Home Web Specials 2011 Web Specials Lantik Setiausaha yang ada kredibiliti

Lantik Setiausaha yang ada kredibiliti

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Adalah amat wajar untuk Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik seorang Setiausaha Kerajaan Negeri yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk melaksanakan dasar kerajaan negeri, ujar S Arutchelvan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kesal dengan pelantikan “pintu belakang” Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dimana pemilihan tersebut merupakan langkah tidak menghormati kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor sebagai kerajaan yang sah dipilih rakyat Selangor mengikut amalan sistem demokrasi negara kita.

Pemilihan SU Kerajaan Negeri yang baru ini tanpa sebarang rundingan dengan kerajaan pilihan rakyat Selangor … telah membelakangan amalan biasa dimana proses pemilihan itu sepatutnya memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.

Oleh yang demikian, PSM berpendapat pelantikan Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak sah dan bermotifkan politik. Kami juga tidak hairan andaikata pelantikan ini bermotifkan untuk membuat rampasan kuasa secara tidak sah memandangkan SU negeri mempunyai kuasa yang luarbiasa seperti yang pernah kita lihat di negeri Perak.

PSM juga berpendapat adalah amat wajar untuk Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik seorang Setiausaha Kerajaan Negeri yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk melaksanakan dasar Kerajaan Negeri Selangor. Keseluruhan jentera Kerajaan Negeri Selangor juga harus akur kepada sebarang pelantikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri memandangkan Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR) adalah kerajaan pilihan rakyat Selangor.

S Arutchelvan ialah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x