Home Web Specials 1,500 peserta berarak tuntut hak pekerja

1,500 peserta berarak tuntut hak pekerja

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hampir 1,500 peserta berarak dari Dataran Maybank berarak menuju ke Dataran Merdeka bagi menuntut hak pekerja.

Peserta terdiri daripada 60 gabungan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul sejak jam 10 pagi tadi untuk menyuarakan tuntutan mereka kepada kerajaan.

Antara tuntutan mereka adalah agar kerajaan melaksanakan RM2,000 gaji minima, menghapuskan sistem kontrak, memberi hak kesihatan kepada semua, menghentikan pengusiran paksa, mengawal harga barang dan mengiktiraf hak tanah adat orang asal di Malaysia.

Peserta himpunan hari pekerja di Dataran Merdeka menuntut agar kerajaan meningkatkan gaji minima kepada RM2,000 dan menghapuskan sistem pekerja kontrak.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Dr Jeyakumar Devaraj berkata, walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara meningkat 24 kali ganda sejak 50 tahun lalu, gaji pekerja hanya mencatatkan kenaikan 1.3 kali ganda.

Beberapa badan bukan kerajaan seperti Jaringan Rawang Tolak Insinerator, Gabungan E-Hailing Malaysia, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan dan Orang Asal turut hadir bagi menyuarakan tuntutan mereka.

Terbitan oleh: KiniTV

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x