Home TA Online Merdeka Kah Aku

Merdeka Kah Aku

A poem by Nasir Hashim

NASIR HASHIM

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Merdeka kah diri ku ini
Minda dijajah bersulamkan
keangkuhan kaum dan
lelong agama
Pembangunan entah
ke mana
Nasib rakyat diheret ke
lembah ketidaktentuan
Menyembah kebendaan dan
memuja kebencian yang
melumpuhkan perpaduan
Mengapa kita harus begini

Benarkah kita sudah
merdeka
Ketika kehidupan gandakan
kemiskinan dan rakyat
terus menggelitik cemas
dalam kesengsaraan
Harga barang mendusta
imbuhan dan harapan
Rumah dan kebun
sekangkang kera diranap
demi membelai nafsu
pelabur kota dan
mereka yang berkuasa
Anak dalam perut ibu hiba
menanggung hutang
negara ketika dewasa
Angkara pemimpin
pemimpin keparat
menggondolkan harta
negara, meracuni kasih
sayang dan lekehkan
kebajikan rakyat
Sedih
Ramai tidak lagi menjadi
saksi atas diri sendiri
Sibuk meraikan penjajah
bangsat alaf baru
Ganas melelong maruah
rakyat dan harta negara
di pasaran antarabangsa
Maka budaya pautan/
subsidi/ritual
menghancurkan
semangat jati diri
Asyik mengumpan rakyat
menjelang pilihan
raya nanti

Maka, tanyalah diri lagi
Merdeka kah Negara ku
yang tercinta ini

– Nasir, Ogos 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Avatar photo
Dr Mohd Nasir Hashim received a PhD in international nutrition from Cornell University. He served as the first chairman of the Socialist Party of Malaysia (PSM) for 23 years (1996-2019) and as the Selangor State Legislative Assembly member for Kota Damansara (2008-2013). These days, he enjoys writing poems, painting and playing the harmonica
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x