Home Web Specials 2014 Web Specials Kes ugutan di Dataran Pidato: Tiada tangkapan atau dakwaan

Kes ugutan di Dataran Pidato: Tiada tangkapan atau dakwaan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Jika polis tidak ambil tindakan, kumpulan seperti ini akan digalak untuk terus tindak sebagai satu kumpulan fasis, ujar Jeyakumar Devaraj.

thugs at anti-Sedition Act gathering in Penang 12 Oct 2014

Saya ingin menyentuh empat perkara.

Kes pembunuhan

Pertamanya adalah NGO-NGO di Pulau Pinang telah mengadu terhadap kewujudan satu syndicate di Pulau Pinang yang menculik orang asing terutama orang Rohingya untuk mendapat wang tebusan daripada keluarga mereka. Jika keluarga gagal membayar, mangsa dibunuh.

Izinkan saya membaca satu petikan surat khabar. Ini dari Star (15 November 2014): SDCP Abdul Rahim said that there were 48 murder cases in Penang this year compared to 37 in 2013. Out of the 48 cases, 31 involved foreigners, many were of Myanmar origin.

Saya mahu pihak polis ambil berat terhadap perkara ini, dan ambil tindakan tegas.

Criminal intimidation

Perkara kedua yang saya ingin bawa adalah peristiwa yang berlaku di Speakers’ Corner di Pulau Pinang pada 12 Oktober 2014. 20 orang peserta NGO telah berkumpul di situ untuk buat press conference terhadap kempen pemansuhan Akta Hasutan.

Satu kumpulan 30 orang lelaki telah datang dan mengugut, memarah dan tolak-menolak kumpulan NGO ini.

Mereka yang bertindak agresif ini memakai T-shirt dengan slogan “Kekalkan Akta Hasutan” dan membawa hailer. Ini menunjukkan bahawa ini adalah satu aksi terancang.

Kumpulan 30 orang lelaki itu mempunyai hak untuk mempertahankan Akta Hasutan, tetapi mereka tidak berhak untuk bertindak ganas terhadap kumpulan pertama.

Malangnya sampai sekarang polis belum buat tangkapan mahupun dakwaan. Apa yang dilakukan oleh kumpulan pro Akta Hasutan adalah bersifat jenayah – criminal intimidation.

Jika polis tidak ambil tindakan, kumpulan seperti ini akan digalak untuk terus tindak sebagai satu kumpulan fasis yang memakai kekerasan terhadap kumpulan lain.

Permohonan kewarganegaraan hilang

Perkara ke tiga adalah berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan. Saya ada satu kes dari kawasan saya yang telah pohon untuk IC biru mulai tahun 2011. Permohonan beliau telah dilulus pada Julai 2013. Tetapi beliau tidak dimaklum.

Saya telah membawa pemohon ini ke Pejabat JPN di Ipoh. Tetapi mereka pun tidak dapat cari dalam computer. Mereka memberitahu kami bahawa kes masih dalam proses. Akhirnya saya bawa pemohon ke Putrajaya, dan di sana kami diberitahu permohonan beliau telah dilulus lebih daripada satu tahu sebelum itu.

Bolehkah Kementerian kaji perkara ini dan wujudkan satu sistem untuk memudahkan proses ini. Mungkin semua permohonan yang berjaya harus dipaparkan dalam website Kementerian supaya memberitahu orang awam dan juga pegawai JPN di pejabat-pejabat lain?

Ujian DNA untuk mengenalpastikan identiti bapa

Perkara terakhir yang saya ingin bangkit adalah masalah yang dihadapi oleh seorang budak berumur tujuh tahun. Ibunya telah larikan diri apabila budak ini masih bayi.

Masalahnya sekarang adalah nama bapa budak ini tidak tercatit dalam sijil kelahirannya.

Apabila saya bawanya ke Pejabat JPN, saya dinasihatkan bahawa mengikut seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran 1957, permintaan untuk memasukkan nama bapa ke dalam sijil kelahiran harus dikemukakan oleh kedua-dua ibu dan bapa. Ini dalam Akta.

Tetapi sekarang kita ada teknoloji ujian DNA. Kenapa ujian ini tidak boleh digunapakai untuk selesaikan kes seperti saya ceritakan tadi. Saya harap Kementerian boleh menyiasat dan buat perubahan dalam Akta Pendaftaran Kelahiran.

Ucapan ini dibuat semasa perbahasan Badget Kementerian Dalam Negeri pada 25 November 2014.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x