Merdeka kah diri ini
Minda dijajah dalam
lipatan rasuah,
keangkuhan kaum
dan agama
Pembangunan terkulai
sayu diusung ke
pusara keaiban
Merdekakah kita
ketika kehidupan ini
ditindih kemiskinan,
pengabaian dan
kesengsaraan
Rakyat menggelitik
cemas dalam kalut
ketidaktentuan
Harga barangan asyik
membatalkan imbuhan
dan harapan
Pondok kediaman dan
kebun sekangkang
kera diranapkan dan
dipasung berantai
Demi membelai nafsu
pemimpin, pelabur
kota dan menjunjung
kedaulatan kapitalis
Namun, janin dalam
rahim ibu dipaksa
menanggung beban
hutang negara
Angkara kepimpinan
keparat menggondol
harta dan pusaka
rakyat jelata
Licik bermain ‘tai-chi’
hingga perdayakan
aspirasi insani
Kerana penindasan ini mengundang
pengasingkan jiwa dan
memutlakkan kemiskinan
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ramai berpaling tadah Tidak lagi menjadi
saksi atas diri sendiri
Sanggup membelai
penjajah alaf baharu
Memerah tenaga
rakyat dan melelong
harta negara di
pasaran dunia
Justeru
Tanpa falsafah dan
ideologi kehidupan
yang jitu
Maka rakyat diheret ke
kancah budaya pautan,
minda subsidi dan
ketaasuban ritual
Dan pemimpin asyik
menabur umpan
menjelang tiba pilihan
raya
Maka
Tanyalah pada diri lagi
Merdeka kah Negara
ku yang tercinta ini
– Nasir Hashim
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme