Sebuah organisasi dari Malaysia, iaitu Borneo Komrad, yang berusaha untuk membawa pendidikan kepada anak-anak terpinggir di Sabah, baru-baru ini berjaya berada di persada antarabangsa dan memenangi Human Mobility Innovation Challenge UNDP.
Yang berikut adalah sebuah wawancara dengan Shakila, jurucakap Borneo Komrad, untuk membolehkan kita mengenali organisasi ini, matlamatnya, dan isu-isu yang mereka mahu menyelesai.
Cerita ringkas tentang sejarah Borneo Komrad.
Shakila: Borneo Komrad bermula pada tahun 2016 dengan usaha mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah. Dua kelab di universiti tersebut, iaitu Kelab Sastera Mahasiswa dan Suara Mahasiswa UMS berkumpul untuk cuba selesaikan masalah-masalah masyarakat, dan dua kelab ini bersatu menjadi Borneo Komrad.
Mulanya Borneo Komrad mempunyai misi melahirkan pemimpin dan memperkasa mahasiswa, tetapi ia juga mula melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti melihat masalah-masalah orang kampung, isu-isu kemiskinan seperti anak-anak tidur di jalanan, dan juga cuba mempengaruhi polisi-polisi.
Sejak 2018, Borneo Komrad memulakan projek pendidikannya secara serius dengan Sekolah Alternatif, pertama kali di Semporna, tapi kemudian di Tawau dan Kota Kinabalu.
Borneo Komrad tiada sistem ahli dan semua projek bersifat kolektif: ada pakar-pakar menyertai kita untuk aktiviti-aktiviti yang disertai mahasiswa. Kita merangkumi semua.
Sekolah Alternatif: apa itu?
Sekolah Alternatif adalah projek pendidikan yang bermatlamat untuk menghapuskan buta huruf antara anak-anak tidak didokumentasi. Untuk mencapai matlamat ini kita berfokus pada “tiga M”: membaca, menulis dan mengira. Melalui tindakan ini kita mahu mengajar asas celik huruf kepada kanak-kanak. Melalui celik huruf kanak-kanak, ini boleh meningkatkan keadaan mereka.
Kita juga menjalankan program mengembangkan kemahiran kanak-kanak, seperti pertanian, jahitan, seni, masakan, pertukangan, selain daripada asas “tiga M”. Secara ini anak boleh belajar kemahiran tambahan nilai. Contohnya, kalau pergi pekan untuk bekerja, dia tak perlu hanya menjadi pencuci pinggan, sebaliknya dia boleh jadi chef. Begini, anak boleh dapat gaji yang lebih tinggi.
Kanak-kanak ini berasal dari komuniti apa, dan kenapa tiada dokumen?
Kebanyakan kanak-kanak adalah orang Bajau dan Sulu. Terdapat banyak sebab mengapa mereka tiada dokumen.
Yang pertama, ada ibu-bapa yang tidak mendaftarkan kelahiran anak sebab mereka miskin, lahirkan di rumah dan tidak dapat pergi hospital.
Yang kedua, ibu-bapa mungkin tidak sedar bahawa daftar itu penting, mungkin sebab ibu-bapa juga tiada dokumen, jadi rasa tanpa dokumentasi pun tiada masalah.
Yang ketiga, bayaran-bayaran terlalu mahal untuk ibu-bapa. Kalau tiada IC mereka juga berisiko ditangkap polis.
Satu penyebab lagi: birokrasi panjang yang ambil masa dan wang. Orang yang miskin tidak mampu abaikan kerja untuk pergi ke Kota Kinabalu, Putrajaya, ataupun untuk berfokus pada birokrasi.
Lagipun ada faktor keturunan: Sekolah Alternatif beroperasi dalam sebuah kem pelarian juga, di mana pelari dari Filipina diterima. Apabila pelari sampai di Sabah, tiada pengurusan, dan golongan-golongan pelari kadangkala kahwin dengan orang tempatan, akibatnya kanak-kanaknya tiada dokumen.
Dari segi sejarah juga, pada waktu pembentukan Malaysia, berita-berita negara baru mungkin sampai kepada orang Sabah di bandar, tetapi antara mereka yang hidup jauh, di pulau-pulau, ramai tidak sedar perlu daftar di bawah negara Malaysia.
Akibat semua penyebab ini, hak asasi seperti pendidikan dan kesihatan tidak terjamin untuk ramai keluarga di Sabah.
Adakah orang negeri-negeri lain sedar tentang situasi ini?
Saya tidak pasti secara umumnya, tapi pada tahun 2018 kita pernah buat jelajah seluruh semenanjung, jumpa mahasiswa, beri ceramah tentang pendidikan anak-anak negara; semasa itu, ramai mengakui tidak tahu tentang masalah orang tidak berdokumen. Ramai tidak tahu masalah yang terdalam di Sabah, hanya tahu ia negeri cantik.
Walaupun ada orang seperti Ebit Lew yang hendak membina sekolah-sekolah di Semporna, projek seperti ini tidak memperkasa orang tempatan dalam jangka masa panjang (lagipun, Semporna juga mempunyai banyak sekolah).
Apa kesan pandemik kepada aktiviti Borneo Komrad?
Impak pertamanya adalah limitasi untuk bergerak dan berkembang. Mendidik anak bermaksud kumpul, main, pergi sana sini buat aktiviti, semuanya dihentikan akibat perintah kawalan pergerakan.
Tetapi, berita baik adalah ketika perintah kawalan pergerakan, Borneo Komrad berjaya sediakan modul, termasuk modul ‘pendidikan improvisasi’ yang diguna seperti panduan supaya mengajar dalam cara ‘bukan statik’. Contohnya, pengajaran pendidikan pertanian termasuk subjek-subjek lain seperti bahasa (yang diguna untuk mengajar), matematik, sains (berkaitan dengan pokok).
Selain daripada itu, sekarang kanak-kanak tidak boleh bergabung dengan komuniti dalam proses pelajaran; dari segi program kemanusiaan, kita tidak boleh jumpa keluarga yang perlu bantuan.
Lagipun, dalam aktiviti baru kita, kanak-kanak dilatih menjadi tour guide untuk pelancong-pelancong, boleh bawa mereka mendaki bukit, masuk pulau, boleh ceritakan tentang daerah mereka. Sekarang belum boleh buat.
Adakah polisi untuk membantu anak-anak ini wujud? Kerajaan buat apa tentang isu ini?
Sampai kini, sejujurnya, saya rasa belum ada solusi yang serius dan holistik untuk kanak-kanak tanpa dokumen. Pada hujung tahun 2018, kerajaan telah buat pengumuman bahawa anak-anak Sabah tanpa dokumen boleh masuk sekolah. Tetapi pengumuman ini mengabaikan keadaan tempatan: banyak fasiliti tidak mampu menerima ramai pelajar, mungkin kanak-kanak terlalu miskin untuk beli baju dan buku, dan banyak cabaran lain.
Sampai kini saya tidak rasa Kementerian Pendidikan pernah buat polisi yang memang berimpak. Dan walaupun kita memperakui Konvensyen Hak Anak, ia tidak dilaksanakan.
Adakah kebencian terhadap kaum-kaum wujud?
Kebencian memang ada. Suku-suku ini kadangkala dipanggil dengan istilah menghina seperti “Pati”, “pendatang”, “pilak” yang dalam bangsa Bajau maksud kasta rendah. Mungkin sentimen ini juga digalakkan oleh politik, sebab ada ahli politik kata tidak akan beri dokumen.
Tetapi, kita perlu terus cuba mendidik orang tentang perkara ini, tentang masalah-masalah polisi dan hak mendapatkan pendidikan.
Apakah mesej anda untuk orang di luar Sabah?
Mesej saya adalah: pandang ke Borneo! Lihatlah juga bagaimana di negeri Sabah orang hidup dalam kekurangan, dalam kemiskinan tegar. Sepanjang saya pergi kampung-kampung di Malaysia, saya tidak pernah lihat orang semiskin Sabah.
Daniele Speziale, from the small Italian town of Savona, studied at Penanti Secondary School in Bukit Mertajam as a 17-year-old exchange student and later as a political science research intern at USM – and he has been passionate about Malaysia ever since. A political science graduate from Leiden University in the Netherlands, he is now embarking on a masters in development studies in the UK
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.