Kerajaan nampaknya belum sedar tentang punca sebenar kegawatan ekonomi dunia, ujar Jeyakumar Devaraj semasa berbahas di Parlimen.
Terima Dato Speaker memberi saya peluang membahas Belanjawan 2013.
Belanjawan ini telah mencapai satu rekod di mana hampir semua lapisan rakyat telah diberi hadiah kewangan.
– 4.3 juta keluarga-keluarga di mana ‘breadwinner’ utama yang mana pendapatan di bawah RM3000 sebulan diberi bayaran RM500;
– 2.7 juta orang bujang berumur lebih daripada 21 tahun dengan gaji berkurangan pada RM2000 sebulan dihadiahkan RM200;
– 5.4 juta murid-murid sekolah dihadiahkan RM100 seorang;
– Pelajar kolej dan university dapat voucher buku bernilai RM250 seorang;
– 4,020 persatuan penduduk diperuntukan RM10,000 sepersatuan;
– Kakitangan kerajaan dapat bonus sebulan setengah;
– 125,000 anggota tentera akan dapat bonus RM200 sebulan untuk tiap bulan sepanjang 2013;
– Skim insurans untuk 1.5 juta perniaga kecil dan 172,000 pesawah padi
– Dll.
Saya mengalu-alukan semua langkah ini yang meringankan beban finans yang dipikul oleh rakyat kita. Seperti diketahui umum, 60 peratus daripada keluarga Malaysia mendapat pendapatan bulanan berkurangan daripada RM3000 sebulan. Mereka menghadapi banyak masalah ekonomi akibat polisi neo-liberal yang telah menswastakan perubatan, pendidikan di perengkat tertiary, perumahan dan pengangkutan. Polisi-polisi ini telah meningkatkan kos kehidupan harian sehingga 60 peratus keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM3000 terhimpit, dan memang mereka gembira menerima sebarang bantuan kewangan yang dihulurkan pada mereka.
Poin yang saya ingin menekankan di sini adalah jumlah skim-skim ini yang membantu rakyat biasa adalah lebih kurang RM15bn. Tetapi jumlah yang dipakai untuk syarikat yang berhubungan rapat dengan kerajaan adalah jauh lebih tinggi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Dalam perenggan 48 dalam pembentangan Perdana Menteri Jumaat lalu, beliau mengatakan Danajamin Nasional Bhd telah memberi jaminan berjumlah RM9.3bn kepada 30 buah syarikat yang mendapatkan modal melalui pasaran bon. RM9.3bn Tuan Speaker. Bukan satu jumlah kecil.
Siapakah 30 syarikat ini? Siapakah pihak yang memantau bagaimana wang yang didapati oleh syarikat-syarikat ini dipakai? Yang memastikan dana yang didapati melalui pelancaran bon ini dipakai untuk ‘core’ aktiviti dan bukan untuk spekulasi, atau kehidupan mewah ataupun membeli kondo.
Kerana erti jaminan yang diberi oleh kerajaan melalui Danajamin ertinya kita guarantee. Jika mana-mana daripada 30 syarikat yang mendapatkan modal itu tidak dapat membayar balik, kerajaan kita mesti membayar balik jumlah bon itu. Rakyat yang terpaksa tanggung!
Satu lagi – disebut di perenggan 54 ucapan Perdana Menteri. Sejumlah RM9bn dari projek-projek infrastruktur berkaitan dengan projek MRT diberikan ke syarikat Bumiputra. Saya sokong usaha mempertingkatkan kapasiti dan kompetensi syarikat-syarikat pembinaan Bumiputra. Jika kita terima ekonomi free market, adalah wajar kita memastikan wujudnya kapitalis daripada masyarakat Bumiputra juga, dan untuk mencapai itu adalah munasabah kita menawarkan projek-projek pembinaan kepada kapitalis Bumiputra untuk membantu mereka membina kemahiran mereka.
Tetapi adakah syarikat-syarikat Bumiputra yang dianugerahkan projek bernilai RM9bn melaksanakan kerja-kerja berkaitan tersendiri ataupun adakah mereka memakai kaedah ‘Ali Baba’ di mana mereka hanya caj komisyen 20 atau 30 peratus tetapi semua kerja-kerjanya dilaksanakan oleh pihak lain? Siapakah pihak yang memantau? Kerana kita menawarkan projek pada syarikat-syarikat ini supaya dapat membina kapasiti mereka. Jika mereka hanya mendapatkan komisyen tetapi tidak laksanakan projek tersebut, ini tentu akan gagalkan usaha kita membina kapasiti firma-firma tersebut.
Di perenggan 56 pembentangan Perdana Menteri disebut Skim Jaminan Modal Kerja yang diperuntukan dana RM10bn untuk kegunaan perniaga-perniaga kecil dan sederhana. Ini merupakan wang rakyat yang dipakai dengan harapan ia-nya boleh menjana kapasiti dan kemahiran peniaga Bumiputra. Apakah mekanisme yang menentukan modal yang dibekalkan dipakai untuk membina ‘core activity’ PKS ini dan bukan dibazir untuk mengadakan pejabat mewah, membeli rumah dan kereta mewah dan sebagainya?
RM9.3bn untuk Danajamin, RM9bn untuk projek-projek infra berkaitan MRT, RM10bn untuk Skim Jaminan Modal Kerja – jumlahnya adalah RM28bn, untuk membantu syarikat-syarikat yang berhubungan rapat dengan kerajaan yang sedia ada. Dua kali ganda peruntukan RM15bn untuk membantu rakyat biasa. Memang kerajaan memperuntukkan untuk rakyat biasa tetapi seperti saya telah tunjuk tadi, peruntukan untuk peniaga yang rapat dengan BN jauh lebih besar!
Punca utama kegawatan ekonomi
Sekarang saya ingin mengalih ke satu poin yang lain. Saya kecewa dengan kelemahan analisa kerajaan terhadap krisis yang sedang melanda ekonomi dunia. Pendekatan kerajaan kita adalah krisis ini adalah krisis kegawatan biasa yang berulang setiap 10 tahun. Tanggapan kerajaan krisis ini adalah satu kebiasaan dalam sistem ekonomi dunia dan seperti biasa ia akan berpulih dalam beberapa bulan.
Tuan Speaker, perancang ekonomi kerajaan tersilap! Ini bukan satu kegawatan yang biasa. Kerana ianya dicetus oleh hutang kerajaan sendiri! Cara yang dipakai oleh kerajaan-kerajan untuk mengendalikan kegawatan adalah kaedah ‘pump priming’ di mana kerajaan berbelanja untuk memacu permintaan kasar. Ini satu kaedah yang diperkenalkan oleh John Maynard Keynes dan telah digunapakai oleh hampir semua kerajaan untuk menangani kegawatan.
Masalahnya sekarang adalah punca kegawatan ini adalah masalah hutang negara atau pun ‘sovereign debt crisis’. Ramai negara-negara yang maju sedang menghadapi masalah dalam meminjam duit dari bank ataupun dana pelaburan swasta, investment fund. Negara Espanyol umpamanya, yang ada hutang negara sebanyak 80 peratus KDNKnya telah diturunkan gradingnya ke tahap BBB di mana bunga untuk bon 10 tahun telah meningkat ke lebih daripada 6 peratus setahun berbanding hanya 1.2 peratus setahun untuk negara Jerman yang mempunyai rating AAA.
Jadi negara-negara seperti Espanyol tidak dapat meminjam dana yang mencukupi untuk memacu ekonomi mereka. Mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka kerana itulah satu daripada syarat yang dikenakan oleh peminjam wang! Tetapi amalan mengurangkan perbelanjaan kerajaan sedang merunsingkan kegawatan yang sedang berlangsung dinegara-negara itu.
Masalah sama di hadapi oleh Britain dan Perancis di mana kapasiti mereka untuk meminjam dan melaksanakan perbelanjaan untuk memacu ekonomi mereka tidak dapat dipakai kerana nisbah hutang negara telah melebehi 80 peratus dan sukar untuk mereka mendapatkan pinjaman besar! Hutang negara Amerika Syarikat juga sudah sampai lebih daripada 60 peratus KDNKnya dan untuk negara Jepun, telah sampai 200 peratus KDNKnya.
Ertinya, senjata utama yang digunapakai oleh negara-negara maju untuk mengendalikan kegawatan tidak dapat digunapakai sekarang untuk menangani kegawatan yang sedang melanda dunia. Oleh itu, kemungkinan besar kegawatan yang berlangsung sekarang akan menjadi lebih teruk dan lebih panjang dan susah untuk dikawal berbanding kegawatan sebelum ini. Tetapi hakikat ini tidak disedari oleh perancang ekonomi kita.
Baru-baru ini, En Ben Benanke, Pengerusi Federal Reserve di Amerika Syarikat telah melancarkan QE (Quantitative Easing) ketiga di mana Federal Reserve yang merupakan Bank Negara AS, akan membeli bon daripada pihak swasta sebanyak RM40bn setiap bulan untuk melonggarkan bekalan wang di pasaran AS. Rationalenya adalah begini – jika bekalan wang di pasaran ditambahkan, kos meminjam wang akan turun, dan lebih ramai pelabur akan buka operasi atau meningkatkan pengeluaran mereka. Ini akan memacu ekonomi dan mengurangkan paras pengangguran yang terus di tahap yang tinggi di AS.
Tetapi langkah ini dibantah dan dikritik oleh Pengerusi Bank Negara Brazil yang mengadu QE3 ini akan melepaskan ‘hot money’ ke dalam sistem finans dunia dan ini akan menyebabkan ‘bubble’ ataupun kenaikan harga secara mendadak di hartanah Brazil dan juga pasaran ‘commodity futures’ dan juga di pasaran matawang. Ini akan menyebabkan ‘volatility’ ataupun kletidakstabilan dalam sistem finans antarabangsa.
Apakah kaitan antara usaha kelonggaran yang dilaksanakan oleh Federal Reserve AS dengan tujuan memacu ekonomi AS dan ‘bubble’ spekulasi di Brazil dan negara membangun yang lain? Bagaimana kaitannya?
Ah, inilah isu pokok dan sesiapa yang memahaminya boleh memaham punca krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang. Masalah pokok yang telah mencetuskan krisis ekonomi dunia bukan kelemahan regulasi di sistem finans tetapi adalah kelemahan dalam permintaan kasar sedunia. Seseorang kapitalis mengeluarkan barangan atau perkhidmatan untuk dijual. Jika ta dapat jual habis kapitalis itu akan mengurangkan pengeluaran barang itu.
Izinkan saya membaca satu petikan daripada sebuah buku oleh Stewart Lansley – the share of national output going to wages in the advanced countries peaked at 64.5 percent in the mid seventies. By 2008, wages only accounted for 53 percent of national output. Ertinya percentage pendapatan negara yang pergi ke pekerja turun daripada 64.5 peratus ke 53 peratus di negara-negara barat. Tetapi pekerja adalah sebahagian besar di kalangan rakyat. Jika pendapatan mereka tidak berkembang selari dengan perkembangan kapasiti ekonomi itu untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan, sudah tentu permintaan kasar di negara itu tidak mencukupi untuk membeli segala pengeluaran yang negara itu boleh keluarkan. Masalah ‘under-consumption’ bertimbul!
Saya sambung membaca petikan itu – In the US, the share of the national income going to the richest 1 percent increased from 8.9 percent in 1976 to 23.5 percent in 2007. Nisbah pendapatan negara AS yang pergi ke lapisan 1 peratus terkaya bertambah besar. Tetapi masalah dari segi permintaan kasar adalah berkaitan dengan ‘marginal propensity to consume’ dengan izin. Ertinya, rakyat biasa akan membelanjakan hampir kesemua wang tambahan yang mereka menerima kerana mereka ada keperluan yang belum ditangani, hutang untuk dibayar dan sebagainya. Oleh itu pendapatan tambahan yang diterima akan dibelanja dan ini akan membawa kepada peningkatan permintaan kasar diekonomi itu. Manakala lapisan 1 peratus terkaya itu akan menyimpan atau cuba melabur sebahagian besar daripada pendapatan tambahan yang diterimanya. Sebahagian besar daripada pendapatan tambahan dia tidak akan pakai untuk membeli barangan kegunaan consumer.
Tetapi melabur dalam bidang mana? Jika buat lebih kasut atau lebih kereta boleh jualkah? Permintaan kasar lembab dan barangan yang sedang dikeluarkan juga tidak dapat dijual habis. Itulah sebabnya lapisan 1 peratus itu terpaksa mencari bidang finans untuk melabur – commodity futures – di mana mereka buat kontrak membeli jagung atau kelapa sawit pada tiga bulan dari sekarang. Ataupun matawang asing dengan harapan nilai wang itu akan bertambah. Atau hartanah di Rio de Janario ataupun di Kuala Lumpur dengan harapan nilai hartanah ini akan bertambah dalam beberapa bulan. Inilah erti wang panas ataupun ‘hot money’ yang menyebabkan buih-buih spekulasi yang diadu oleh pengerusi bank negara Brazil.
Masalah pemindahan pendapatan negara ke arah lapisan terkaya berlaku di Malaysia juga. Izinkan saya membaca petikan daripada Laporan Ekonomi yang dibekalkan minggu lalu – muka surat 111 dalam edisi Inggeris: “Labour productivity in the manufacturing sector grew by 2.91 percent per annum between 2002 and 2011, but real average wages expanded only 0.99 percent per year during the same period.” Ini oleh kerana kaedah membawa pekerja asing untuk merendahkan gaji pekerja Malaysia, outsourcing dan reform lain di pasaran buruh. Tetapi walaupun langkah-langkah ini digemari oleh pihak korporat kerana mereka menikmati untung besar dalam jangka masa pendek, akibatnya ada hakisan pada permintaan kasar dalam jangka masa panjang dan ini yang mendorong pada kegawatan dan juga aktiviti spekulatif dan kewujudan hot money.
Belum sedar
Tetapi bila saya baca pembentangan Perdana Menteri ataupun Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan saya tidak nampak kesedaran ini. Perancang ekonomi negara kita nampaknya tidak sedar akan masalah penghakisan permintaan kasar yang disebabkan oleh tendensi pengagihan pendapatan negara kepada lapisan 1 peratus terkaya. Ini amat mengecewakan Tuan Speaker kerana jika mereka ta tahu, ta sedar mengenai masalah pokok bagaimanakah mereka boleh menanganinya?
Satu kerajaan yang sedar terhadap masalah pokok ini akan berbincang cara-cara untuk memindahkan balik sebahagian daripada pendapatan negara ke tangan 99 peratus rakyat dan kepada kerajaan sendiri supaya ekonomi dapat berkembang secara imbang. Mungkin mereka akan menaikkan paras gaji minima, mungkin cukai korporat harus ditingkatkan. mungkin kos hidup rakyat boleh dikurangkan dengan memberi subsidi membina rumah untuk rakyat. Jika perbelanjaan membayar pinjaman rumah dapat dikurangkan daripada 40 peratus pendapatan bulanan keluarga ke hanya 20 peratus, wang kelebihan akan dipakai oleh keluarga itu untuk keperluan lain dan ini akan menjana permintaan kasar di negara kita. Satu lagi langkah yang perlu ditimbangkan oleh kerajaan adalah cukai ‘Tobbin’ di mana semua transeksi finans dikenakan cukai.
Memang segala langkah ini harus dibincang dengan negara-negara membangun yang lain terutamanya di Asean. Kerana jika hanya Malaysia melaksanakan langkah seperti menaikkan cukai korporat, ada kemungkinannya beberapa syarikat akan memindahkan ibu pejabat dan mungkin juga kilang mereka ke suatu negara lain di mana cukai korporat adalah lebih kurang. Oleh itu langkah-langkah yang saya senaraikan tadi harus dilaksanakan serentak oleh sejaringan negara yang memahami punca sebenar krisis ekonomi dunia ini.
Dan mengapa negara kita tidak boleh mempelopori pendekatan ini? Dan bawanya ke perbincangan di arena antarabangsa.
Tetapi kita terlibat dalam perundingan FTA – TPP, Trans Pacific Partnership – yang akan memperkukuhkan lagi posisi korporat besar dan akan meningkatkan pendapatan lapisan 1 peratus yang terkaya. Kita harus menghentikan penglibatan kita dalam TPP dan berusaha untuk membawa satu FTA baru – Fair Trade Agreement.
Rakyat di merata dunia telah sedar akan masalah pokok yang saya sebut tadi. Di Asia Tengah kita saksi ‘Arab Spring’. Di Negara Espanyol kita lihat gerakan ‘indignados’s – gerakan rakyat yang meluahkan bantahan mereka terhadap pemotongan bantuan kebajikan di Negara-negara Eropah. Di Amerika Syarikat kita nampak gerakan ‘Occupy’. Rakyat biasa sudah sedar akan punca masalah di dunia kita – pengagihan kekayaan dunia secara yang tidak imbang yang sekarang menjejaskan kesihatan ekonomi dunia.
Tetapi nampaknya kerajaan kita masih belum sedar terhadap hakikat ini. Ini yang amat mengecewakan Tuan Speaker.
Dr Jeyakumar, seorang ahli Aliran, ialah ahli parlimen untuk Sungai Siput
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme