Home Web Specials 2013 Web Specials Isu pekerja biasa dibangkit di Parlimen

Isu pekerja biasa dibangkit di Parlimen

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Apabila ramai yang debat disana sini mengenai justifikasi gaji YB, Jeyakumar Devaraj berhujah mengenai isu pekerja biasa di parlimen.

Is BN for the workers?
Is BN for the workers?

Saya ingin sentuh tiga perkara.

Gaji minima tidak mencukupi

Pertama adalah B46 Butiran 010500, Dasar Sumber Manusia.

Saya mahu pihak Sumber Manusia kaji balik pendekatan kita dalam meningkatkan pendapatan pekerja biasa. Beberapa tahun dahulu, Kementerian Sumber Manusia telah buat satu kajian yang mengenalpasti bahawa satu pertiga daripada pekerja kita dapat gaji yang kebawah garis kemiskinan ia-itu RM720 sebulan. Oleh itu, Kerajaan telah mengenalkan polisi gaji minima RM900 sebulan dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Saya ingin mengucap terima kasih dan juga syabas pada kerajaan. Ini satu polisi yang amat baik dan bertanggungjawab. Tetapi amaunnya tidak mencukupi. Tahun lalu semasa paras gaji minima dibincang, parti saya telah mengesyorkan gaji minima sebanyak RM1500 sebulan. Amaun didasarkan pada konsep gaji yang sempurna ataupun “living wage” dengan izin.

Pada kami, satu keluarga dengan tiga orang anak bersekolah memerlukan sekurang-kurangnya RM3000 sebulan untuk memperolehi semua keperluan asas untuk keluarga. Oleh itu kami mengesyorkan gaji minima sebanyak RM1500.

Tetapi kerajaan menjawab dengan mengatakan gaji minima di paras RM1500 sebulan akan menjejas ekonomi kita. Ambillah kes kilang kasut yang mengeluarkan kasut untuk pasaran tempatan – jika kos pengeluaran kilang ini meningkat ada kemungkinan besar kasut yang lebih murah dari Vietnam ataupun Thailand akan membanjiri pasaran dalaman negeri kita dan kilang kasut tempatan mungkin akan ditutup. So, walaupun kita ada gaji minima dengan paras yang baik, ianya akan jadi nominal sahaja kerana berlakunya kehilangan kerja.

READ MORE:  Deplorable situation of migrant workers: Come on, 'Madani' ministers, show us your moral compass!

Jadi kita dihadapkan dengan satu situasi di mana hasrat kita untuk mengagihkan kekayaan negara kita secara yang lebih adil di sekat oleh regim perdagangan antarabangsa di mana tarif untuk kemasukan barangan daripada negara Asean adalah kosong. Oleh itu kita tidak dapat meningkatkan gaji pekerja kita ke paras yang lebih munasabah.

Bolehkah Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan satu kaedah baru untuk mengagihkan kekayaan negara kita secara lebih baik? Bolehkah Kementerian Sumber Manusia berbincang dengan EPU, Unit Perancang Ekonomi, untuk mengkaji kaedah “gaji sosial”.

Ini boleh ambil kaedah pensen untuk pekerja swasta selepas mereka sampai umur 65 tahun. Bayarlah mereka pensen RM200 sebulan – ini akan meringankan beban mereka. Satu lagi kaedah bagaimana gaji sosial ini dapat dilaksanakan adalah program membekalkan rumah pertama untuk setiap keluarga dengan harga kos pembinaan sahaja. Kos tanah ditanggung kerajaan. Ini juga satu cara kita mengagihkan kekayaan negara kita secara yang lebih adil tanpa menjejaskan ekonomi tempatan.

Jaga keharmonian di tempat kerja

Perkara kedua adalah di bawah Butiran 030 000, Keharmonian Perhubungan Perusahaan.

Dato Menteri, 49 orang pekerja Hong Jeong Bank telah dipindahkan dari Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Oleh kerana transfer ini menyusahkan mereka, kesatuan pekerja Nube telah cuba berbincang dengan majikan Hong Leong Bank. Satu perbincangan telah diadakan di Jabatan Perhubungan Industri pada 19 November di mana Hong Leong setuju kekalkan situasi sekarang sambil cuba menyelesaikan isu ini melalui perundingan.

Tetapi malangnya, Hong Leong tidak mematuhi keputusan yang telah diambil bersama, dengan keluarkan notis kepada 49 pekerja yang berbunyi “please note that your absence from tomorrow till the day you report in Puchong will be viewed as absence without leave.”

READ MORE:  'We all come from somewhere': The migrant workers building our world

Saya harap Kementerian Sumber Manusia boleh menasihatkan Hong Leong Bank menjaga keharmonian di tempat kerja. Nasihatkan mereka berterusan dengan proses rundingan untuk mencapai penyelesaian yang baik.

Pas sementara untuk pekerja asing

Perkara ketiga yang saya ingin membawa adalah di bawah 050 000, Pentadbiran Undang-Undang – Hak Pembelaan untuk Pekerja Asing.

Yang Berhormat Menteri, pada masa ini pekerja asing menghadapi banyak masalah jika mereka membuat aduan terhadap majikannya. Ada kemungkinan besar, majikan akan hentikannya dan membatalkan permit kerjanya. Ini akan jadikan pekerja ini pekerja tanpa izin, seorang pekerja haram.

Memang pekerja asing ini boleh pergi ke Jabatan Immigrasi dan memohon pas khas. Beliau kena bayar RM100 untuk pas khas ini yang memberi kebenaran berada di negara kita untuk tempoh masa satu bulan. Tetapi dinyatakan dalam pas khas ini bahawa pekerja asing berkenaan tidak boleh bekerja.

Bagaimanakah beliau dapat meneruskan dengan kesnya di Mahkamah Buruh, YB Menteri? Bagaimana beli makanan harian? Duduk di mana? Biasanya pekerja asing duduk di kuarters yang disediakan oleh majikan. Bila hilang kerja, hilang tempat penginapan juga. Jadi hak pembelaan hanya sekadar nominal sahaja, tetapi tidak dapat dinikmati oleh pekerja asing.

Bolehkah Kementerian Sumber Manusia berkerjasama dengan Jabatan Immigrasi supaya mengwujudkan satu kaedah baru di mana seseorang pekerja yang membawa kes terhadap majikannya dan oleh itu kehilangan kerjanya dibekalkan oleh Sumber Manusia satu pas kerja sementera supaya beliau dapat menyara diri sehingga kes dengan majikan diselesaikan.

Saya harap Menteri akan ambil berat terhadap ketiga isu yang saya telah membentangkan.

Perbahasan Belanjawan Kementerian Sumber Manusia, 2 Disember 2013

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x