Home TA Online Palestin dan Malaysia: Peluang untuk merenung hak asasi kemanusiaan sedunia

Palestin dan Malaysia: Peluang untuk merenung hak asasi kemanusiaan sedunia

Marilah kita membina satu dunia yang lebih adil di mana solidariti berdasarkan sifat kemanusiaan kita perlu didirikan

Photo: Geralt/Pixabay

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Saya masih ingat, pertama kali saya datang ke Malaysia. Beberapa orang rasa terkejut melihat saya boikot secara aktif produk-produk yang dapat keuntungan dari penjajahan tanah Palestin.

Mengikut apa yang saya perhatikan, ramai orang di Malaysia mengaitkan inisiatif boikot Israel dan solidariti untuk Palestin dengan agama, dan sampai kini hal ini menyebabkan ramai orang rasa terkejut dan kagum dengan usaha saya, sebagai orang bukan Islam, untuk boikot.

Ramai orang juga memahami konflik Israel-Palestin hanya sebagai konflik antara dua agama, iaitu antara agama Islam dan Yahudi: naratif ini dapat dilihat begitu ketara dalam media massa dan media sosial.

Walaupun saya faham kenapa naratif ini wujud, tetapi saya berpendapat bahawa kebanyakan rakyat Malaysia memerlukan satu pemahaman tentang isu ini yang lebih tepat dan teliti. Mereka memerlukan satu pemahaman yang tumpukan perhatian pada ideologi Zionisme dan sifat-sifatnya. Dengan pemahaman ini, mereka boleh memandang tekanan Israel-Palestin bukan seperti pertembungan budaya atau perang agama secara umum, tetapi seperti satu fenomena politik yang ada banyak kesamaan dengan kejadian, peristiwa, krisis dan ideologi yang serupa di seluruh dunia.

Pendek kata, saya nak mempromosikan dan menggalakkan satu analisis yang menggantikan pemahaman perkauman (yang sering digunakan di Malaysia) dengan satu pandangan isu Israel-Palestin seperti isu kemanusiaan atau ‘humanitarian’. Pada akhirnya, cara analisis inilah (dan bukan analisis perkauman) yang boleh membantu kita membina dunia yang lebih adil dan aman.

Ada satu petikan daripada Nelson Mandela yang berbunyi: “Kita tidak boleh bebas jikalau rakyat Palestin tidak bebas.”

Frasa ini adalah umpama perikemanusiaan yang paling sesuai: maknanya adalah apa yang terjadi di Palestin, iaitu pelanggaran hak asasi manusia, adalah musibat untuk seluruh dunia, sebab untuk kita menjadi bebas perlulah semua insan bebas.

READ MORE:  You are an Indian!

Oleh sebab ini, keganasan seperti yang dilakukan oleh Israel dipanggil a crime against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan seluruhnya). Hak asasi manusia tersebut termasuk hak untuk hidup dan bebas tanpa diskriminasi -hak-hak yang regim Israel sudah langgar berulang kali dan yang dinafikan oleh ideologi Zionisme.

Apakah sifat-sifat Zionisme ini? Fahaman Zionisme, seperti semua ideologi agama yang keterlaluan, menggunakan dan manipulasikan konsep-konsep agama Yahudi demi tujuan politik. Oleh sebab inilah kaum Arab Muslim dan Yahudi, yang sebenarnya duduk bersama-sama di tanah Palestin secara aman sejak beberapa abad, bermula berjuang menentang satu sama lain selepas kedatangan Zionis.

Ini adalah satu projek penjajahan yang dimulakan oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah untuk kekalkan kehadiran mereka di Timur Tengah. Selain daripada imperialisme-nya, ideologi Zionisme juga bersifat ultranasionalis – sebab mereka percaya bahawa tanah Palestin adalah milik kaum Yahudi sahaja, dan mereka yang tidak menerima pemerintahan Israel perlu dihalau seperti yang terjadi di Sheikh Jarrah.

Di sisi agama Yahudi, orang ramai di Malaysia masih perlu menyedari bahawa ramai orang beragama Yahudi tidak sokong keganasan kerajaan Israel dan mahukan keamanan dengan kaum Palestin.

Kewujudan bersama Arab-Yahudi adalah sebahagian penting dalam sejarah Timur Tengah. Tetapi malangnya kemungkinan untuk keamanan ini jarang dibincangkan di dalam naratif arus perdana Malaysia di mana semua Yahudi dibenci secara buta tuli.

Bertitik tolak dari fakta-fakta sejarah ini, kita boleh mulai faham isu Israel-Palestin bukan sebagai isu perang agama, tetapi sebagai sesuatu yang lebih kompleks dari itu di mana imperialisme, ekstremisme agama dan nasionalisme bercampur baur. Semua sifat-sifat buruk ini, walaupun termasuk dalam fahaman Zionisme, bukan eksklusif di Israel tetapi wujud di seluruh dunia.

READ MORE:  Edward Said, Palestinian academic

Untuk menyedari ini, sekali lagi perlulah kita menolak solidariti yang hanya berdasarkan perasaan perkauman. Kita perlu memeluk satu jenis solidariti yang berperikemanusiaan, supaya kita menentang semua jenis imperialisme dan nasionalisme, tidak kira agama mangsanya.

Renungan tentang Zionisme ini adalah peluang untuk berfikir tentang masalah-masalah yang serupa dalam konteks Malaysia. Mengikut logik, mereka yang menentang Zionisme perlulah juga membantah dan membangkang masalah yang serupa di negara sendiri, terutamanya masalah pengusiran secara paksa Orang Asli dari tanah pusaka mereka – satu isu yang sudah jadi sangat biasa di Malaysia. (Penghalauan di kampung Mah Meri hanya contoh yang terkini.)

Samalah dengan nasionalisme yang, misalnya, dapat diperhatikan apabila isu imigresen dibincangkan. Beberapa kejadian dan kajian sejak tahun lepas, terutamanya tentang pelarian Rohingya, telah membuktikan bahawa terlalu ramai orang di Malaysia memandang rendah kepada para imigran. Sering dalam naratif arus perdana, pendatang-pendatang di‘nyahmanusia’kan, iaitu maruah dan hak asasi mereka seperti manusia dinafikan.

Ini berlaku walaupun keadaan Rohingya di Myanmar sama dengan kaum Arab Muslim di Israel, iaitu orang Rohingya juga diusir dari kampung-kampung mereka dan tidak diiktiraf seperti warganegara sah negara Myanmar, di atas dasar agama dan suku etnik mereka.  

Supaya kita tidak jadi hipokrit, semua jenis imperialisme dan nasionalisme patutlah diakui dan ditentang. Dua sifat buruk ini (sama dengan masalah lain seperti ekstremisme agama) bukan eksklusif di dalam ideologi Zionisme tetapi wujud di banyak konteks dan masyarakat lain.

Perbuatan salah seperti pengusiran secara paksa tidak boleh dibantah hanya apabila Yahudi yang buat, sebaliknya semua pelanggaran hak asasi manusia harus dibantah tidak kira bangsa dan agama.

READ MORE:  Pandemik Covid tingkat kadar kemiskinan di Asean

Namun masalah-masalah seperti imperialisme yang wujud pada skala global tidak dapat disedari kalau orang hanya fokus kepada konflik Yahudi-Islam dan hanya bersolidariti dengan saudara seagama. Jadi, marilah kita membina satu dunia yang lebih adil di mana solidariti berdasarkan sifat kemanusiaan kita perlu didirikan.

Daniele Speziale studied at Penanti Secondary School in Bukit Mertajam as a 17-year-old exchange student and later as a political science research intern at USM – and he has been passionate about Malaysia ever since. Now a political science graduate from Leiden University in the Netherlands, he lives in Italy

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x