Jika petani sayuran dibantu dengan diberi jaminan terhadap tanah yang mereka sedang mencucuk, sudah tentu mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka, ujar Jeyakumar Devaraj.
Saya mahu Kementerian Pertanian menilai semula pendekatan kita terhadap pekebun-pekebun sayur kita.
Wujudnya beberapa puluh ribu pekebun sayur-sayuran yang mencucuk tanah kerajaan. Hampir semua mereka ini adalah berbangsa Cina. Lebih dari 90 peratus daripada mereka tidak mempunyai geran tanah ataupun lease untuk memakai tanah itu. Ramai daripada mereka telah mencucuk tanah itu seama tiga generasi. Ada antara mereka yang telah memohon untuk geran tanah itu berulang kali. Tetapi gagal.
Kumpulan petani ini sedang menghadapi masalah pengusiran. Setakat ini, di Perak sahaja, di Bidor Village, 300 petani kecil sayur sedang hadapi pengusiran. Di Tronoh, lebih dari 200 petani kecil sayuran menghadapi masalah yang sama. Dekat kawasan saya, di antara Kuala Kuang dan Rimba Panjang, ada satu ribu petani kecil yang diancam oleh pembangunan kawasan mereka.
Pembangunan kawasan mereka sedang menyusahkan pekebun-pekebun sayuran. Aktiviti pertanian adalah punca utama pendapatan mereka. Apa yang sedang berlaku langsung tidak adil pada mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Selain daripada ketidakadilan terhadap golongan petani kecil ini, perkara ini juga membawa impak negative terhadap tahap sara diri dalam pembekalan sayuran untuk rakyat kita. Setakat ini, kita hanya mengeluarkan 70 peratus dari keperluan sayuran rakyat kita.
Dan sebahagian besar daripada pengeluaran sayuran kita adalah oleh pekebun yang cucuk tanah kerajaan tanpa geran ataupun lease. Jika mreka semua diusir keluar peringkat demi peringkat, ini akan jejaskan sekuriti makanan negara kita. Tahap sara diri dalam bekalan sayuran akan merudum.
Saya telah mengemukakan satu soalan dalam sesi yang lalu berkaitan masalah ini. Saya telah bersoal berapakah bilangan pekebun sayuran yang mencucuk tanah kerajaan tanpa geran atau lease dan juga berapakah banyak keluaran mereka. Jawapan bertulis yang saya dapat adalah bahawa kerajaan pusat tidak tahu. Tidak tahu kerana isu pemberian geran adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.
Ya, betul. Tanah memang dikendalikan oleh negeri-negeri. Tetapi kerajaan pusat harus ambil tahu – kerana pada masa ini, isu petani sayuran tidak dikendalikan dengan ambilkira kepentingan tahap sara diri dalam bekalan makanan. Oleh itu, adalah penting untuk kerajaan pusat memberi pimpinan pada kerajaan-kerajaan negeri. You have to provide the leadership dan sediakan satu pelan induk untuk memperkasakan petani kecil sayuran.
Tuan Pengerusi, baru pagi ini saya baca di dalam Star: Perdana Menteri kita mengumumkan dalam satu forum berkaitan Asean betapa pentingnya kerajaan-kerajaan Asean berkerja bersama rakyat dan memperkasakan rakyat.
Saya harap cakap seperti ini dikotakan.
Bila kita ambil isu hal pemakanan negara atupun food security, petani sayuran ada kemahiran dan pengalaman dalam bidang mereka ini. Jika mereka dibantu dengan diberi jaminan terhadap tanah yang mereka sedang mencucuk, sudah tentu mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka. Saya berharap Kementerian Pertanian akan mengambil berat isu ini.
Saya ingin akhiri dengan ingatkan Dewan satu ayat Koran yang disebut oleh YB Sepang semalam: Jangan membenarkan kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu bertindak tidak adil terhadap mereka.
Saya harap prinsip ini diamalkan dalam penggubalan strategi induk yang inklusif dan adil terhadap pekebun-pekebun sayuran.
Ucapan ini dibuat semasa perbahasan mengenai bajet Kementerian Pertanian pada 19 November 2014
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme