Pendekatan ini telah membawa kerajaan ke mengurangkan cukai koporat dan memindahkan beban cukai ke atas rakyat biasa, manakala harga rumah melambung tinggi, ujar Jeyakumar Devaraj.
Perbahasan Belanjawan 2014, 28 Oktober 2013
Adanya beberapa poin yang saya boleh menyokong dalam belanjawan yang di bentangkan oleh Perdana Menteri Jumaat lalu.
Antaranya adalah cadangan menubuhkan Unit Pengurusan Integriti di tiap satu Kementerian Kerajaan. Ini amat penting Tuan Speaker kerana pada masa ini ketirisan melalui rasuah, salahguna kuasa dan sebutan harga yang terlalu tinggi menyebabkan kehilangan antara RM30bn dan RM40bn wang rakyat setiap tahun. Ketirisan ini harus dihentikan. Saya harap kerajaan akan melaksanakan Unit Pengurusan Integriti seperti dicadangan dan memastikan mereka dapat menjalankan kerja mereka dengan berkesan.
Tetapi adalah amat susah untuk saya menyokong Belanjawan dalam keseluruhannya Tuan Speaker kerana ia-nya adalah didasarkan pada prinsip-prinsip neo-liberal dan pro-korporat. Ia didasarkan pada kepercayaan bahawa hanya sektor swasta yang boleh menjana perkembangan ekonomi dan oleh itu kepentingnya wujudkan suasana mesra pada kaum koporat.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ini telah membawa kerajaan ke mengurangkan cukai koporat dan memindahkan beban cukai ke atas rakyat biasa. Saya khuatir 60 peratus rakyat kita yang berpendapatan keluarga di bawah RM5000 sebulan akan tertekan oleh pendekatan kerajaan yang memperagungkan kaum koporat.
Perlaksaan gaji minima kurang memuaskan
Satu kelemahan dalam belanjawan ini adalah ia tidak ambil berat terhadap isu perlaksanaan gaji minima. Di negara kita adanya 6 juta rakyat Malaysia yang berkerja sebagai pekerja di sektor swasta. Dalam kajian kerajaan pada tahun 2009, satu pertiga daripada pekerja di sektor swasta, menerima gaji yang kurang daripada paras kemiskinan pada tahun itu iaitu RM720 sebulan. Itulah sebabnya kerajaan telah mengumumkan polisi gaji minima RM900 sebulan dalam bulan Jun 2012.
Tetapi walaupun dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013, sampai sekarang hanya satu pertiga daripada pekerja swasta yang dulu dapat gaji di bawah RM900 sebulan, sekarang menikmati kenaikan gaji ke RM900 atau atas. Dua pertiga masih sengsara dengan gaji berkurangan pada RM900.
Pekerja kontractor
Satu kumpulan pekerja yang belum menikmati kenaikan gaji ekoran polisi gaji minima adalah pekerja kontraktor yang membekalkan perkhidmatan ke jabatan kerajaan – pembersihan hospital, sekolah atau pejabat atau jaga halaman, dan juga keselamatan. Beribu-ribu pekerja kontrak di sekolah, hospital, majlis-majlis tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain masih kerja dengan gaji di bawah RM900. Sebabnya adalah kerana tawaran kontrak adalah didasarkan atas gaji rendah.
Isunya adalah, mengapakah kerajaan tidak mengubahsuaikan kontrak-kontrak ini sebelum ini. Mengapa tidak membayar kontraktor lebih sedikit supaya kontraktor dapat mematuhi polisi gaji minima. Mengapa keperluan menambahkan bayaran pada kontraktor tidak dibentangkan dalam Belanjawan tahun lalu jika kerajaan benar-benar serius terhadap perlaksanaan gaji minima?
Perniagaan mikro
Satu isu lagi berkaitan perlaksanaan gaji minima adalah majikan dengan lima pekerja ke bawah. Wujudnya 300,000 perniagaan mikro di negara kita dengan jumlah pekerja lebih kurang 1 juta. Mereka dulu dikehendaki melaksanakan polisi ini pada 1 Julai 2013. Selepas itu ditangguhkan kepada 1 Januari /2014. Dalam Belanjawan dinyatakan bahawa penambahan dalam bayaran gaji boleh diskaun cukai. Ini tidak mencukupi.
Saya ingin mengesyorkan syer KWSP yang harus dibayar oleh majikan sebanyak 13 peratus gaji diambil alih oleh kerajaan 100 peratus untuk tahun 2014 dan 50 peratus untuk 2015. Ini merupakan bantuan kewangan yang signifikan dan akan membantu majikan mikro melaksanakan gaji minima.
Pekerja migran
Perkara ketiga yang saya ingin membangkitkan berkaitan polisi gaji minima adalah pengecualian yang telah diberi pada pekerja migran. Dulu majikan dikehendaki membayar gaji minima pada pekerja migran juga. Tetapi selepas itu, majikan diberi longgaran memotong kos levi dan kos perumahan daripada gaji pekerja migran.
Longgaran ini akan menjejaskan peluang pekerja tempatan mendapatakan kerja. Tanpa longgaran ini pun, kos pekerja tempatan adalah lebih mahal untuk majikan kerana majikan dikenakan bayaran KWSP sebanyak 13 peratus gaji untuk pekerja tempatan. Bila majikan dibenarkan memotong kos levi dan penginapan dari gaji pekerja asing, ini akan menjadikan mereka lebih “murah” untuk majikan. Ini akan menjejaskan peluang kerja untuk pekerja tempatan.
Harap ambil berat terhadap isu pekerja kontrak di jabatan-jabatan kerajaan, isu majikan mikro dan isu pekerja migran. Satu setengah juta pekerja Malaysia bersengsara kerana gaji mereka masih di paras yang terlalu rendah.
Harga rumah melambung tinggi
Isu kedua yang saya ingin membawa adalah satu masalah besar yang dihadapi oleh orang muda di Malaysia. Mereka berhadapan dengan rumah-rumah teres yang harganya melampaui RM500,000 di Lembah Kelang. Ikut pembentangan badget, Prima akan membina 80,000 mampu milik dengan harga di antara RM150,000 dan RM400,000.
Tuan Yg DiPertua, kita harus kaji balik apakah ertinya “mampu milik” untuk sepasang suami isteri yang dua-dua graduan dengan gaji RM2,500 sebulan seorang. Ikut perhitungan kerajaan, mereka sanggup bayar satu pertiga pendapatan isi rumah tangga untuk membayar pinjaman rumah mereka. Adakah ini munasabah?
Para graduan juga terpaksa bayar baik pinjaman PTPTN, dan juga mengambil pinjaman untuk membeli kereta kerana status pengangkutan awam di bandar-bandar kita masih belum memuaskan. Mereka juga mungkin kena menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu-bapa dan adik beradik mereka. Pada saya adalah amat susah untuk mereka komit sebanyak RM1500 untuk bayaran pinjaman bank setiap bulan.
Jika sepasangan suami-isteri graduan menghadapi masalah membeli rumah, bagaimana pula dengan keluarga-keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM5000 sebulan – bilangan mereka adalah lebih daripada 50 peratus keluarga di Malaysia.
Apakah makna “rumah mampu milik” untuk sebuah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3000? Berapakah yang keluarga seperti ini boleh membayar untuk bayar pinjaman perumahan? Adakah formula satu pertiga pendapatan keluarga memberi angka yang munasabah.
Mari kita analisa keadaan sebuah keluarga dengan tiga orang anak bersekolah. Perbelanjaan bulanan mereka adalah
- Kos barangan pasar dan kedai runcit RM700
- Persekolahan tiga anak (bas/makan di sekolah/tuition) RM600
- Kos ibu-bapa pergi kerja (pengangkutan/makan t’hari) RM550
- Air/lektrik /telepon bimbit RM250
- Insurans (kesihatan RM300/pendidikan RM200) RM500
- Jumlah RM2,600
Ini hanya meninggalkan RM400 daripada pendapatan bulanan mereka sebanyak RM3000. Pinjaman rumah sebanyak RM60,000 merupakan pinjaman maxima yang mereka boleh ambil. Jika lebih tinggi, susah untuk mereka membayar balik. Mengikut belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri, bekalan rumah dengan harga di bawah RM100,000 dalam tahun akan datang adalah seperti berikut
Jabatan Perumahan Negara: Prog Perumahan Rakyat – 16,473
SPNB – 26,122
MyHome Scheme – 10,000
Totalnya hanya 52,600 rumah kos di bawah RM 100,000 sahja – dan ini pun belum pasti. Adakah ini mencukupi untuk rakyat kita?
Ikut laporan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 25 peratus daripada keluarga Malaysia tidak mempunyai rumah sendiri. Kita ada 6 juta keluarga di Malaysia. Ertinya 1.5 juta keluarga di Malaysia tidak mempunyai rumah mereka sendiri. Dan ramai daripada kumpulan ini adalah keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM5000. 53,000 rumah yang dicadangkan dalam belanjawan 2014 merupakan hanya 0.5 peratus jumlah ini!
Dan kita masih belum ambil kira fakta bahawa tiap tahun ada 120,000 perkahwinan. Dengan pengwujudan 120,000 keluarga baru setiap tahun sudah tentu kita memerlukan lebih kurang 100,000 rumah untuk pasangan suami-isteri muda. Nampaknya kita akan saksi satu jenerasi tanpa rumah – a homeless generation, kerana kos rumah telah melambung tinggi dan keluarga-keluarga biasa tidak mampu membeli rumah mereka sendiri.
Bila hadapi masalah seperti ini, adalah penting kita cari punca sebenarnya. Baru kita dapat mengaturkan langkah untuk mengatasinya. Mengikut siasatan saya, kos bahan-bahan binaan dan tenaga manusia untuk bina rumah adalah RM50 sekaki persegi. Ini adalah untuk rumah yang simple, dan tidak ambilkira kos infrastruktur macam longkang, jalan, paip bekalan air, loji IWK dan tiang lektrik.
RM50 untuk setiap kaki persegi tapak yang dibina. Jadi untuk sebuah rumah 20 x 40 kaki = 800 kaki persegi. Darab RM50 – dapat RM40,000 untuk kos pembinaan untuk rumah teres kos murah. Tambah kos infrastruktur lebih kurang RM12,000 serumah. Jadi kos termasuk infrastruktur untuk rumah teres 20 x 40 kaki adalah RM52,000. Mengapa di negara kita tidak dapat membekalkan rumah pada rakyat miskin dan sederhana dengan harga macam ini.
Inilah isu penting.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya di Sungai Siput. Di Sungai Siput ada sebuah Kampung Baru yang dinamakan Sungai Buloh. Di belakang Kampung Baru itu, ada suatu kawasan tanah kerajaan seluas 150 ekar. Boleh membina 12 rumah teres di satu ekar. 1800 – ok tolak tempat untuk padang main, dewan, IWK, substesyen TNB, 1500 rumah boleh dibekalkan untuk rakyat.
Tetapi apa yang berlaku amat kecewakan – tanah ini diberi kepada anak syarikat PKNP Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Anak syarikat ini buat joint venture dengan pemaju swasta. Sekarang rumah teres di situ dijual dengan harga RM150,000 se unit atau lebih.
Tanah kerajaan. Boleh selesai rumah dengan harga RM52,000, tanpa subsidi apa-apa pun. Tetapi sekarang rumah-rumah di situ sedang dijual dengan harga tiga kali ganda jika banding dengan kos sebenarnya.
Siapa yang untung? Jelas pihak yang rugi adalah rakyat kita dengan pendapatan rendah dan sederhana.
Yang untung adalah pemaju swasta, kontraktor-kontraktor yang dapat ‘mark up’ sebut harga mereka, dan juga pengarah dan pegawai tinggi kerajaan dan anak syarikat kerajaan yang dianugerakan tanah itu.
Ini bukan sahja di Sungai Siput Tuan Speaker. Ia berlaku di merata tempat. Seperti saya katakan tadi, Tuan Speaker, masalah pokok adalah pendekatan yang diambil oleh kerajaan terhadap pembekalan keperluan asas pada rakyat kita. Kerajaan kita berpegang kepercayaan sektor swasta yang diacu oleh ketamakan dapat untung boleh membekalkan kemudahan asas pada masyarakat. Inilah punca utama untuk masalah ketiadaan rumah mampu milik untuk rakyat kita.
Bolehkah saya cadangkan? Tubuhkanlah satu perbadanan nonprofit di perengkat negeri. Berikannya tanah kerajaan untuk membina rumah. Jual rumah-rumah ini dengan harga kos pembinaan sahja pada keluarga miskin dan sederhana. Mungkin pendekatan yang dibentang oleh Perdana Menteri berkaitan subsidi sebanyak RM30,000 se unit boleh dipakai untuk membekalkan infrastruktur. Rumah-rumah teres ini boleh dijual dengan harga RM40,000 untuk keluarga berpendapatan di bawah RM4000 sebulan.
Tetapi pembeli rumah ini harus dikenakan syarat seperti berikut:
- hanya keluarga di mana suami-isterinya tidak memiliki rumah boleh mengambil bahagiandalam skin ini;
- rumah ini tidak boleh dijual di pasaran terbuka. Tidak boleh dipakai untuk spekulasi. Jika nak jual, jual balik kepada Perbadanan Perumahan peringkat negeri.
Program seperti ini akan menyingkirkan amalan spekulasi ke atas tanah dan rumah yang berleluasa sekarang. Dan lebih ramai rakyat kita daripada lapisan sederhana akan dapat membeli rumah.
Keluarga-keluarga dengan pendapatan bulanan berkurangan daripada RM2000 sebulan harus disewa rumah oleh kerajaan dengan harga yang disubsidikan. Mereka tidak boleh membeli rumah mereka sendiri kerana pendapatan RM2000 hanya cukupi untuk mendapatkan keperluan asas keluarga mereka dan tidak mencukupi untuk melabur dalam rumah.
Kaedah seperti ini pernah dipakai di England pada satu masa dahulu di mana kerajaan pusat telah memperuntukkan dana untuk kerajaan-kerajaan tempatan untuk membina rumah kos murah untuk disewa kepada keluarga miskin. Skim ini dipanggil “council housing”. Saya ingin mengesyorkan kaedah seperti ini juga dipakai di negara kita.
Kita perlu kaji balik masalah harga rumah yang terlalu tinggi jika kita ingin elak daripada wujudkan satu jenerasi tanpa rumah sendiri (A Homeless Generation).
GST membebankan rakyat
Perkara terakhir yang saya ingin menyentuh adalah cukai baru GST. Dalam perbahasan yang saya dengar semalam, ada beberapa orang Yang Berhormat BN yang berhujjah bahawa GST tidak akan membebankan rakyat kerana ia-nya hanya menggantikan cukai jualan.
Ini tidak betul. Saya ingin rujuk pada ucapan Perdana Menteri pada Jumaat lalu. Dia kata “kerajaan yakin, ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST, kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal”. Ertinya kerajaan sendiri sedar bahawa GST akan membawa kenaikan harga.
Satu lagi perkara yang disebutkan oleh YB BN adalah kaedah “pengecualian” ataupun “exemption”. Kita harus memahami bahawa cukai GST adalah cukai terhadap nilai yang ditambahkan di tiap peringkat pengeluaran sesuatu benda. Katakan satu barangan dikeluarkan melalui proses lima perengkat. Nilai yang ditambahkan di perengkat pertama akan dikenakan cukai dan barangan tersebut dijual kepada perengkat kedua dengan harga yang ditingkatkan 6 peratus. Nilai yang ditambahkan di perengkat dua juga dicukai dan dijual ke perengkat yang tiga dengan harga yang 6 peratus lebih. Ini akan berlaku di tiap perengkat. Walaupun perengkat ke-empat dan kelima dikecualikan daripada GST, kenaikan harga yang berpunca daripada cukai yang dikenakan di perengkat satu ke tiga akan ditanggung oleh pelanggan iaitu rakyat kita.
Kita mesti menerima fakta. Hakikatnya adalah cukai GST merupakan usaha untuk memindahkan beban cukai daripada orang kaya dan kaum koporat ke bahu orang biasa. Tujuannya adalah untuk berbaik pada kaum koporat kerana kerajaan kita mahu tunjuk ianya mesra pada busines. Inilah tujuan utamanya.
Kita sedang bersaing untuk pelaburan asing. Kita bersaing dengan negara Vietnam dan Thailand dan China. Itulah sebab kita berlumba-lumba untuk menurunkan cukai terhadap kaum koporat. Tetapi jika mengurangkan cukai koporat, kerajaan memerlukan punca cukai baru. Itulah sebabnya GST ini dicadangkan.
Tuan Yang DiPertua, saya sedia menyokong cukai GST ini tetapi dengan satu syarat. Masukkan satu syarat dalam Akta ini yang mewajibkan bayaran BRIM bulanan kepada akaun bank 40 peratus keluarga yang termiskin di Malaysia dengan kadar cukai GST didarab gaji persentil ke 40. Ertinya buat masa ini kadar GST sebanyak 6 peratus harus didarab pada pendapatan persentil ke 40 ia-itu RM3000 – jumlahnya RM 180. Jumlah ini harus dibayar ke dalam akaun tiap keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM3000.
Ini akan menjadikan cukai GST “income neutral” untuk keluarga dengan pendapatan bulanan RM3000 sebulan dan merupakan pendapatan tambahan untuk keluarga dengan pendapatan yang kurang pada RM3000.
Syarat seperti ini akan memberi perlindungan kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah sambil membolehkan kerajaan menambahkan pendapatan kerajaan melalui cukai terhadap keluarga yang lebih berada.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme