Aku selesa
bila berganding
bahu menentang
penyembah
kerakusan
Aku gembira
bila kau mencorak
langkah
membaharui misi
mengukuhkan
harapan
Masa …. berlalu
Aku terpegun sayu
cuba meniti garis
yang sepi
Rakan
seperjuangan ku
memungkiri
janji
rela menjilat
umpan umpan
pengkhianat
Maka harimau
garang menikus
bisu
menghambat
darjat dan kuasa
mengikis hak
rakyat dan
membolot harta
negara
Tanah air ku … terus tergadai
Harapan berkecai
dalam serpihan
kesengsaraan,
Kau songsangkan
kaum, agama dan
maruah negara
membenamkan
rakyat dalam
racun bisa
berhias besi
dan duri
Maka sandiwara
bangsat berputar
kembali
Mengharapkan
pagar … pagar
makan padi
Mengharapkan
sokong …sokong
membawa rebah
Berkiblatkan
penindasan
mempertuhankan
keuntungan
Nafsu kapitalis
membenam
keimanan dan
kemanusiaan
Dalam kemelut
mencincang
perpaduan
Perjuangan
membara
merangsang
keazaman
Rakyat membimbing
rakyat
membebaskan diri
dari belenggu
kesesatan dan
kedurjanaan
Sebenarnya
kau tidak ada
pilihan
kerana jalannya
tetap satu
– Nasir, Ogos 2021
Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.