Home Web Specials 2013 Web Specials Sistem percukaian Malaysia terlalu mesra pada kaum koporat

Sistem percukaian Malaysia terlalu mesra pada kaum koporat

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sistem percukaian yang terlalu mesra pada kaum koporat sedang membawa pelbagai masalah termasuk membebankan rakyat biasa, ujar Jeyakumar Devaraj.

Cartoon courtesy of cartoonkafe.com and Merdeka Review
Cartoon courtesy of cartoonkafe.com and Merdeka Review

Pada saya, kesemua pindaan yang di bawah dalam rang Undang-undang ini adalah bercorak teknikal – untuk menyelaraskan ungdang-undang yang sedia ada dengan polisi yang diumumkan dalam Belanjawan 2014. Pindaan ini tidak ubah dasar polisi percukaian negara kita.

Dato Speaker, saya rasa sudah tiba masanya untuk mengkaji balik pendekatan kita terhadap regim cukai di negara kita. Untuk 30 tahun yang lalu, kita sedang mengurangkan cukai terhadap lapisan terkaya dan juga kaum korporat. Dulu, pada pertengahan tahun 1980an, cukai koporat kita adalah 40 peratus dari keuntungan. Tetapi sekarang kita telah menurunkannya ke 25 peratus sahja, dan kerajaan berhasrat mengurangkannya lagi ke 19 peratus kerana cukai koporat di Singapura dan Thailand hanya 19 peratus.

Tetapi apabila kita kurangkan kadar cukai terhadap individu yang terkaya dan koporat, kami hadapi beberapa masalah.

Satu, pendapatan kerajaan turun. Oleh itu kerajaan terpaksa meminjam, dan hutang kerajaan telah mencapai 55 peratus GDP negara pada takat ini.

Juga kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi yang diberi kepada rakyat.

Dan, kerajaan terpaksa mencari sumber cukai yang lain – umpamanya cukai GST yang akan dikenakan pada semua rakyat, kaya ataupun miskin.

Satu lagi kesan negatif yang timbul dari mengurangkan cukai terhadap individu terkaya dan koporat adalah ia-nya mengurangkan permintaan kasar dalam negara. Pembelian oleh kerajaan adalah sebahagian besar daripada permintaan kasar dalam negeri ataupun aggregate demand. Bila pendapatan kerajaan turun, kesanggupan kerajaan membeli barangan dan perkhidmatan pun mengecut. Pengecutan dalam permintaan kasar yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah adalah punca utama tendensi kegawatan dalam ekonomi dunia.

READ MORE:  Gaji dan pencen datang dari cukai arak, judi dan rokok? Peminum arak dan perokok jahat-jahat semua?

Satu kesan negatif lagi yang disebabkan oleh penurunan kadar cukai koporat adalah syarikat gergasi dapat lebih banyak untung yang dia mahu melabur. Tetapi oleh kerana permintaan kasar tidak berkembang, syarikat gergasi menghadapi masalah pasaran. Tidak buat lebih kasut ataupun kereta kerana orang ramai tidak ada duit untuk beli lebih.

Itulah sebabnya, pemilik modal terpaksa melabur dalam sektor finans – saham, mata wang, “futures” komoditi dan juga hartanah. Inilah sebabnya harga rumah di Malaysia sedang melambung – akibat spekulasi oleh lapisan terkaya. Ini satu dari kesan terlalu banyak untung di saku kaum koporat.

Saya faham, Timbalan Menteri, bukannya niat kerajaan untuk menyusahkan rakyat kita dengan menarik subsidi dan kenakan GST terhadap rakyat. Kerajaan kita disekat oleh sistem ekonomi antarabangsa yang sedia ada. Saya faham kerajaan kita khuatir pelabur asing tidak akan datang ke Malaysia jika cukai kita jauh lebih tinggi berbanding Thailand. Itulah sebabnya kerajaan ingin mengurangkan cukai koporat lagi.

Dato Speaker, dalam situasi ini, mana-mana kerajaan tidak boleh menaikkan cukai koporat secara tersendiri. Itu mungkin akan membawa pada pemindahan pelaburan ke luar. Tetapi jika se kumpulan negara bersama-sama setuju untuk menaikkan cukai koporat serentak, masalah pengunduran pelaburan tidak akan berlaku. Kita sekarang sedang berunding TPPA dengan 11 negara. Apa salahnya kita berunding satu sistem percukaian yang baru dengan negara-negara ini?

(Soalan oleh Rompin bagaimana kurangkan “black money” jika cukai ditingkatkan.)

Terima kasih YB Rompin. Pada fahaman saya, kadar cukai tidak bawa masalah black money. Di Eropah pada tahun 1960an, kadar cukai adalah tinggi – 50 peratus dari untung koporat, tetapi tiada masalah black money.

READ MORE:  Gaji dan pencen datang dari cukai arak, judi dan rokok? Peminum arak dan perokok jahat-jahat semua?

Tetapi apa yang berlaku adalah syarikat gergasi buka pejabat di negara di mana kadar cukai adalah rendah umpama di Bahamas atau di Singapura. So dia beli barang murah daripada negara Cina dan jual dengan harga tinggi di Eropah. Tetapi untung ditunjuk di Singapura di mana cukai rendah. Tiada banyak untung di declare di Eropah. Tetapi barangan ini tidak dibawa ke Singapura. Terus sahaja ke Eropah, hanya sistem perakaunan tunjuk ia di beli oleh pejabat syarikat itu di Singapura. Ini di panggil transfer pricing, Dato Speaker. Ini adalah satu lubang dalam sistem percukaian antarabangsa yang kita harus menutup.

Satu lagi kaedah yang kita harus halusi adalah Cukai Tobin. James Tobin adalah seorang ekonomist yang dianugerahi Nobel Prize. Dia cadang cukai terhadap semua pembelian dan penjualan mata wang – ia syorkan 0.5 peratus dari nilai mata wang yang dibeli. Mungkin kita boleh kurangkan kadarnya, tetapi prinsip ini penting.

Tetapi ini tidak boleh dilakukan oleh satu negara secara tersendiri. Jika hanya Malaysia yang melaksanakannya, pasaran mata wang Malaysia akan merudum. Semua orang yang membeli mata wang akan buat itu di Singapura. Kita perlu kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan cukai seperti Tobin.

Saya tahu, apa yang saya cadangkan tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta. Tetapi saya mahu Malaysia main peranan membawa ide-ide ini untuk dibincang diperengkat antarabangsa. Sistem percukaian yang terlalu mesra pada kaum koporat sedang membawa pelbagai masalah termasuk membebankan rakyat biasa, menyebabkan kenaikan harga rumah secara mendadak, menyebabkan hutang kerajaan melambung, membawa kepada kegawatan dan sebagainya. Adalah wajar kerajaan ambil serius ide-ide yang saya telah membawa.

READ MORE:  Gaji dan pencen datang dari cukai arak, judi dan rokok? Peminum arak dan perokok jahat-jahat semua?

Perbahasan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Pendapatan Petroleum 1967, dan Cukai Keuntungan Harta Tanah dan Akta Cukai Labuan pada 4 Disember 2013

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x