Home TA Online Pulau Pinang adalah negeri, bukan jajahan – ini fakta perlembagaan

Pulau Pinang adalah negeri, bukan jajahan – ini fakta perlembagaan

Kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipersoalkan

George Town skyline and ongoing reclamation along Gurney Drive - HUNDENVONPENANG/WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pitchay Chenniah

Malaysia terbentuk hasil persetujuan semua Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri.

Fakta sejarah ini tidak boleh diputarbelitkan.

Negara ini telah merdeka selama lebih enam dekad. Sepanjang tempoh tersebut, Pulau Pinang telah sah dan rasmi diiktiraf sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, bukannya daerah atau jajahan mana-mana negeri lain.

Kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dipersetujui ketika pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Ia bukan isu tafsiran, tetapi fakta undang-undang dan Sejarah, yang tidak boleh dipersoalkan sesuka hati.

Oleh itu, kenyataan yang dibangkitkan oleh menteri besar Kedah selepas lebih enam dekad kemerdekaan adalah tidak bertanggungjawab dan hanya mencetuskan perpecahan antara rakyat dan negeri.

Kita tidak membina negara ini dengan retorik lapuk atau naratif yang menafikan realiti Perlembagaan.

Malaysia dibina atas persefahaman, hormat-menghormati dan kedaulatan undang-undang – bukan dengan mengungkit dakwaan sejarah yang telah lama diselesaikan.

Sebagai pemimpin, adalah menjadi tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, bukan mencetuskan polemik yang boleh menjejaskan keharmonian persekutuan dan semangat kebangsaan.

Pulau Pinang adalah sebuah negeri dalam Malaysia. Ini bukan pandangan politik – ini adalah fakta perlembagaan.

Dato’ Dr Pitchay Chinniah ialah seorang perunding perniagaan dan undang-undang yang berpusat di Pulau Pinang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x