
Tepuk! Tepuk! Sukan Olympik Tokyo 2021 belum bermula tetapi Malaysia telah memperoleh ‘pingat emas’ dalam ‘melompat’, melompat parti lah apalagi?
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kita telah melihat pengkhianatan wakil rakyat parti pembangkang dan satu parti politik melompat dan bergabung dengan pengkomplot Langkah Sheraton dalam menyertai kerajaan yang memerintah. Lantaran loncatan ini, kerajaan gabungan “pintu belakang” yang sudah setahun berkuasa tentunya bertepuk sorak bagi majoriti tipis mereka.
Adakah kita bahkan terkejut dengan para ‘pelompat’-parti baru-baru ini, yang sangat menghampakan kita dan mengkhianat mandat diberikan oleh rakyat yang mengundi mereka sebagai wakil rakyat untuk melindungi proses demokrasi berparlimen?
Lompat parti yang menjadi-jadi tidak menghairankan kerana fenomena in telah wujud untuk masa yang lama. Sistem politik kita telah dibelenggu dengan skandal yang tidak berkesudahan dan mendorong gejala lompat parti serta segala macam gimik politik, perampasan kuasa dan pembelotan bagi mengukuhkan kepentingan peribadi dan keuntungan wang, jawatan dan sebagainya untuk jumlah sekecil sahaja.
Namun, politikus-politikus yang sudah melompat bersiap sedia dengan bermacam-macam alasan untuk mempertahankan diri dan tindakannya. Contohnya, memperkukuhkan kerajaan yang berdepan pandemik, menjamin peruntukukan untuk pembangunan konstituensi mereka dan sebagainya. Siapakah yang sebenarnya memperoleh ganjaran dan keuntungan daripada ‘pingat emas’ itu?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lompat parti patut dikutuk dan dihentikan. Masyarakat sivil dan ramai orang umum berprihatinan sering menuntut ketelusan dan kebertanggungjawapan di kalangan wakil rakyat dan politikus-politikus pihak memerintah mahupun pembangkang. Ramai juga yang menuntut undang-undang anti lompat untuk membendung gejala lompat parti.
Malangnya, negara kita jauh kebelakangan dalam menjunjung proses-proses demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan serta kepentingan rakyat. Tanpa komitmen dan ketekadan politik untuk bertindak pantas dalam menangani korupsi dan rampasan kuasa melalui jalan jijik, adalah mustahil untuk menghentikan virus ‘melompat’ ini dan mereformasikan sistem dan budaya politik negara kita.
Carol Yong ialah seorang aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme