebajikan,

kesaksamaan dan

redakan konflik yang

pecah belahkan

rakyat

– Mohd Nasir Hashim

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Dr Mohd Nasir Hashim served as the first chairman of the Socialist Party of Malaysia (PSM) for 23 years (1996-2019). He is also a former Selangor State Legislative Assembly member for Kota Damansara (2008-2013). Nasir received his PhD in international nutrition from Cornell University and, in his free time, enjoys writing poems, painting and playing the harmonica
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x