
By Raveen Jeyakumar
Beberapa tahun lalu, suatu konsortium syarikat bercadang untuk mewujudkan tiga pulau buatan di luar pantai selatan Pulau Pinang untuk membiayai cadangan mahal mereka untuk infrastruktur pengangkutan, yang dinamakan “Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang” atau “PTMP”.
Pelan ini kini terjejas. Penambakan pada mulanya diperlahankan, dan kini nampaknya diperkecilkan kepada hanya satu pulau. Kerajaan negeri juga menyedari bahawa penambakan yang diperkecilkan itu tidak akan menjana dana mencukupi untuk membiayai projek landasan kereta api overhead (above-ground “light rail transit”) bernilai RM10bn yang dicadangkan, apatah lagi keseluruhan PTMP bernilai RM46bn tersebut.
Oleh itu, kerajaan negeri telah meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk membiayai landasan kereta api tersebut. Ia yakin bahawa projek landasan kereta api ini akan mengurangkan kesesakan lalu lintas bagi Pulau Pinang.
Tetapi, projek landasan kereta api ini tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Sebaliknya, kerajaan persekutuan dan negeri harus meluaskan dan menambah baik perkhidmatan bas awam untuk mengurangkan kesesakan di seluruh negeri dengan kos yang jauh lebih murah dari RM10bn untuk landasan kereta api overhead tersebut.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walaupun penambakan tersebut diperkecilkan untuk mewujudkan hanya satu pulau, seperti yang baru-baru diumumkan, lambakan berjuta-juta tan batu dan pasir akan memusnahkan perairan di mana ikan bertelur dan merosotkan ekosistem tersebut, menurut Sahabat Alam Sekitar (SAM).
Jumlah pasir yang besar-besaran juga akan terpaksa diekstrak dari perairan Pulau Pinang atau Perak, lalu menyebabkan lebih lagi kerosakan. Ini bukan sahaja akan menjejaskan golongan nelayan dekat lokasi tersebut, tetapi jumlah tangkapan ikan bagi mereka yang berada sepanjang perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perak juga akan terjejas akibat kemerosotan habitat marin dan penghijrahan udang.
Tanda harga terkini bagi kerja-kerja penambakan yang diperkecilkan berserta pembangunan infrastruktur adalah sebanyak RM8.5bn.
Di samping itu, perdana menteri mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan menyediakan dana untuk projek landasan kereta api overhead.
Tetapi, perbelanjaan besar-besaran ini untuk landasan kereta api overhead laluan tunggal ini untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas langsung tidak kos efektif.
Sebaliknya, suatu penyelesaian alternatif yang lebih murah dan cepat harus dipertimbangkan – penambahbaikan perkhidmatan bas awam
Jika kerajaan persekutuan menambahbaik perkhidmatan bas awam, ia tidak perlu berbelanja sangat banyak terhadap projek-projek infrastruktur yang mahal. Wang tersebut dapat digunakan untuk program-program sosioekonomi bagi penduduk dan untuk subsidi bagi perkhidmatan asas yang disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah.
Sebalik daripada membina suatu landasan kereta api overhead mahal bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan boleh meluaskan perkhidmatan bas awam dan meningkatkan kekerapannya di seluruh Pulau Pinang (termasuk di seberang) untuk menjadikan perkhidmatan tersebut lebih cekap dan komprehensif.
Perkhidmatan yang ditambahbaik tersebut akan menggalakkan lebih ramai penduduk untuk menggunakan bas awam sebagai cara pengangkutan utama mereka berbanding kenderaan sendiri.
Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan boleh menaikkan yuran parking kereta dalam bandar raya. Sementara itu, kerajaan persekutuan boleh mengenakan cukai import lebih tinggi terhadap kereta-kereta dari luar negara.
Tindakan sebegini akan menggerakkan lebih orang kepada bas awam – ini lebih baik daripada mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk membeli serta menjaga kereta sendiri. Jumlah kereta yang sedang mencekik jalan-jalan di Pulau Pinang akan turun, dan dengan itu mengurangkan kesesakan.
Perancang juga harus mencadangkan penyelesaian bagi penyambungan batu pertama dan terakhir, memudahkan proses perjalanan untuk para pengguna dari rumah atau tempat kerja mereka ke perhentian bas terdekat, dan dari perhentian bas terakhir ke destinasi terakhir mereka.
Adalah amat jelas bahawa banyak NGO dan beberapa segmen besar daripada komuniti yang terjejas membantah projek-projek mega ini. NGO tersebut telah mengeluarkan beberapa artikel yang memberikan sebab kukuh bagi pembatalan projek ini.
Jika pihak yang menyokong projek mega yang diinspirasikan oleh pihak korporat ini bertegas tentang pelaksanaannya, sokongan awam untuk kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan boleh jatuh.
Jadi, batalkanlah projek tambakan tersebut, bersama dengan landasan kereta api overhead, dan sebaliknya tambahbaik perkhidmatan bas awam bagi mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang.
Raveen Jeyakumar, seorang sukarelawan Aliran yang berumur 29 dan bermastautin di Ipoh, berminat dengan isu sosial dan alam sekitar
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
