Home Web Specials 2014 Web Specials Ambil keputusan yang bijak dan berani: Tolak TPPA

Ambil keputusan yang bijak dan berani: Tolak TPPA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

TPPA adalah satu usaha untuk wujudkan suasana untuk kaum koporat asing masuk ke Malaysia dan buat apa sahaja dia mahu, ujar Jeyakumar Devaraj.

Saya ingin menfokus hanya satu topic, Tuan Pengerusi. Ia itu TPPA.

Kita sudah sampai ke penghujung perundingan perjanjian TPPA. Selepas berunding 4-5 tahun, kita sudah sampai takat di mana kita kena buat keputusan – mungkin dalam masa beberapa bulan lagi.

Dari apa saya dapat lihat, Amerika Syarikat masih pendirian keras dan angkuh. Malaysia pernah pohon tembakau dan rokok di ‘carve out’ – dikecualikan daripada syarat-syarat dalam Perjanjian TPPA. Permohonan Malaysia diterima baik oleh NGO-NGO kesihatan dan juga beberapa negara lain. Tetapi Amerika Syarikat membantah permohonan kita.

Jika isu rokok pun dia membantah, bagaimana pula pendirian Amerika Syarikat terhadap isu harga ubat. Amerika mahu tempoh patent di panjangkan. Tempoh patent sekarang 20 tahun. Amerika mahu lanjutkan ini.

Amerika juga ingin membawa syarat-syarat untuk melambatkan pembawaan ubat generic ke dalam negara dengan memakai klausa “esklusiviti”. Ertinya, menghalang syarikat generic daripada memakai information yang dikeluarkan oleh syarikat asal dalam apa juga bentuk termasuk kertas penerangan yang disertakan bersama tiap kotak ubat.

Jadi, Tan Sri Pengerusi, sudah sampai masa kita buat keputusan yang tegas dan berani. Jika Amerika Syarikat tidak mahu longgarkan syarat berkaitan IPR ataupun hak cipta intelek; jika Amerika tidak mahu mengurangkan kuasa yang diberi di bawah seksyen ISDS atau pun Investor-State Dispute Settlement ke syarikat gergasi untuk mendakwa kerajaan kita di tribunal antarabangsa; jika Amerika mahu perolehan kerajaan ataupun government procurement dibuka secara luas kepada syarikat gergasi Amerika; jika Amerika Syarikat terus sikap keras dan degil terhadap semua perkara ini, kita harus menolak TPPA.

Dan saya ingin cakap kepada Menteri Miti dan kepada Perdana Menteri, rakyat Malaysia akan menerima keputusan berani ini. Berilah penerangan pada mereka mengapa kita terpaksa menolak. Rakyat akan faham dan cakap terima kasih pada kerajaan.

Hakikatnya, Tuan Pengerusi, adanya banyak negara di rantau Asia yang tidak menyertai TPPA. Negara Cina dengan ekonomi terbesar di dunia tidak dijemput ke rundingan TPPA. Negara Indonesia, Thailand dan Filipina tidak sertai perundingan TPPA. India juga tidak mengambil bahagian.

Baru-baru ini, dalam konferens Apec di Beijing, negara Cina telah mengemukakan cadangan FTAA – Free Trade Agreement for Asia. FTAA ini adalah berbeza dari TPPA kerana ia-nya lebih focus pada perdagangan dan tiada begitu banyak mengaitkan hak pelabur asing, hak cipta intelek dan hak syarikat asing untuk mendakwa kerajaan di tribunal di luar negara. FTAA adalah lebih sesuai untuk sebuah negara yang sedang membangun dari TPPA yang merupakan satu senarai idaman koporat gergasi – a corporate wish list.

Saya juga ingin meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa untuk berhenti mengiktirafkan TPPA ini sebagai satu perjanjian “high quality 21st century agreement”. Saya tahu inilah pengiktirafan yang diberi oleh Michael Froman. Tetapi dia jurucakap pihak koporat gergasi.

TPPA ini akan menyekat akses rakyat biasa ke ubat-ubat baru. Adakah ini bermutu tinggi?

TPAA akan beri kuasa pada syarikat gergasi mendakwa kerajaan kita jika kerajaan melakukan suatu dasar yang mengurangkan pencemaran alam atau mengurangkan tabiat merokok. Adakah ini bermutu tinggi?

TPPA akan pakai hak cipta intelek untuk menghalang akses pelajar kita pada pengetahuan. Bermutu tinggi?

TPPA adalah satu usaha untuk wujudkan suasana untuk kaum koporat asing masuk ke Malaysia dan buat apa sahaja dia mahu. TPPA akan wujudkan satu kerangka di mana rogol ekonomi boleh dilakukan terhadap negara kita oleh syarikat gergasi asing.

Jadi, marilah kita sifatkan TPPA dengan nama yang sebenarnya. Ia bukan bermutu tinggi.

Syor saya pada Kabinet Malaysia: Ambil keputusan yang bijak dan berani. Tolak TPPA.

Ucapan di atas dibuat semasa perbahasan bajet Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x