Selepas kita tawan Putrajaya dan menubuhkan kerajaan baru, kita, rakyat biasa, harus meneruskan penglibatan kami dalam proses politik dan pentadbiran sebab kuasa mutlak boleh merosakkan pemimpin kita, kata Jeyakumar Devaraj.
Kawan-kawan, kita kumpul di sini bukan kerana kita mahu kacau sesiapa ataupun nak menyusahkan sesiapa.
Kita kumpul di sini kerana kita cintai negara kita.
Kita berkumpul untuk wujudkan satu masyarakat yang adil!
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kita kumpul untuk memohohon satu pentadbiran yang bersih dan transparen. Yang tidak mengamalkan kronisme dan rasuah.
Kita berkumpul untuk membantah satu sistem politik yang sering memakai isu perkauman untuk memisahkan orang awam supaya 1 peratus yang terkaya itu dapat mengaut sebahagian besar daripada kekayaan negara ini.
Dan kawan-kawan, saya yakin dengan sokongan anda semua kita dapat berjaya dalam tuntutan kami untuk mewujudkan satu negara yang lebih baik dan adil.
Tetapi untuk mebawa perubahan ini kita mesti melakukan tiga perkara:
- Dalam dua bulan yang akan datang kita mesti ambil masa untuk membawa mesej perubahan kepada semua ahli keluarga kita dan juga pada kawan-kawan kita. Bolehkah?
- Bila hari undi sampai, kita mesti pastikan semua ahli keluarga dan kawan-kawan kami keluar mengundi. Kerana BN akan cuba menipu. Kita boleh kurangkan kesan negatif penipuannya jika kita keluar mengundi beramai-ramai.. Bolehkah melakukan ini?
- Yang ketiga, dan ini penting sekali, selepas kita tawan Putrajaya dan menubuhkan kerajaan baru, kita, rakyat biasa, harus meneruskan penglibatan kami dalam proses politik dan pentadbiran. Kuasa boleh merosakkan pemimpin kita. Ada perkataan Inggeris – Power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Kuasa yang tidak dihadkan oleh proses demokratik boleh meracuni kepimpinan kita. Hanya dengan pemantauan dan teguran daripada rakyat jelata bolehlah kerajaan baru terus telus dan bersih.
Antara perubahan yang kita harus membawa ke budaya politik negara kita adalah untuk meminta semua calon yang ingin jadi Adun atau Wakil Rakyat untuk berjanji kepada pengundi bahawa dia akan memakai posisi dan kuasanya hanya untuk kepentingan rakyat biasa dan bukan untuk menjadikan keluarganya kaya raya. Kita tidak halang sesiapa yang mahu jadi kaya tetapi pergilah ke busines. Jangan jadi wakil rakyat supaya mahu cari duit.
Saya yakin kita bersama boleh membawa perubahan dan membina satu negara yang adil.
Kami di PSM dan JERIT menyokong sepenuhnya konsep ABU – Asalkan bukan Umno, dan kami sedia berkerjasama dengan semua pihak yang setuju dengan konsep ABU untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Marilah kita bersama-sama turun ke padang dan kerja kuat untuk membawa perubahan.
Salam perjuangan!
Ucapan ini diberi oleh Jeyakumar di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 (#KL112).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme