
[TAMIL AND ENGLISH VERSIONS BELOW] Sebuah puisi oleh Daniele Speziale, sempena Hari Wanita Sedunia 2021.
Saya pertama kali tulis puisi ini dalam bahasa Tamil, semasa saya sedang bekerja sebagai sukarelawan di sebuah kampung di Tamil Nadu, India, pada tahun 2018. Nama kampung itu adalah Mangadu, dan ia terletak lebih kurang satu jam jauhnya dari bandar Chennai.
Di situ saya buat beberapa tugas sukarela untuk sebuah NGO yang bernama “Women’s Education and Economic Development Society”, sebuah pertubuhan yang bekerja dalam bidang pemerkasaan wanita.
Antara program-program NGO tersebut adalah sebuah kursus jahitan, iaitu kelas-kelas di mana wanita-wanita kampung dapat belajar menjahit supaya mereka boleh menghasilkan pakaian untuk dijual. Ini adalah satu jenis program microfinance, iaitu satu program yang membantu wanita menjanakan pendapatan untuk diri dan keluarga diri, agar dapat keluar dari keadaan kemiskinan dan jadi lebih bebas dari segi kewangan.
Dalam konteks ini, saya mencuba untuk menggambarkan wanita-wanita kampung yang menyertai kursus jahitan tersebut. Dalam proses melawan kemiskinan, wanita-wanita kampung (sama seperti wanita di seluruh dunia) tidak menerima bantuan ekonomi: sebaliknya, merekalah yang berusaha untuk mengubah keadaan mereka dan memperbaiki hidup mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Berikut adalah terjemahan puisi dalam bahasa Melayu, serta teks asal dalam bahasa Tamil. Di bawahnya adalah juga terjemahan dalam bahasa Inggeris.
Wanita Kampung
Dari pondok berbumbung jerami dan kayu
membawa beban dalam jalan berdebu
begitulah datang wanita kampung.
Di badan pakai sari kapas,
tapi hati dihiasi sari emas
begitulah datang wanita kampung.
Irama gelang kaki satu pekan dengar
di rambut ada bunga harum dan segar
begitulah datang ratu-ratu kampung.
Mereka berkumpul untuk menjahit
dan mesin-mesin menyanyi:
dak-dak-dak.
sebuah lagu kebebasan,
kekuatan, dorongan,
keindukan,
melawan kemiskinan
demi pemerkasaan.
Tentang pasal-pasal ini perlu penyair berkisar,
supaya dunia sepenuhnya lebih sedar.
Semoga lagu-lagu pemerkasaan ini
dapat tersebar dan mekar
dalam seluruh kemanusiaan ini.
மாங்காடு பெண்கள் Maangaadu Pengal
Chinna kudisaiyil irunthu
thuusiyulla saalaiyil sumai sumanthu
Maangaadu pengal varugirargal.
Nylon pudavai aninthu udalile
thanga pudavai aninthu manathile
Maangaadu pengal varugirargal.
Kolusin osaiyai buumi kekkirathu
buuvin manatthai kaattru mugargirathu
Maangaaddin raanigal varugirargal.
Thaiyal iyanthiratthilirunthu
dak dak dak sattham,
athu viduthalaiyin satthamuzhaippin sattham
thaay anbin sattham.
Varumaiyai muriyaditthuviddu
Maangaadu pengal varugirargal.
Matthavanga intha satthatthai kekkaaddaa,
intha kavithaiyin muulam keppaargal.
The Women of Mangadu
From their huts with thatched roofs
going through dusty roads
while carrying heavy loads
the women of Mangadu come.
With nylon sarees on their bodies
and golden sarees on their hearts
the women of Mangadu come.
The Earth listens to the sound of their anklets,
the air enjoys the smell of their garlands.
The queens of Mangadu come.
They gather together to tailor,
the sewing machines fill the air with their
tak tak tak.
Sound of freedom,
sound of motherly love,
sound of struggle against poverty.
What other task can a poet have
but to try and bring this sound
to the ears of the whole world?
Daniele Speziale studied at Penanti Secondary School in Bukit Mertajam as a 17-year-old exchange student and later as a political science research intern at USM – and he has been passionate about Malaysia ever since. Now a political science graduate from Leiden University in the Netherlands, he lives in Italy
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme