Home TA Online Pakej rangsangan tambahan: Baik, namun kita perlukan ‘Tawaran Roosevelt’

Pakej rangsangan tambahan: Baik, namun kita perlukan ‘Tawaran Roosevelt’

Photograph: Geralt/Pixabay

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kita perlu campurtangan kerajaan dalam bentuk penciptaan pekerjaan, ujar Jeyakumar Devaraj.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sangat menghargai langkah tambahan pakej prihatin yang mengambil kira kritikan terhadap pakej rangsangan yang diumumkan perdana menteri pada 27 Mac 2020.

Terdapat banyak gesaan dari sektor bisnes yang mengkritik pakej yang diumumkan pada 27 Mac kerana tidak memberi bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (IKS). IKS merupakan bisnes melibatkan 150 pekerja dan/atau jualan bersih kurang dari RM 25 juta setahun. IKS membentuk tulang belakang ekonomi Malaysia, secara bersama menyediakan peluang pekerjaan kepada dua-pertiga rakyat Malaysia.

Bantuan kepada IKS

Pakej rangsangan tambahan bernilai RM10bn yang diumumkan oleh perdana menteri pada 6 April 2020 memperuntukkan sebanyak RM7.9bn untuk memberdayakan skim subsidi gaji yang diumumkan pada 27 Mac.

Subsidi yang diperuntukkan meningkat kepada RM1,200 per bulan untuk tempoh tiga bulan bagi syarikat dengan pekerja kurang dari 75 orang (bagi pekerja dengan gaji bulanan sebanyak RM4,000). Subsidi gaji lebih rendah (RM600-800 per bulan) bagi syarikat dengan lebih 75 pekerja. Pakej rangsangan tambahan juga memperuntukkan RM2.1bn untuk dibayar sebagai geran sebanyak RM3,000 setiap satu kepada 700,000 bisnes kecil-kecilan.

Selain dari perbelanjaan fiskal, kkim tambahan juga merendahkan kadar bunga bagi pinjaman Bank Simpanan bagi bisnes kecil-kecilan, potongan sewa kepada IKS yang menggunakan kemudahan kerajaan serta penolakan 25% caj levi untuk pekerja asing.

Kami juga menghargai skim rangsangan ini dilancarkan tanpa wujudnya “politicking”. Warga Malaysia sudah biasa melihat bagaimana menteri (Barisan Nasional dan Pakatan Harapan) yang sering mengambil peluang untuk menyerang pembangkang ketika pembentangan belanjawan. Sedikitpun kita tidak melihat perkara ini berlaku ketika penyampaian oleh Muhyiddin Yassin pada 6 April dan ianya sesuatu yang profesional.

Adakah majikan akan membuli pekerja?

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian PSM.

Pertamanya, membenarkan pihak majikan untuk merunding kontrak pekerjaan berkaitan potongan gaji serta cuti tidak berbayar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

PSM mengambil kira para majikan yang tidak berhati-perut akan menggunakan faktor yang “fleksibel” ini untuk membuli para pekerja dengan tidak membayar gaji sepanjang tempoh perintah.

Kerajaan perlu menjelaskan secara khusus bahawa sebarang pertukaran kepada terma pengambilan kerja harus mendapat persetujuan pekerja yang terlibat. Jika tidak, ianya perlu dikategorikan sebagai pembuangan kerja “konstruktif” dan pekerja perlu dibayar pampasan seperti diperuntukkan di bawah Akta Pekerjaan.

Semuanya tidak akan kembali ‘normal’

Perkara kedua merupakan isu lebih besar – pakej rangsangan ini tidak mencukupi!

Cara fikir bahawa kerajaan hanya perlu memastikan bisnes sedia ada terus bernyawa, supaya selepas wabak Covid-19 “mereda”, semuanya akan kembali melakukan aktiviti ekonomi dan segalanya akan pulih.

Ianya tidak akan menjadi semudah itu. Beberapa sektor tidak akan pulih terus seperti sediakala – misalnya industri penerbangan. Hampir pasti yang setiap negara akan memperkenalkan polisi kuarantin selama dua minggu bagi setiap pelawat dari luar negara sepanjang tahun. Syarikat penerbangan akan mengecilkan bisnes dan membuang pekerja kerana ianya mungkin akan mengambil masa lebih dari setahun bagi perjalanan antarabangsa untuk pulih sebanyak 50% sebelum berlakunya Covid-19.

Kejatuhan sektor pelancongan bermakna bisnes yang fokus kepada pelancong asing – hotel, pusat tumpuan pelancong, syarikat pelancongan serta restoran – akan dikecilkan dan pekerja diberhentikan. Mereka tidak mampu untuk terus menanggung gaji berbulan lamanya jika bisnes terus berdepan krisis.

Kilang di Malaysia yang merupakan sebahagian dari rangkaian global juga akan turut terkesan. Besar kemungkinan, kegawatan ekonomi yang menyelubungi ekonomi dunia akan mengurangkan permintaan kepada produk serta komponen yang dibekalkan kepada pasaran dunia.

Pemberhentian pekerja akan muncul sebagai permasalahan besar di Malaysia dalam beberapa bulan lagi, dan akan menyumbang kepada penggangguran jangka masa panjang kerana hampir mustahil sektor swasta dapat menyediakan industri baru bagi menyerap pembuangan pekerja oleh kerana ekonomi global yang merudum.

Pentingnya campurtangan kerajaan

Amat penting untuk penggubal polisi kerajaan untuk sedar bahawa ekonomi global pasar bebas tidak akan kembali pulih sendirinya. Ianya perlu campurtangan kerajaan yang jelas untuk mengambil pekerja, membayar gaji sekaligus mencipta permintaan oleh pengguna – hampir sama seperti New Deal yang dilancarkan oleh Presiden Roosevelt di Amerika pada tahun 1930-an – supaya bisnes dapat menjana keuntungan bagi mengeluarkan barangan dan perkhidmatan kepada rakyat.

Pendekatan (Keynesian) yang diperlukan tidak mudah diterima oleh penggubal polisi kerajaan serta ahli politik yang terbiasa dengan tradisi neoliberal yang mengatakan bahawa peranan kerajaan perlu dikecilkan, bahawa pasar akan pulih sendirinya dan cara yang baik untuk mengendalikan kegawatan adalah dengan menyuntik dana ke dalam sistem dengan membeli semula bon dari syarikat swasta (quantitative easing atau QE).

Kita sudahpun melihat sejak 12 tahun lalu bagaimana pendekatan quantitative easing hanya mengakibatkan gelembung kewangan, harga perumahan yang tinggi serta kesenjangan di dalam masyarakat tanpa mewujudkan pekerjaan yang cukup, lebih-lebih lagi bagi generasi muda. Suntikan kredit yang diberikan kepada 0.1% yang terkaya tidak menyelesaikan apa-apa masalah penggangguran serta permintaan pengguna yang menurun.

Apa fungsi ekonomi yang sebenar?

Kita perlu kembali kepada perkara asas dan bertanya – bagaimana kita mentaksir ekonomi negara? Adakah dengan besarnya keluaran dalam negeri kasar (KDNK)? Atau pesatnya KDNK berkembang? Ataupun dengan baiknya pasaran saham? Atau dengan banyaknya pelaburan asing masuk? Atau dengan rating yang diberikan oleh agensi pengadaran kredit?

Kami di PSM berpendapat bahawa tiga kriteria penting dalam mentaksir kekuatan ekonomi di dalam sesebuah negara:

  • adakah ekonominya mengeluarkan barangan serta perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat dalam negara? Makanan, perumahan, pengangkutan, kesihatan, pendidikan, produk budaya
  • adakah ianya menyediakan rakyat untuk menjana pendapatan yang diperlukan bagi mendapatkan barangan asas dan perkhidmatan?
  • adakah kedua-dua cara di atas dapat dijalankan secara mampan, tanpa mengakibatkan krisis alam sekitar?

‘Tawaran Baru’ bagi Malaysia

PSM percaya bahawa penyelesaian bagi krisis sekarang adalah untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan bagi yang bekerja. Bilamana rakyat dapat bekerja dan menerima upah, mereka akan mendapat pendapatan untuk membeli barangan harian untuk keluarga. Permintaan pengguna yang meningkat dari bayaran diterima oleh pekerja sekaligus akan membuka peluang bisnes kepada IKS. Dengan ini, lebih ramai pekerja dapat diambil oleh IKS bagi mengeluarkan dan menjual barangan kepada rakyat.

Namun, pihak mana yang harus memikul tanggungjawab untuk membuka peluang pekerjaan saat permintaan pengguna yang mengecut?

Sektor swasta tidak akan mengambil risiko dalam mengeluarkan lebih banyak barangan ketika pasaran sedang jatuh. Yang kaya 1% tidak akan berbuat apa-apa dan hanya menggunakan simpanan mereka untuk membeli saham ketika pasaran saham jatuh. Begitupun, kekayaan mereka juga akan jatuh ketika nilai pasaran saham mereka jatuh. Namun, pegangan saham mereka akan meningkat secara dramatik dan mereka akan memegang saham kekayaan dunia dengan jauh lebih besar bila kegawatan ekonomi berakhir! Bagi mereka 1%, mereka tidak kisah jika kadar pengganguran adalah sebanyak 5% atau 20%, atau jika masyarakat kebuluran.

Oleh itu, penting bagi kerajaan untuk mengambil langkah tepat yang diperlukan bagi menghentikan ekonomi dari merudum. Kita perlu campurtangan kerajaan dalam bentuk penciptaan pekerjaan – khususnya projek bagi perkhidmatan awam seperti penuaian tanaman dan makanan, perumahan bagi mereka yang berpendapatan rendah, membina sistem yang lebih baik bagi pengurusan sisa, membina semula sistem pengangkutan awam, memulihara hutan kita yang dijarah, memperbesarkan penggunaan panel solar serta tenaga boleh diperbaharui, penjagaan warga emas yang lebih baik, etc.

Pendapatan isi rumah yang dijana dengan pekerjaan tambahan akan memperbesarkan permintaan pengguna domestik sekaligus memberi keuntungan kepada bisnes untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan rakyat.

Seperti yang kita katakan, kita memerlukan anjakan paradigma bagi penggubal polisi, perancang serta masyarakat khususnya. Pastinya ada kekurangan terhadap birokrasi kerajaan – yang mungkin memudaratkan demokrasi serta kebebasan untuk berfikir dengan cara lain. Namun, ada caranya untuk mengendalikan ini dengan memastikan wujudnya semak dan imbang serta mengembalikan kuasa kepada struktur akar umbi.

Kita memerlukan lebih ramai untuk terlibat di dalam perbincangan kerana permasalahan kegawatan ekonomi ini sudah pun menyelubungi kita. Kita perlu cepat membangunkan rancangan bagi mengurangkan kesan kepada mereka yang rentan di dalam masyarakat supaya kita dapat bangkit bersama.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x