Home TA Online Rakyat terkesima dek gaya hidup lima bintang elitis politik

Rakyat terkesima dek gaya hidup lima bintang elitis politik

The 'Sheraton move' back in 2020

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ramai antara kita mendapati adalah sukar untuk cari makan, tapi politikus-politikus elit ini tampaknya tak ada masalah sebegitu, Ch’ng Chin Yeow menulis.

Adalah menyedihkan apabila lihat penduduk di Kubang Pasu di Kedah diberi bungkusan makanan tak seberapa bagi menggalakkan mereka hadir menjalankan saringan Covid-19.

Malaysia patutnya mencapai status “negara membangun” pada tahun ini seperti dirujuk kepada Wawasan 2020 Dr Mahathir Mohamad.

Tapi nampaknya bungkusan makanan yang tak seberapa – kandungannya telur, 2kg gula, makanan dalam tin, biskut, minuman, mihun dan minyak masak – yang dianggap cukup sebagai suatu galakan untuk mengumpan rakyat Kubang Pasu hadir menjalani saringan Covid-19. Dimanakah kemakmuran untuk rakyat yang diramalkan dalam Wawasan 2020?

Memang ada jurang antara politikus dengan kita rakyat. Politikus nampaknya selalu mengadakan keraian mereka dalam hotel-hotel mewah yang jauh di luar kemampuan kebanyakan rakyat.

Telah maklum yang Langkah Sheraton oleh Azmin Ali dan puaknya pada malam bercerainya mereka dari Pakatan Harapan yang mengambil tempat di sebuah hotel lima bintang di Petaling Jaya.

Kemudian ada pula video seks mengaibkan yang memaparkan seorang politikus sewaktu pilihan raya kecil Sandakan. Yang ini didakwa dirakam di Four Points, satu-satunya hotel lima bintang di bandar itu (sebelum ia ditutup pada bulan Jun) – yang juga sebahagian dari rangkaian niaga Sheraton.

Kita telah lihat banyak gambar lain politikus menikmati hidangan mewah di restoran atau hotel eksklusif. Mengunjungi hotel empat atau lima bintang tampak seperti sebahagian lumrah gaya hidup mereka.

Ramai dari kita, termasuk rakyat Kubang Pasu, tidak mampu untuk turut kemahuan nafsu yang boros seperti itu. Rakyat Kubang Pasu dah cukup gembira sungguh dapat menerima bungkusan makanan yang tak seberapa itu.

Sebaliknya, satu hidangan atau penginapan satu malam di hotel bertaraf tinggi boleh senang-senang sahaja menanggung sebulan perbelanjaan sekeluarga yang miskin.

Katak-katak di Sabah didakwa dijanjikan jutaan ringgit setiap orang bagi menyahstabilkan kerajaan negeri. Jika ia benar, suatu jumlah wang yang tak masuk akal sedang ditabur sana sini.

Kabinet yang sembap dan pelantikan para politikus sebagai pengerusi dan ahli lembaga dalam syarikat-syarikat berkait kerajaan dalam waktu yang lelah ini tidak berapa meyakinkan khalayak umum terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan perlu cermat dengan wang rakyat kita – tapi tidak.

Jurang antara politikus elit dan rakyat adalah di luar capaian akal. Ramai antara kita mendapati payah untuk cari makan, tetapi sekalian politikus elit ini tampaknya tidak punyai masalah sebegitu.

Lebih teruk, jurang ini semakin meluas dengan tiada segan silu di pihak mereka menayang kemewahan dan gaya hidup mereka untuk tatapan semua.

Ch’ng Chin Yeow punya minat dalam berbagai isu dan subjek, termasuklah sejarah, mineralogi dan kelakuan manusia. Menetap di Penang, dia benar-benar suka jadi kaki sibuk

Terjemahan oleh Shazni Bhai

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x