Mavis: Bila baca tulisan Sharifah Munirah tempohari, saya tertanya-tanya berapa peratusan dan siapa penduduk yang ada peluang dan kemampuan untuk berhijrah keluar dari negara ini.
Biasanya hanya mereka yang kaya dengan status PR (status penduduk tetap) serta yang berkemampuan sahaja yang mampu berhijrah… dan juga orang macam Azman, yang secara ‘tak sengaja dilahirkan’ di luar negara.
Saya cukup menghormati mereka yang memilih untuk tetap tinggal walaupun mereka ada peluang untuk meninggalkan negara ini – dan seringkali mereka yang melakukannya adalah mereka yang sayang pada tanahair ini serta majoriti mereka yang tidak mampu untuk keluar berhijrah.
Azman: Saya suka kamu menggunakan terma “tak sengaja dilahirkan”!
Saras: Mavis, tentang rasa sayang kepada “tanahair” itu, penulis juga ada membincangkannya. Selama mana kita mahu mempertahankannya? Seringkali, bila ia berkait soal anak-anak kita, jika boleh, kita mahukan peluang yang terbaik bagi mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tanyalah pada mana-mana ibu bapa sekalipun. Saya kenal ramai ibu-bapa (yang kebanyakannya adalah anak murid saya sendiri) yang menggunakan apa cara sekalipun untuk memastikan anak mereka berhijrah. Ramai pelajar saya (yang berada di kolej) sudah menemui jalan yang lebih murah untuk melakukannya menerusi Singapura.
Ya, ia sungguh menyedihkan bahawa mereka yang tidak berkemampuan tidak mempunyai cara lain. Begitulah realiti kehidupan. Pun, jika boleh, kita sepatutnya menambah baik bakat mereka. Nasib baik pun kadang perlukan pertolongan. Saya ada perasan beberapa NGO juga melakukan apa yang terdaya.
Hashim: Berapa lama kita nak bertahan, itu satu soalan. Ada lagi satu soalan – yang saya sendiri bergelut dengan anak saya sendiri – iaitu, apa hak kita untuk mendesak agar mereka menyambung perlawanan kita?
Saras: Patutnya ia menjadi pilihan merekalah. Jika ‘tanahair’ memelihara mereka sebaiknya dengan penuh kasih sayang, barangkali mereka tidak mahu berhijrah. Anak-anak saya sudah pun memilih untuk tidak pulang.
Saya pula, sebaliknya, ada rasa yang berbeza. Negara ini memelihara saya sebaiknya, walau ianya cukup lama dahulu. Jika keadaan berubah, mungkin anak saya mahu untuk pulang kembali.
Mavis: Ya, kita tidak boleh mendesak begitu pada orang lain, hatta pada anak kita sendiri. Kedua-dua anak saya di luar negara, namun mereka tahu bahawa saya akan gembira jika mereka pulang atau bekerja supaya keadaan bertambah baik di Malaysia di mana pun mereka berada (dan) terlibat sama dalam memastikan perubahan yang mereka mahu saksikan untuk berlaku di Malaysia.
Ramai yang saya kenal cukup kuat merungut dan berang tentang segala perkara yang berlaku secara negatif serta meninggalkan kesan terus kepada keluarga dan diri mereka sendiri, secara terus atau peribadi – dan seringkali, begitulah mereka mula bertindak.
Namun, kebanyakan daripada mereka ini adalah yang memang terlibat dengan kerja hak asasi manusia berdekad lamanya, termasuklah mereka yang berani menyatakan kebenaran pada mereka yang berkuasa. Mereka sudah melakukannya bagi semua yang tertindas dan terpinggir yang tidak mempunyai suara bagi diri mereka sendiri. Kita perlu memastikan semua ini dapat diteruskan dengan mendukung keberanian yang sebegini.
Namun, langit tak semestinya selalu cerah.
Selama mana kita mahu terus mempertahankan segalanya? Saya selalu mengingatkan diri dengan kerap bahawa semua ini adalah sebuah kerja berterusan – jadi saya optimistik namun penuh berhati-hati, dengan jangkaan yang realistik. Saya percaya bahawa ‘perlawanan’ ini sudah berlangsung lama sebelum saya mengikutinya dan akan terus bersambung selepas saya meninggalkannya. (Ketawa)
Hashim: Saya ada dua pandangan tentang hal itu, Mavis:
Pertama, dengan mereka yang saya sudah bercakap sebelum ini, ia bukan soal langit selalu tidak cerah, tetapi sebaliknya apa yang mereka mahukan adalah peluang yang adil, yang mana mereka tidakkan memperolehinya di sini.
Kedua, apa yang mereka akan lakukan saatnya bila mereka bersama dengan yang terpinggir dan tertindas, namun mereka tetap menyaksikan penindasan dari lensa etnik mereka sendiri. Saya bercakap tentang orang Melayu miskin yang merasakan bahawa penindas mereka itu adalah kaum bukan Melayu dan yang akan membebaskan mereka nanti adalah orang seperti ‘Bossku’?
Mavis: Saya terima pandangan ini, namun kurang pasti tentang ‘peluang yang adil’ itu. Kedua-dua abang saya merupakan peguam di New Zealand dan mereka masih didikriminasi dalam sektor pekerjaan, walaupun mereka gembira dengan perkara berkaitan kualiti kehidupan di sana.
Saya fikir Melayu yang miskin juga sedang berubah – namun tidaklah secepat yang kita sangkakan. Saya melihat Parti Sosialis Malaysia (PSM) melakukan sesuatu yang baik tentang hal itu.
Malik: Menyalahkan yang ‘lain-lain’ ini bukan saja dilakukan oleh Melayu yang miskin sahaja. Ada juga Melayu yang kononnya terpelajar serta mempunyai kewangan yang kukuh juga termakan dengan jampi serapah Umno itu.
Saya tak rasa semua Melayu yang miskin itu hanya tahu menyalahkan mereka yang bukan kaum sama seperti mereka dalam keadaan yang dihadapi mereka itu.
Mavis: Saya setuju.
Saras: Mavis, saya cukup berharap yang mereka (Melayu yang miskin) untuk berubah. Saya sangat-sangat berharap. Saya mahukan negara saya kembali.
Saya mahukan anak saya untuk kembali semula. Mereka tahu yang kehidupan adalah lebih baik bersama dengan keluarga, namun mereka pun tidak mahu merana akibat kebodohan mereka yang acah-acah memimpin yang terpaksa ditanggung kita semua! Kita semua mahukan anak-anak kita untuk pulang.
Saya mahukan pelabur asing untuk kembali juga. Saya mahukan bisnes yang bermula di sini untuk merasa selamat agar mereka maju. Saya mahukan mereka kembali ke sini dan berkongsi kekayaan dengan cara yang produktif berbanding melakukannya di negara lain.
Saya pun tak tahulah mengapa kita tak nampak ketololan para pemimpin ini – tidak kiralah mereka yang miskin atau kroni Umno yang kaya itu? Ada juga warga India yang miskin turut jatuh ke dalam perangkap BN – bukan saja Melayu. Mengapa mereka tidak nampak bahawa mereka sebenarnya dimanipulasi?
Hashim: Maaf Malik, berbalik kepada komen kamu tentang ‘menyalahkan lain-lain’ itu, saya tidak bermaksud untuk menyalahkan Melayu yang miskin semata-mata.
Benar, ramai juga yang di kelas pertengahan serta yang kaya turut membuta-tuli mengikut Umno – walaupun, barangkali, oleh sebab yang berlainan dari mereka yang miskin, tidak kiralah sama ada mereka yang di pedalaman atau di bandar.
Saras: Untuk kontraklah!
Mavis: Dan bagaimana pula dengan bukan Melayu yang menjilat BN? Barangkali tidak semudah itu kita mahu mengkategorikannya atau kelompokkan semuanya mengikut kaum.
Hashim: Boleh jadi ianya berkaitan, tetapi melibatkan konteks dan kategori yang berbeza. Kita bercakap tentang orang Melayu yang menyalahkan ‘lain-lain’ berbanding melihat siapa yang sebenarnya meminggir dan menindas mereka.
Mavis: Namun saya melihat bagaimana konsep ‘bersyukur’ itu diratib kepada mahasiswa di universiti saya bertahun lamanya, apatah lagi melibatkan seorang naib-canselor ketika itu. Pembonsaian minda serta keagamaan cukup sukar untuk dihentikan sebenarnya.
Ikuti perbualan bersama teman-teman sembang kedai kopi dan kongsikan pandangan anda di bahagian komen di bawah.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme