Home TA Online Peringatan kepada kerajaan baharu Sabah: Jaga-jaga, kamu sedang diperhatikan!

Peringatan kepada kerajaan baharu Sabah: Jaga-jaga, kamu sedang diperhatikan!

Poverty is still evident in Sabah and other parts of Malaysia - SRPOVERTY.ORG

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bagi yang berada dalam kerajaan baharu Sabah mestilah sentiasa beringat bahawa rakyat yang meletakkan di tempat mereka ada sekarang boleh saja tendang mereka keluar jika tidak dapat menambah baik nasib rakyat. Jem menulis.

Muktamad sudah! Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang di-Pertua Sabah Juhar Mahiruddin pada jam 10.35 pagi 29 September di istana negeri.

Sepanjang hujung minggu 26-27 September dan Isnin, 28 September, rakyat Sabah memerhati dan menanti. Terdapat 73 kerusi untuk direbut dalam pilihan raya negeri pada hari Sabtu.

Dengan nafas tertahan-tahan dan berdetak-detak jantung, rakyat Sabah menanti dan memerhati tika undian dikira dan dihitung semula. Cerdik pandai politik, pemblog dan media berita tempatan memberikan pandangan masing-masing terhadap apa yang akan berlaku di kala spekulasi memuncak.

Kemudian hadirlah pengumuman: gabungan yang baru saja dicantum, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), telah memenangi 38 daripada 73 kerusi negeri – majoriti kecil, tetapi itu dilihat sebagai mencukupi untuk membentuk kerajaan yang seterusnya, walaupun tiada parti mana-mana dalam pakatan itu dapat menandingi sama paras dengan 29 kerusi Warisan.

Cuma beberapa hari berlalu dan telah timbul perselisihan dalam kabinet Sabah. Bung Moktar Radin dari Umno dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pertama dan juga diberi portfolio perumahan dan kerajaan tempatan sementara Masidi Manjun dari Bersatu diberikan portfolio kerja raya yang jadi rebutan.  

Tidak lama pun. Kemudian Bung merampas portfolio kerja raya itu, yang akan mengendalikan projek infrastruktur belanja besar, sementara Masidi menjadi Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Masidi dalam ciapan yang kecewa, mengatakan dia akan ceritakan segalanya tentang pertukaran tersebut bila bersara nanti. Mengapa tunggu? Jika dia tidak gembira tentang sesuatu, memandangkan sekarang dia adalah perwakilan yang dipilih, patut dia ceritakan saja!

READ MORE:  Tidak bernegara dan dilupakan: Realiti pahit menjadi warganegara tak didendang

Perkara ini menimbulkan persoalan: apakah jenis kerajaan yang Sabah ada sekarang ini? Kerja belum mula tapi dah berkelahi sesama sendiri. Ibarat ribut badai dalam ketenangan!

Jadi apa yang ada di masa mendatang untuk negeri itu? Adakah semua rakyat Sabah benar mahukan hasil sebegini? Untuk seketika, ada kerlipan sinar harapan: Sabah berada di hujung hampir mencapai sesuatu yang luar biasa, saat “Saya ada suatu impian” seperti diucapkan Martin Luther King Jr. Yang itu kini telah hilang, dan kegembiraan seketika yang dinanti penuh harapan mungkin tak akan kembali semula dalam masa terdekat. Barangkali bukan dalam riwayat saya?

Sedih melihat bagaimana rakyat Sabah telah jadi terlalu bertenang. Apabila ditanya pandangan mereka tentang keputusan pilihan raya baru-baru ini dan kerajaan baharu, mereka kelihatan optimis. Tema biasa dalam banyak perbualan saya dengan mereka ialah, “Tak apa. Kami dah biasa!” 

Kita patut jadi biasa dengannya, saya rasa, sebab kita sekarang berbalik kepada seperti mana 50 tahun lebih yang lalu, apabila tak ada banyak pun yang dilakukan untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat di Sabah. Jangan salah erti saya – banyak, banyak janji akan dibuat oleh ketua menteri baharu, kabinetnya dan mungkin juga perdana menteri. Kita harus tunggu dan lihat apa akan jadi.

Kerajaan negeri baharu perlu beri perhatian akan banyak isu penting dengan segera. Salah satu daripadanya adalah kemasukan migran tanpa dokumen. Ini bermula ketika kerajaan Barisan Nasional dan telah jadi duri dalam daging ramai rakyat Sabah untuk bertahun-tahun. Adakah ketua menteri baharu dan menteri-menterinya berani mendapatkan kerajaan persekutuan untuk selesaikan ini dan mengambil langkah proaktif menyekat alirannya? 

READ MORE:  Solutions for stateless in Sabah?

Apakah langkah yang akan kerajaan negeri ambil untuk mencegah sebaran koronavirus yang membimbangkan di Sabah, terutamanya sepanjang pantai timur? 

Ada juga persoalan besar tentang Perjanjian Malaysia 1963. Semasa tempoh Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri,beliau, bersama dengan Darrel Leiking dan yang lain-lain, telah berjuang untuk hak Sabah di bawah perjanjian itu: 17 daripada 21 perkara yang dibincangkan telah diluluskan – tinggal empat lagi. 

Adakah kabinet baharu Sabah akan meneruskan ini dan mempertahankan hak negeri berkaitan keuntungan petroleum, royalti minyak, mengembalikan 40% keuntungan kepada Sabah dan isu-isu lain di bawah Perjanjian Malaysia? Di bawah kerajaan BN sebelum 2018, tiada apa dicapai walaupun ada cakap-cakap tentang semuanya.

Banyak isu ditimbun atas dulang kerajaan negeri. Ia mestilah menghidupkan semula ekonomi, menambah baik kehidupan dan meningkatkan mutu hidup rakyat, terutamanya yang di pedalaman. Ia perlu bina perhubungan pengangkutan yang elok, tingkatkan ketersambungan internet dan sediakan pendidikan bermutu untuk semua. Ia juga perlu memastikan bekalan elektrik dan air yang terjamin ke seluruh negeri. Dan itu cuma secara kasar ada daripada kepala saya!

Shafie Apdal dan parti Warisan perlu memainkan peranan yang berkesan sebagai Pembangkang untuk pastikan kerajaan negeri dan persekutuan tidak tipu rakyat lagi. Anggota dewan pembangkang mestilah selalu bersuara untuk rakyat, kerana mereka ialah harapan rakyat untuk pastikan janji-janji yang dibuat agar ditepati. 

Telah kita dengar komen tentang Warisan yang tak mampu memenuhi janji pilihan rayanya ketika jadi kerajaan dua tahun yang dah berlalu. Beberapa orang yang mengatakan demikian kini berada dalam kerajaan baharu Sabah untuk lima tahun berikutnya. Bagaimanakah mereka akan jalankan tugas? Sekali lagi, kita harus tunggu dan lihat.  

READ MORE:  Salute, emulate the spirit of social cohesion of Sabah and Sarawak!

Bagi yang berada dalam kerajaan baharu Sabah mestilah selalu beringat bahawa rakyat yang meletakkan mereka di tempat sekarang boleh saja tendang mereka keluar jika tidak dapat menambah baik nasib rakyat. 

Jadi hati-hati, kamu sedang diperhatikan!

Jem ialah seorang pembaca Aliran, masih amat peduli tentang Sabah, walaupun telah beberapa lama menetap di semenanjung 

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x