Home TA Online Petani Kanthan – situasi sebenarnya

Petani Kanthan – situasi sebenarnya

Wujud tiga isu pokok - rezeki sekumpulan pekebun kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia, dan kesegaran ekonomi luar bandar

Jeyakumar Devaraj explains what's at stake, with a portion of the Kanthan farming area in the background

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Video dan artikel berkaitan keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan kerajaan negeri Perak untuk mengusir 132 orang petani kecil yang menghasilkan bahan-bahan makanan di Kanthan, Perak, telah ditonton dan dibaca oleh ramai penduduk Malaysia.

Ramai yang membantah keputusan kerajaan negeri Perak memusnahkan sebuah kawasan yang membekalkan 50-60 tan sayur dan buah-buahan setiap hari untuk penduduk Malaysia.

Tetapi ada juga pembaca yang mempunyai persepsi negatif terhadap petani-petani ini. Antara komen negatif yang keluar di media sosial adalah:

  1. Petani ini mahu menggunakan tanah kerajaan dengan percuma dan tidak mahu membayar sebarang sewa.
  2. Tanah ini adalah milikan PKNP dan petani tidak membayar sebarang sewa kepada PKNP sehingga sekarang
  3. Kerajaan negeri Perak telah menawarkan mereka satu tapak tanah alternatif di Changkat Kinding tetapi petani menolak tawaran tersebut
  4. Mengapakah Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditubuhkan untuk membantu golongan miskin dan sederhana membuang masa dalam membantu satu kumpulan yang kaya?
  5. Ada pencemaran alam daripada penternakan babi di kawasan itu

Saya terlibat dalam isu petani Kanthan sejak tahun 2010 kerana kawasan ini berada di sempadan kawasan Sungai Siput dan tahu sedikit berkaitan latar belakang isu ini. Izinkan saya memberi penjelasan ringkas terhadap komen-komen ini.

  1. Petani ini mahu menggunakan tanah kerajaan dengan percuma dan tidak mahu membayar sebarang sewa

Ini tidak benar. Pada tahun 1989, lebih daripada seratus orang petani di kawasan Kanthan telah cuba mendaftarkan diri dengan Pejabat Tanah Kinta dan memohon lesen tumpangan sementara (TOL) daripada pejabat tanah. Usaha ini dikoordinasi oleh setiausaha DAP di Kampung Baru Kanthan pada masa itu. Ada antara mereka yang dapat surat sokongan daripada ahli dewan undangan negeri kawasan tersebut.

Tetapi pejabat tanah berdiam sahaja – tidak meluluskan permohonan petani dan mengenakan bayaran sewa ataupun menolak dan memanggil mereka untuk mengosongkan tanah itu.

READ MORE:  Hak petani: Wakil Malaysia PBB tidak cerminkan keadaan sebenar (Malay/English)

Jadi, isunya bukan keengganan para petani membayar sewa tanah kepada pejabat tanah. Isu sebenarnya ialah kerajaan negeri enggan mengiktirafkan mereka sebagai petani.

  1. Tanah ini adalah milikan PKNP dan petani tidak membayar sebarang sewa kepada PKNP sehingga sekarang

Komuniti petani ini telah mengusahakan pertanian di kawasan ini sejak sebelum Perang Dunia Kedua – jauh sebelum PKNP diperbadankan (pada tahun 1967).

Tanah ini dilupuskan kepada PKNP oleh kerajaan negeri Perak lebih kurang 10 tahun yang lalu – walaupun para petani telah memohon tanah ini 25 tahun lebih awal.

Pada tahun 2012, PKNP telah menawarkan pajakan tanah dengan bayaran sewa dan hampir kesemua pekebun berminat dan menandatangani dokumen perjanjian. Tetapi PKNP tidak meneruskan dengan cadangan itu.

Pada tahun 2016, sekumpulan 14 orang petani dari kawasan ini telah menghadap PKNP ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk memaksanya meneruskan dengan cadangan menyewa tanah kepada mereka seperti yang dijanjikan pada tahun 2012 (Guaman No: AA-B52-62-12/2016).

Akhirnya satu persetujuan bersama (consent agreement) telah dicapai di mana 14 orang pekebun itu dibenarkan meneruskan aktiviti pertanian sehingga tahun 2022 dengan janji mereka akan ditawarkan kawasan alternatif jika dikehendaki berpindah.

Jadi, adalah jelas bahawa para petani sedia membayar sewa tanah yang munasabah, tetapi pejabat tanah dan PKNP tidak membuka ruang untuk bayaran ini.

  1. Kerajaan negeri Perak telah menawarkan mereka satu tapak tanah alternatif di Changkat Kinding tetapi petani menolak tawaran tersebut

Ini pun tidak benar: 132 orang petani di kawasan ini memang dijemput ke satu perjumpaan di Pusat Pembangunan Usahawan, Bandar Meru Raya, pada 6 Oktober 2021. Notis jemputan itu mengatakan bahawa mereka akan diberi taklimat berkaitan tanah gantian yang ditawarkan kepada mereka.

Apabila mereka sampai ke tempat mesyuarat, mereka diminta terus membuat pengundian tapak ganti di kawasan baru tanpa sebarang penjelasan terhadap terma-terma berkaitan tawaran itu.

READ MORE:  Hak petani: Wakil Malaysia PBB tidak cerminkan keadaan sebenar (Malay/English)

Para petani tidak setuju untuk mengambil bahagian dalam cabutan lot itu dan menulis sepucuk surat bertarikh 10 Oktober 2021 yang:

  • meminta supaya mereka dibawa ke tapak yang ditawarkan untuk membolehkan mereka melihat kesesuaiannya untuk penanaman sayur-sayuran
  • bertanya apakah syarat-syarat tawaran ini – siapakah pemilik tanah, jangka masa pajakan yang ditawarkan, bayaran bulanan, masa yang akan diberi untuk menyediakan tapak baru dan berpindah. Mereka meminta draf perjanjian berkaitan pajakan tanah ini supaya mereka dapat tahu terma-termanya
  • bertanya sama ada bekalan air di kawasan baru mencukupi untuk penanaman sayur
  • menghuraikan masalah kewangan yang akan dihadapi mereka dalam meneroka tanah baru ini jika dikehendaki mengosongkan kebun yang merupakan punca rezeki mereka

Mereka meminta satu sesi dialog untuk membincangkan perkara-perkara ini.

Malangnya PKNP tidak mengadakan mesyuarat susulan untuk memberikan penjelasan seperti yang diminta tetapi terus menghantar notis pengusiran yang bertarikh 3 Disember 2021.

Kesimpulannya, para petani tidak pernah menolak tawaran tanah ganti. Mereka hanya memohon butir-butir yang lebih lengkap berkaitan tawaran ini sebelum mereka buat keputusan. Sampai sekarang pihak PKNP dan pejabat tanah dan galian belum membekalkan makluman yang dipohon oleh petani.

  1. Mengapakah PSM yang ditubuhkan untuk membantu golongan miskin dan sederhana, membuang masa membantu satu kumpulan yang kaya?

Pertamanya, kebanyakan daripada 132 orang petani ini bukan kaya. Pada jangkaan saya, satu-pertiga daripada mereka adalah dalam kalangan golongan 40% yang terendah dan hampir kesemua yang lain adalah dalam kalangan golongan 40% yang pertengahan. Sila lihat keluasan tanah yang diusahakan oleh mereka:

Statistik berkaitan keluasan kebun adalah hasil kajian PKNP sendiri dan ianya membuktikan bahawa 49.3% daripada petani di kawasan ini mengusahakan kebun yang berkeluasan kurang daripada empat ekar. Jadi, adalah salah untuk menganggap mereka semua adalah kaya raya.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa PSM tidak berpendirian bahawa semua orang kaya adalah musuh yang harus ditentang habis-habisan. Memang ada banyak kes di mana PSM menentang syarikat korporat tetapi ini berlaku apabila mereka menipu, merampas tanah ataupun menindas orang biasa.

READ MORE:  Hak petani: Wakil Malaysia PBB tidak cerminkan keadaan sebenar (Malay/English)

Kami sentiasa cuba bertindak secara adil terhadap semua golongan dalam masyarakat kita. Orang kaya juga manusia dan ramai di antara mereka memainkan peranan yang memanfaatkan ekonomi dan negara kita. Hak asasi mereka harus dihormati.

  1. Ada pencemaran alam daripada pembelaan babi di kawasan itu

Ada kemungkinannya. Saya tidak pasti. Sejauh mana saya tahu, ada dua orang penternak babi dalam kalangan petani Kanthan-Kuala Kuang. Saya belum menyiasat isu pencemaran berkaitan dengan ternakan babi, tetapi pendirian PSM adalah penternak ayam, babi dan lembu mesti berjaga supaya tidak mencemarkan kawasan sekeliling dan sungai.

Agensi kerajaan yang berkaitan mesti memainkan peranan proaktif untuk memastikan perkara ini – undang-undang yang sedia ada mesti dikuatkuasakan, dan sesiapa penternak yang terus mencemari alam sekeliling harus didenda dan, jika degil, ditutup.

Sisa buangan organik adalah masalah terbesar berkaitan ternakan binatang. Teknologi moden harus dipakai supaya sisa buangan organik dapat disalurkan ke dalam tangki dan gas metana daripada sisa organik digunakan untuk menjana kuasa elektrik.

Kesimpulan

Isu pokok di sini bukannya etnik walaupun ada pihak-pihak tertentu yang berhasrat untuk mempromosi sudut pandangan chauvinis.

Sebenarnya wujud tiga isu pokok di sini – rezeki sekumpulan pekebun kecil, jaminan makanan untuk rakyat Malaysia, dan kesegaran ekonomi luar bandar. Kita harus memastikan pandangan kita tidak diputar-belit oleh satu kumpulan kecil yang sedang menyalahgunakan kuasa untuk mencairkan aset kerajaan (tanah) demi menguntungkan diri sendiri dan proksi mereka.

Kita hanya dapat memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat jika kita boleh sentiasa bersikap rasional dan mengutamakan prinsip keadilan dalam mengendalikan setiap masalah yang kita menghadapi.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Chang Tsyh Yong
Chang Tsyh Yong
26 Oct 2023 8.37pm

Dr. Jeyakumar, thank you for a very clear explanantion.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x