Home TA Online Pilihan raya Itali dimenangi neo-fasis: Pandangan saya sebagai warga Itali

Pilihan raya Itali dimenangi neo-fasis: Pandangan saya sebagai warga Itali

Reaksi pengundi ialah terhadap satu jenis politik yang menggunakan nama 'leftist', tetapi sebenarnya hanya mengikut kepentingan golongan elit

2022 Italian general election results by party - WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh Daniele Speziale

Pada pagi 26 September, rakyat Itali bangun di bawah pemerintahan sebuah kerajaan baru.

Berita ini sudah sampai setiap sudut di dunia, termasuk Malaysia di mana saya terdengar khabar ini di siaran berita radio.

Di satu sisi, peristiwa ini tidak pun begitu istimewa. Rakyat Itali sudah biasa (dan sebenarnya putus asa) dengan perubahan kerajaan: purata kerajaan Itali jatuh selepas satu tahun saja, biasanya disebabkan parti-parti tidak bersetuju tentang dasar-dasar sampai pembubaran gabungan yang memerintah.

Namun yang istimewa kali ini adalah kemenangan sebuah gabungan yang bersifat amat right wing (sayap kanan), jauh lebih bersifat kanan kalau berbanding dengan parti-parti kanan yang dulu juga memerintah.

Dalam beberapa media antarabangsa Georgia Meloni, iaitu perdana menteri baru Itali, dikatakan seorang pemimpin “neo-fasis” – satu takrif yang tepat, walaupun tidak diakui oleh kebanyakan media di Itali.

Ideologi Georgia Meloni dan partinya Fratelli d’Italia (Saudara Itali) serupa dengan parti-parti kanan di seluruh dunia: ia bersifat nasionalis sampai menjadi rasis terhadap kaum-kaum bukan Itali dan, dalam konteks politik Eropah, ia adalah sebuah parti yang Euro-skeptik iaitu tidak percaya pada Kesatuan Eropah.

Namun, di dalam komentar yang berikut, saya tidak mahu meneliti parti Fratelli d’Italia dan peningkatannya, bahkan memberi pendapat saya tentang perkembangan dan kemenangan ideologi kanan dan neo-fasis.

Beberapa hari dahulu, selepas melihat berita di Itali, seorang kawan Malaysia bercakap pada saya: “Pergerakan haluan kanan seperti ini berkembang sebagai reaksi terhadap politik far left (iaitu politik paling haluan kiri)” – iaitu, satu reaksi terhadap nilai-nilai progresif dan sosialis oleh pihak-pihak dan pengundi-pengundi yang bermentaliti konservatif dan kapitalis.

READ MORE:  UK general election: Did Keir Starmer really win?

Saya jawab, “Ini bukan masalah politik terlalu progresif dan sosialis, masalahnya sebenarnya adalah parti-parti yang benar-benar sayap kiri sudah tidak wujud, sudah lama hilang dan tidak lagi merupakan pilihan alternatif untuk pengundi.”

Sebagai ilustrasi saya memberi contoh satu cerita yang saya baca di dalam The Guardian. Di sebuah bandar berhampiran Milan, Itali, yang pada masa 1990-an betul-betul menyokong politik far left, hari ini kebanyakan penduduk mengaku mengundi far right.

Bagaimana perubahan drastik ini boleh berlaku dalam masa satu generasi? Katanya beberapa penduduk bandar tersebut, ini sebab dahulu mereka betul-betul rasa diwakili oleh pemimpin sayap kiri: zaman itu ahli politik kiri memang berpegang teguh kepada nilai-nilai kiri, seperti solidariti dengan pekerja buruh dan marhaen tempatan.

Tetapi masa kini, mereka yang dahulu mempromosikan dasar-dasar sosialis sudah tidak peduli tentang golongan marhaen yang sepatutnya sayap kiri mewakili dan memperkasakan.

Masa kini, tidak ada satu parti di Itali (antara parti-parti besar) yang memang boleh (atau mahu) menjadi suara pekerja, suara orang terpinggir dan terasing, suara mereka yang paling terjejas oleh krisis-krisis ekonomi.

Golongan mahasiswa Itali juga, walaupun secara umumnya lebih berkehadapan dan terbuka minda, sudah jauhkan diri dari politik: satu penyebab adalah mereka juga tidak rasa diwakili oleh politikus kebanyakannya generasi tua.

Tapi, yang paling penting, mereka terkesan akibat undang-undang lama dan usang di mana untuk mengundi perlulah berada di bandar sendiri. Maksudnya semua pemuda yang belajar atau bekerja di luar bandar sendiri tidak diberi peluang mengundi – satu halangan besar kepada keterangkuman pemuda dalam politik.

Di sebaliknya, parti-parti Itali yang menentang pergerakan haluan kanan adalah parti liberal dan centrist, yang kononnya berhaluan ‘kiri’ tetapi sebenarnya hanya mewakili kepentingan orang lebih kaya, orang bandar dan orang berpendidikan formal.

READ MORE:  India's surprising election results and the verdict on the media

Dan pengikut-pengikut parti seperti ini tidak bertindak untuk menyokong golongan marhaen Itali, sebenarnya mereka mengasingkan golongan ini.

Bagaimana? Melalui mempromosi naratif-naratif politik yang hanya mencerminkan kepentingan dan isu-isu golongan lebih elit, sambil memandang rendah kepada pengundi kelas bawahan seperti jahil, jahat dan tidak berotak.

Itu betul bahawa ramai orang Itali yang tidak berpendidikan menjadi penyokong pemimpin rasis.

Tapi adakah orang-orang yang kononnya ‘leftist’ mencuba fahami kenapa golongan tersebut tidak berpendidikan? Adakah mereka ini mencuba untuk berkongsi pendidikan kritikal dengan golongan bawahan sambil memahami cabaran sosioekonomi mereka? Adakah seorang ‘leftist’ yang menghina golongan marhaen sebab tidak berpendidikan boleh dikatakan leftist?

Sebab ini, saya menjawab kepada kawan saya itu: “Orang Itali yang menyokong pemimpin neo-fasis itu bukan reaksi terhadap politik sayap kiri. Di sebaliknya, mereka reaksi terhadap satu jenis politik yang menggunakan nama ‘leftist’, tetapi sebenarnya hanya mengikut kepentingan golongan elit.”

Kalau kita memang mahu melawan ideologi fasis dan rasis, haruslah kita memahami konteks sosioekonomi di mana ideologi ini berkembang. Haruslah juga terus berusaha untuk mendidik rakyat tentang siapa itu musuh sebenar – pendatang-pendatang kaum lain (isu politik terbesar di Itali) atau golongan atas yang menambah kekayaan sambil menindas pekerja-pekerja senegara?

Dan sebab politik berhaluan kanan ekstrim sudah sedang berkembang di seluruh dunia, cabaran-cabaran tersebut merangkumi semua pergerakan kiri dan berkehadapan di setiap negara, mahupun Itali, Malaysia dan di mana-manapun.

Daniele Speziale, originally from the small Italian town of Savona, studied at Penanti Secondary School in Bukit Mertajam as a 17-year-old exchange student and later as a political science research intern at USM – and he has been passionate about Malaysia ever since. He is now doing his masters in development studies at SOAS University of London

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Benedict Lopez
29 Sep 2022 6.57pm

What a joke! Just because the government is not to her taste, its Neo-facist!

Daniele Speziale
Daniele Speziale
3 Oct 2022 2.27am
Reply to  Benedict Lopez

Thank you for this not-so-constructive comment that reads more like a Donald Trump tweet than a sincere engagement with what I actually wrote. Just a few notes:
First, it’s he/him, not her.
Second, I did not come up with the term “neo-fascist” but rather said that is what the international media calls the party, though I do admit I consider the term accurate, for example because multiple prominent party members (Fidanza, Acquaroli, La Russa) have openly partecipated in neo-fascist gatherings, but also because various aspects of the party (such as the slogan “God-Fatherland-Family”) echo the Fascist era. Perhaps instead of baselessly accusing me of being so biased you could have read up more about the party yourself.
Third, it’s spelt *fascist with an S, not “facist”.

Perhaps next time it might help that you focus on the real argument of a piece, instead of raging at a word in the title and dismissing other contributors’ pieces as “jokes” like a hubristic keyboard warrior.

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x