Di kala Sabah bersiap sedia untuk adakan pilihan raya negeri, JD lovrenciear melaporkan tentang kumpulan veteran Patriot yang melancarkan suatu puisi menyentuh hati yang mengutuk permainan politik etnik dan agama di Sabah sekian bertahun-tahun.
Dalam pesanannya di pelancaran Obor Akinabalu (datuk gunung), Brigadier Jeneral bersara Arshad Raji, iaitu presiden Patriot, menyampaikan amaran yang jelas kepada para politikus yang berkonspirasi yang telah mempergunakan kaum, agama dan bahasa untuk memajukan kepentingan sendiri.
Turut menyokong seruan Patriot untuk menentang politikus yang korup adalah Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM) dan Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak).
Pengarah eksekutif BEIM JD Lovrenciear memberi amaran tentang sikap tolak ansur amalan rasuah yang meresap dalam lanskap perniagaan di Malaysia. “BEIM mengisytiharkan sokongan penuh kepada Patriot kerana misi kami adalah untuk menjadikan suasana perniagaan Malaysia lebih beretika selari dengan seruan Patriot untuk membersihkan negara dari politikus yang korup,” katanya.
Setiausaha agung Gerak Prof Rosli H Mahat menzahirkan sokongannya kepada seruan Patriot untuk mempertahankan sistam persekolahan vernakular. Dia bersetuju dengan Patriot bahawa sekolah vernakular tidak akan mencabut semangat patriotisme rakyat. Bertentangan dengan apa yang beberapa politikus mahukan rakyat percaya, kuasa pasaran akan menentukan sekolah medium bahasa jenis apakah yang akan terus hidup di masa depan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Beberapa jam selepas peluncuran video bertajuk Obor Akinabalu di YouTube, ia menerima serbuan tontonan dan bakal menjadi tular dalam beberapa hari.
Puisi Obor Akinabalu memancarkan sinar untuk membangkitkan rakyat Sabah dan kesemua rakyat Malaysia bangun atasi kepalsuan dan politikus yang berkomplot yang meletakkan agenda sendiri dahulu. Ia memohon pencerahan dari yang esa semoga semua bersatu, sayang menyayang dan hormati satu sama lain dalam tanah air kita yang rencam, berbilang bangsa, berbagai agama dan berbilang budaya dengan tujuan yang dikongsi bersama.
Sajak itu ditulis dengan cantik, merangkumi rasa yang mendalam yang bakal membuatkan pakar sastera negara kita dalam kekaguman.
Kredit video:
- Diterbitkan oleh Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)
- Disunting dan diarahkan Niralji Ravishanker
- Pengendali kamera: Christopher Aaron dan Vishnu Pathmanaban
- Ditulis oleh Saroja Theavy Balakrishnan
- Dideklamasi oleh Assya Yen
JD Lovrenciear ialah ahli Aliran, seorang penulis yang menetap di KL, jurulatih dan penasihat yang juga memberi sokongan dari segi masanya kepada usaha untuk membina masyarakat yang progresif
Diterjemahkan oleh Shazni Bhai
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme