Maklumat terkini tentang penyakit khususnya kegemukan atau obesiti amat berguna.
Sekadar menjauhi makanan tertentu tidak mencukupi kerana isu yang timbul berkaitan langsung dengan pendirian dan sikap individu, hubungan tertentu (dalam dan luar rumah) dan kemampuan tangani stres.
Sebenarnya penyakit utama dalam zaman moden ialah kegagalan manusia mengatasi stres.
Bukan itu sahaja. Penentangan yang paling hebat bukan dari luar tetapi dalam diri atau jiwa sendiri. Bukan semata mata berkaitan dengan nafsu makan.
Malahan badan secara naluri bertindak mengekalkan kelangsungan hidup (survival) meskipun berat badan dalam keadaan obes diterima sebagai ‘normal’.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lantas badan menentang segala usaha menurunkan berat badan tuannya.
Pengalaman saya, selaku pakar pemakanan di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia memang begitu. Kaunseling atau motivasi yang menitik beratkan harga diri, menekan tanggung jawab demi kesejahteraan keluarga dan elak memberi alasan sumbang terhadap takdir yang kita tidak pernah diberitahu.
Yang penting sekali kita perlu mengubah ragam hidup, menyusun jumlah dan jadual makanan secara berperingkat peringkat hingga badan mahu terima berat badan yang terbaharu.
Menurunkan berat badan secara mengejut mengakibatkan trauma dan komplikasi kesihatan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme