Home TA Online Sajak Tahanan (untuk pejuang tanpa nama)

Sajak Tahanan (untuk pejuang tanpa nama)

Operation Lalang ISA arrests in 1987 - NASIR HASHIM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kami bersua muka
Dicengkam tahanan
pada usia dimamah
masa
Saling memahami nota
pribadi
Namun, sisa
pengalaman
membuahkan
teladan

Saudara ku
Betapa lumrahnya
titisan sejarah
menegur jati diri
Mengapa negara ku
harus begini?
Saban hari dihimpit
tamadun songsang
Bercandukan takhta,
membilang harta dan
kuasa

Maka parut yang lama
dilukai kembali
Negara melutut, parah
tak terperi
Kerana sandiwara
kapitalis dan
dendangan konco
ditayang lagi
Gah berkiblatkan
penindasan dan
mempertuhankan
keuntungan

Saudara ku
Kita pernah dikurung
dan dikeji
Bebas berantai dalam
pasung bersulamkan
batu, duri dan besi

Namun begitu
Kita tidak berputus asa
tidak pula berpatah
arah
Sanggup mendalami
erti setia kawan dan
melumpuhkan
ragam lawan
Saling perkasakan
semangat cinta kasih
yang abadi

Namun ada mendakwa
dimangsa takdir Illahi
Meskipun sendiri tidak
pernah diberitahu
nasibnya harus begini

Lantas yang liar
mengintip durhaka
Menjunjung seribu
satu alasan agar
terbebas jua dari
tahanan

Saudara ku
Biarkanlah mereka
begitu
Suatu masa nanti
mereka akan ditanya
Mengapa sanggup
begini
Mengorbankan anak
cucu dalam negara
yang tercinta ini

Sdr seperjuangan ku
Kita ibarat lilin
pemangkin tanpa
bernoktah
Hilang tak siapa nan
tahu
Berikrar kukuhkan jati
diri dan perkasakan
rakyat lagi

Semoga anak cucu
mengerti mengapa
kami harus begini
Semoga mereka lebih
mantap, lebih gagah
dari kami

Salam perjuangan

– Nasir Hashim

Sajak ini diterbit hari ini, 27 Oktober, iaitu ulang tahun Operasi Lalang, yang bermula pada 2 Oktober 2024.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Nasir Hashim
Dr Mohd Nasir Hashim received a PhD in international nutrition from Cornell University. He served as the first chairman of the Socialist Party of Malaysia (PSM) for 23 years (1996-2019) and as the Selangor State Legislative Assembly member for Kota Damansara (2008-2013). These days, he enjoys writing poems, painting and playing the harmonica
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
mhs
mhs
27 Oct 2024 11.38am

Ini baris2 yang baik, tahniah:

Mengapa negara ku
harus begini?
Saban hari dihimpit
tamadun songsang
Bercandukan takhta,
membilang harta dan
kuasa

Most Read

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x