Kos “overrun” dalam badget 2011 adalah RM24bn, ujar Dr Jeyakumar Devaraj. Apakah kesan ini terhadap defisit dalam belanjawan kita untuk 2011?
Seperti dinyatakan dalam Kertas Perintah 1, Badjet yang diluluskan pada bulan November 2010 untuk tahun 2011 adalah RM162.8bn. Selepas itu Tambahan Pertama dilulus sebanyak RM13.2bn, dan sekarang kami sedang membahas tambahan kedua ia-itu RM10.9bn. Ertinya, kos overrunnya adalah RM24bn.
Apakah kesan ini terhadap defisit dalam belanjawan kita untuk 2011? Apabila Belanjawan dibentang pada Oktober 2011, defisit dinyatakan sebagai 5.4 peratus daripada KDNK. Apakah defisit yang sebenarnya apabila perbelanjaan tambahan sebanyak RM24bn diambilkira?
Sekarang saya ingin alih pada SPR yang diperuntukkan RM48.8 juta dalam Badjet Tambahan ini. Saya harap sebahagian daripada jumlah ini dipakai untuk membersihkan senarai pengundi yang kita ada. Satu perkara yang telah menjadi tanda tanya di kalangan rakyat umum adalah penambahan pengundi yang begitu berbeza di antara kawasan-kawasan parlimen. Benarkan saya memberi beberapa contoh.
Bilangan pengundi di Gua Musang meningkat 26.2 peratus antara Mac 2008 dan sekarang manakala kawasan Jeli yang berdekatan mengalami penambahan pengundi sebanyak 14 peratus. Subang mengalami penambahan sebanyak 32.3 peratus manakala PJ Selatan hanya mengalami penambahan pengundi 5.7 peratus. Mengapa penambahan begitu berbeza?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kota Raja mengalami penambahan pengundi sebanyak 30.2 peratus sejak Mac 2008, tetapi Klang yang bersebelahan mengalami tambahan sebanyak 14.8 peratus sahja. Pekan, penambahan 31.5 peratus, tetapi Kuantan hanya dapat penambahan pengundi sebanyak 10.8 peratus.
Dato Speaker, saya pernah menghadapi masalah undi hantu di Sg Siput dahulu. Selepas PRU pada 1999, saya telah menfailkan Petisyen Pilihanraya terhadap Dato Seri Samy Vellu kerana pengwujudan undi hantu di Sg Siput pada masa itu. Kes saya ditolak atas alasan teknikal. Apa yang kita dapat siasat di Sg Siput adalah bahawa lebih kurang 5000 ahli MIC dari kawasan-kawasan lain telah didaftar sebagai pengundi Sg Siput untuk memberi satu advantage kepada Presiden MIC.
Apa yang diragui oleh orang ramai adalah taktik yang sama sedang dipakai untuk membantu parti-parti tertentu. Pada saya, adalah amat penting SPR mengambil tindakan tegas untuk membersihkan senarai pengundi untuk meyakinkan rakyat umum. Hanya jika ini dilakukan, barulah rakyat akan terima keputusan pilihan raya. Saya harap pihak SPR akan bertindak tegas dalam perkara ini.
Perkara seterusnya yang saya ingin sentuh adalah peruntukan sebanyak RM266.8 juta untuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU, di bawah kod 40 000. Dalam Kertas 1 dinyatakan bahawa jumlah ini adalah untuk projek “Touch Point”. Saya ingin tanya adakah perbelanjaan ini berkaitan dengan peruntukan untuk ahli-ahli parlimen.
Poin seterusnya adalah berkaitan dengan RM60 juta untuk Kementerian Kesihatan. Saya diberitahu bahawa adanya surat keliling yang mengarahkan alat-alat otopedik seperti screw, plate dan nail harus dibeli daripada satu syarikat tempatan bernama …. Masalahnya adalah harga benda-benda ini dari syarikat … adalah antara 2 dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada syarikat pembekal yang lain. Mengapa keluarkan circular ini?
Adakah semua alat yang dibekal oleh (syarikat ini) dibuat di Malaysia? Jika ya, apakah pemeriksaan yang dilakukan oleh Kementeria Kesihatan untuk memastikan alat-alat dari (syarikat ini) adalah selamat untuk dipasang di dalam badan. Adakah kemungkinan kimia-kimia daripada alat otopedik boleh meresap daripada alat otopedik ke darah pesakit itu dan meracuninya?
Satu lagi saya ingin tanya adalah, adakah hubungan antara syarikat (ini) dengan ahli-ahli kabinet ataupun keluarga mereka?…
Last sekali, saya ingin meminta Kementerian Kesihatan meneliti isu “internal emitter” berkaitan kes Lynas. Seperti saya telah berucap terlebih dahulu, kadar leukaemia di kawasan berkeliling reaktor nuklear di Jerman dan di Britain adalah due hingga tiga kali lebih tinggi dari masyarakat umum walaupun pihak IAEA telah memberi jaminan bahawa langsung tiada kesan buruk daripada reaktor-reaktor nuklear tersebut. Ertinya jangkaan IAEA tidak tepat. Satu hipothesis yang boleh menerangkan perkara kelebihan dalam kadar leukaemia di kanak-kanak adalah perkara “internal emitter”. Jika debu radioaktif dapat masuk ke dalam badan seseorang, sinaran yang dikeluarkannya akan ada kesan yang jauh lebih tinggi daripada kesan jika punca radioaktif adalah di luar badan. Bila punca sinaran adalah di dalam badan, tisu kita akan dapat sinaran radiasi secara “pointblank”! Inilah perkara yang harus diambilkira oleh Kementerian Kesihatan.
Perkara ini amat penting Tuan Speaker. Kerana dalam proses mengeluarkan bahan nadir bumi ataupun “rare earth”, bahan galian itu harus dihancuri sampai ia jadi debu yang sangat halus. Baru nadir bumi boleh diasingkan daripada Thorium. Masalahnya adalah apabila bahan galian itu dalam keadaan debu halus ianya boleh ditiup angin ataupun boleh dibawa oleh air ke sungai dan laut dan dimakan ikan dan masuk rantaian makanan manusia.
Memang benar, jika satu atom thorium masuk dan lekat pada tisu kita, kemungkinanya ia akan keluarkan sinaran radiasi adalah tipis sangat kerana half-lifenya begitu panjang – 14 bilion tahun. Tetapi jika beberapa ribu atom thorium masuk ke badan beberapa orang, kemungkinan satu daripada atom-atom ini akan pecah dan keluarkan sinaran radiasi memang wujud.
Inilah sebabnya kerajaan harus memakai kaedah “Precautionary Principle” di mana pendekatan meminta bukti yang kukuh sebelum melarangkan suatu projek diganti dengan pendekatan mengelak daripada mendedahkan rakyat pada risiko kesan buruk yang mungkin akan timbul. Saya ingat dengan isu kesihatan rakyat kita, inilah pendekatan yang harus kita pakai.
Satu lagi perkara yang harus ditimbang oleh kerajaan adalah mengapakah kos memproseskan bahan galian di Gebbeng hanya 30 peratus kos memproseskannya di Australia, walaupun kos membawa bahan galian itu ke Malaysia amat tinggi. Adakah kos memproseskan di Australia lebih tinggi kerana langkah-langkah keselamatan yang dikehendaki jauh lebih ketat di Australia?
Saya harap kerajaan akan meneliti ke semua perkara ini.
Dr Jeyakumar ialah ahli parlimen untuk Sungai Siput. Beliau berucap semasa perbahasan terhadap Perbelanjaan Mengurus Tambahan Kedua 2011.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme