Home Towering M'sians Pemergian Tan Kai Hee

Pemergian Tan Kai Hee

Bekas timbalan setiausaha agun Parti Buruh serta penggerak Fron Sosialis (3 Mei 1937 - 2 Februari 2022)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kami turut berduka cita dengan pemergian mendiang Tan Kai Hee, seorang sosok penting dalam pembentukan sejarah kita.

Menerusi penglibatan politik dan aktivismenya sejak dari muda, beliau begitu komited bagi membangunkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama. Salam takziah buat mendiang Tan Kai Hee sekeluarga.

Berikut ucapan oleh para sahabat mendiang Tan Kai Hee dari Pusat Sejarah Rakyat:

Oleh Syed Husin Ali

Pengerusi, lembaga penasihat, Yayasan Usman Awang; pengerusi lembaga pengarah, Pusat Sejarah Rakyat

Bagi pihak Yayasan Usman Awang dan Pusat Sejarah Rakyat, saya mengucapkan salam takziah atas pemergian Tan Kai Hee. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada masyarakat berbilang kaum Malaysia dan juga kepada saya secara peribadi.

Saya mengenali Kai Hee sejak tahun 1960, diperkenalkan oleh sahabat karib seperjuangannya Dr MK Rajkumar. Saya mengetahui beliau sebagai tokoh yang lama terlibat dengan politik progresif untuk memperjuang perpaduan nasional dan membela rakyat miskin serta tertindas.

Selepas berundur daripada parti politik beliau mencebur diri dalam perniagaan. Beliau seorang dermawan terkenal dan banyak menyumbang untuk pendidikan dan kebajikan rakyat.

Seorang lagi sahabat karib beliau ialah penyajak ulung, Usman Awang. Beliau telah membina Yayasan Usman Awang dan memberi sumbangan wang untuk kegiatan yayasan tersebut. Antaranya adalah untuk menyelenggara Anugerah Integrasi Nasional.

Sumbangan Tan Kai Hee kepada negara ini sangat besar. Beliau disanjung tinggi dan akan lama diingati dengan penuh hormat.

Oleh Abdul Rahman Embong

Ahli lembaga pengarah, Pusat Sejarah Rakyat

Pemergian Pak Tan Kai Hee, pada usia 85, merupakan satu berita sedih bagi Malaysia dan rakyatnya yang berbilang kaum.

Malaysia kehilangan seorang tokoh patriot yang berjasa, tokoh perpaduan sejati, seorang pembina jambatan hubungan antara kaum dan seorang usahawan-dermawan yang murah hati.

READ MORE:  Starmer purges Labour MPs - for opposing child poverty

Beliau pernah berjuang bersama barisan pimpinan Parti Buruh dan Fron Sosialis pada tahun 1960-an, serta pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama lapan tahun.

Beliau tetap teguh dan gigih dengan prinsip sosialis dan sentiasa komited untuk membantu rakyat jelata dengan pelbagai cara. Beliau seorang yang rendah diri dan mesra, serta setia terhadap kawan-kawan seperjuangannya. Pemergian beliau dan jasa-jasanya tetap tersemat dalam ingatan.

Oleh Diana Wong

Ahli lembaga pengarah, Pusat Sejarah Malaysia

Tan Kai Hee seorang warga Malaysia berbangsa Cina yang cukup berbangga.

Beliau pernah memberitahu saya tentang dirinya yang mendengar Chou Enlai berucap ketika Persidangan Bandung pada tahun 1955 dan menyeru agar warga Cina di Asia Tenggara untuk bersama dengan negara kelahiran mereka, sekali gus dirinya terus memohon untuk menjadi warga Malaya (ketika itu).

Beliau tidak pernah berubah dari tekad hidupnya untuk menjadikan Malaysia sebuah rumah yang baik untuk semua, sebagai seorang sosialis, usahawan serta dermawan.

Kita kehilangan salah seorang yang terbaik dari kita semua. Masih ada juga segelintir yang masih tinggal.

Oleh Toh Kin Woon

Ahli lembaga pengarah, Pusat Sejarah Rakyat

Kai Hee meninggalkan kesan kepada saya sebagai seorang yang cukup merendah diri serta penyayang.

Beliau seorang yang berprinsip tinggi, teguh pada kepercayaannya untuk sebuah masyarakat adil dan saksama sepanjang hidup dewasanya.

Beriringan dengan ini, beliau terlibat dan mendukung begitu banyak aktiviti sosial bertujuan bagi menyamaratakan peluang kehidupan.

Saya cukup berbangga dapat mengenali dan bekerja dengan beliau.

Oleh Khong Kim Hoong

Ahli lembaga pengarah, Pusat Sejarah Rakyat

Kai Hee tokoh besar dalam Parti Buruh. Sebagaimana ramai komradnya, beliau terus berjuang, walau penuh halangan dan cabaran ke atas dirinya. Agar mendiang tenang di sana.

READ MORE:  Starmer purges Labour MPs - for opposing child poverty

Oleh Por Heong Hong

Ahli lembaga pengarah, Pusat Sejarah Rakyat

Saya mungkin terlalu muda untuk menulis tentang beliau kecuali melibatkan beberapa ingatan peribadi yang remeh-temeh.

Saya hanya dapat mengingati ketika saya kecil, ibu membawa saya melawat Pak Tan Kai Hee sekeluarga di Kelang. Kami yang kecil saling bermain, manakala yang dewasa bercakap tentang hal yang kami tidak fahami.

Sehinggalah 10 tahun yang lalu, saya mula tertarik untuk memahami sejarah selepas Perang di negara kita, di mana Pak Kai Hee memainkan peranan penting dalam membentuk jejak bagi sebuah negara baru.

Moga Pak Kai Hee berehat dengan tenang.

Oleh Koh Kay Yew

Ahli lembaga pengarah, Pusat Sejarah Rakyat

Saya pertama kali bertemu Kai Hee pada awal 90-an ketika Syed Hamid pulang dari sempadan dan bekerja dengannya.

Beliau cukup bermurah hati menjamu makan malam masakan Cina yang melibatkan tetamu seperti jeneral dari Thailand yang terlibat dalam rundingan aman.

Syarikat Hai-O juga terkenal kerana membuka jaringan jualan langsung yang cukup besar bagi perubatan Cina dan produk lainnya bagi menyediakan bekas tahanan serta komrad yang pulang bagi menyediakan peluang untuk menyara kehidupan.

Kai Hee terkenal sebagai seorang yang pemurah dan sering mendukung bekas anggota Parti Buruh dan yang berkaitan.

Saya menghormati semangat juang dan komitmennya yang teguh.

– Pusat Sejarah Rakyat

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x