Mana perginya keinginan memperjuangkan keadilan ekonomi, memastikan si petani, si nelayan, malah si pekerja pejabat semuanya boleh hidup dengan aman, kata Hafidz Baharom.
Wahai bangsa Melayu, kita perlu duduk berborak, dan saya rasa nak tunggu waktu berbuka nanti lambat sangat.
Ramai yang akan kata bahawa yang melakukan perangai buruk itu hanyalah minoriti bangsa kita sendiri. Tapi peribahasa kita sendiri menceritakan nila setitik merosakkan susu sebelanga.
Ramai yang akan kata tulisan saya ini mengguris hati mereka. Peribahasa kita sendiri menyatakan kalau tergigit cili akan terasa pedas.
Bila berbuat sesuatu, pasti ada balasannya. Jadi bila Melayu berarak di depan Low Yat untuk menjadi pejuang bagi golongan perompak dan penghidap dadah, sudah hilang akal dan tidak tahu malu rupanya Melayu hari ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kes yang berlaku di Low Yat menunjukkan bahawa Melayu sendiri boleh dibangangkan oleh remaja yang telah mengaku mencuri telefon bimbit dan menghidap dadah kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM), apatah lagi NGO yang kononnya mewakili Melayu macam Pekida.
Lagi mengejutkan ialah betapa senang dan selamba bangsa Melayu melupakan ajaran agama, tambah lagi dalam bulan Ramadhan. Begitu senang saja beribu Melayu nak berhimpun kononnya nak “keadilan” untuk remaja yang jelas bersalah.
Tidak sangka Melayu jelas hipokrit. Bila mereka sendiri membelasah pencuri atau peragut, boleh. Tapi, bila orang sendiri kena, semua tiba-tiba jadi “pejuang bangsa” kononnya, berhimpun suruh belasah balik orang Cina.
Senang cakap, bila Melayu membangangkan Melayu sampai membabi buta, Cina pula yang dijadikan mangsa.
Melayu, oh Melayu, kenapa senang sangat dibangangkan Melayu. Tak terasa malukan, Melayu, menjadi pak turut hanya kerana sama bangsa?
Tidak terfikirkah sejenak untuk membiarkan pihak berkuasa menyiasat, Melayu? Tidak terfikirkah untuk bertanya pihak-pihak yang terlibat semua duduk berbincang dulu?
Senang cakap, adakah kamu memang langsung tidak berfikir, Melayu?
Negara dalam keadaan ekonomi tidak menentu, duit berbilion telah lesap atau entah tak tahu ke mana, tapi Melayu boleh pula beremosi, “gagah,” “jadi pejuang bangsa,” kerana pencuri telefon bimbit?
Mana prioriti kamu, Melayu?
Kamu kata nak memperjuangkan bangsa dan agama, tapi lagi rela jadi tukang belasah orang untuk apa?
Mana perginya keinginan memperjuangkan keadilan ekonomi, memastikan si petani, si nelayan, malah si pekerja pejabat semuanya boleh hidup dengan aman, berpendapatan cukup bukan saja untuk menampung hidup sekeluarga, tetapi dengan tambahan yang cukup untuk disimpan.
Mana perginya pejuang bangsa Melayu yang melaungkan keperluan anak-anak muda memegang ijazah sarjana muda mendapat kerja dan boleh memanjat piramid korporat sampai ke puncaknya.
Mana perginya pejuang bangsa Melayu yang memikirkan inovasi, keinginan menjadi usahawan berjaya, yang tidak melihat bangsa lain sebagai ancaman tetapi sebagai cabaran untuk berusaha lebih gigih.
Apakah kita telah menjadi bangsa yang hanya terkenal sebagai merempit, meragut, menagih dadah, malah menagih simpati dan pertolongan dari kerajaan bagai candu sampai tidak menyoal langsung perbuatan mereka?
Peristiwa di Low Yat bukanlah peringatan bahawa rusuhan kaum boleh berlaku semula di Malaysia. Lebih dari itu, ia telah menunjukkan bahawa hanya Melayu saja yang masih memikirkan keganasan sebagai penyelesaian masalah duniawi.
Hanya Melayu saja yang ingin merusuh depan kompleks membeli belah tengah bulan dalam kalendar Islam yang sejarahnya dilarang mengganas, sampai ahli politik kita pun semua terkedu nak bising.
Baru tahun lepas NGO Melayu memanggil untuk satu Renaissance Melayu. Tak sampai setahun nampaknya Melayu sendiri dah balik ke zaman belasah membelasah.
Nampak sangat Melayu memang mudah lupa.
Sumber: themalaymailonline.com
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme