Home Web Specials 2015 Web Specials Dahulukan reformasi institusi politik dalam pilihan raya umum ke-14

Dahulukan reformasi institusi politik dalam pilihan raya umum ke-14

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[English version below] Kita semua harus menekankan demokrasi, urus tadbir yang baik dan juga dasar-dasar sosio-ekonomi yang baik, ujar Zaid Kamaruddin.

Tahun 2016 telah sampai ke penghujungnya. Tahun ini cukup mencabar untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Dari segi ekonomi, nilai ringgit semakin susut, harga barang dan kos hidup semakin meningkat dan masa depan semakin ketidak pasti.

Kesemua ini berlatarbelakangkan ketidakpastian politik yang lebih besar, dengan isu-isu seperti skandal 1MDB yang belum diselesaikan, yang akar-umbinya berada dalam rangka institusi politik negara kita.

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menyeru semua rakyat Malaysia untuk mendahulukan reformasi institusi politik daripada personaliti dan politik identiti dalam menjana perubahan, terutamanya menjelang pilihan raya umum yang ke-14.

Dengan sifatnya yang “pemenang ambil semua” dan penumpuan kuasa yang semakin tinggi dalam tiga dekad yang lalu, sistem politik kita yang sedia ada bukan sahaja membuka pintu kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah, tapi juga menyebabkan sebarang reformasi menghadapi risiko yang tinggi dan menakutkan.

GBM memahami perasaan ramai rakyat Malaysia yang merasakan dirinya terasing dan kehilangan upaya dengan politik Malaysia yang tanpa arah sejak 2013 dan semakin teruk dalam 2016.

Di satu sisi, episod persengketaan yang berunsurkan kaum dan agama yang tidak kehabisan mendominasi kehidupan awam kita sehingga kepedulian tadbir urus yang baik diabaikan.

Di sisi yang lain, parti-parti politik sedang mengalami penyusunan semula politik (political realignment) yang tidak pernah begitu pesat dan mendadak sebelumnya, sekutu menjadi musuh dan musuh menjadi sekutu, seolah-olah berdasarkan penghitungan kepentingan dan tanpa prinsip..

Kesemua ini, tambah pula percanggahan atas calon perdana menteri, bukan sahaja seolah-olah menafikan para pengundi dengan sebarang pilihan yang bermakna sehingga ada pengundi yang bercadang untuk tidak mengundi atau membuang undi rosak.

Keadaan ini juga meletakkan Malaysia di jalan buntu dan pasir hanyut politik, di mana kerajaan menjadi semakin kurang popular tetapi berupaya dan cenderung untuk mengekalkan kuasanya dengan meningkatkan penindasan dan manipulasi.

GBM berasa bimbang terhadap masa depan negara. Bagaimanapun, kami tidak percaya bahwa pengundi jalan tengah tidak keluar mengundi adalah jalan penyelesaian yang munasabah. Sebaliknya, kerana ini hanya akan memburukkan lagi polarisasi negara dan lebih memungkinkan kemenangan golongan pelampau, seperti Trump dan parti-parti politik kanan tegar Eropah.

Dari segi prinsip, kita melihat positif terhadap kompromi dan penyusunan semula kerana ahli-ahli politik dalam sebarang demokrasi aneka-parti sememangnya harus melihat sesama diri sebagai pesaing dan bukan sebagai musuh.

Apa yang membimbangkan, sehingga hari ini, kita belum lihat sebarang peta jalan untuk untuk peralihan kuasa dan penyusunan kuasa selepas peralihan. Tanpa peta jalan sebegini, sebarang usaha untuk mencapai kompromi dan muakafat akan dilihat sebagai bersifatkan perhitungan oportunistik tanpa prinsip dan amanah.

Sedihnya, para elit dari semua parti politik masih terus berucap dengan nada moralistik dan berlagak seolah-olah mereka adalah penyelamat negara dan rakyat. Golongan ini langsung tidak sedar tentang kemarahan, ketidakpercayaan dan rasa meluat rakyat yang semakin meningkat terhadap mereka.

GBM melihat krisis politik Malaysia yang mendalam sebagai satu akibat daripada sistem politik sedia-ada yang tidak dapat dielakkan. Secara melintang, Kabinet mendominasi dan meminggirkan Parlimen dan mahkamah. Secara menegak, kerajaan persekutuan mendominasi dan meminggirkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Gabungkan kedua-dua ini, kuasa perdana menteri tidak boleh disemak dengan efektif oleh undang-undang dan pendapat umum di antara pilihanraya. Kuasa yang begini tertumpunya adalah sumber langsung kepada kes-kes rasuah raksasa yang membawa kepada krisis politik dan ekonomi negara kita. .

READ MORE:  Whither institutional reform in Malaysia?

Pada masa yang sama, struktur “pemenang ambil semua” yang sedia ada meningkatkan risiko untuk sebarang perubahan dan menakutkan ramai pihak. Terutamanya apabilia perubahan adalah berkaitan dengan kepentingan kaum dan agama, ramai khuatir pertukaran perdana menteri dan kerajaan akan menjatuhkan atau menamatkan status quo dengan sepenuhnya.

Bila berkaitan dengan cita-cita kuasa peribadi, ramai takut sesiapa yang mengambilalih jawatan perdana menteri akan mejadi juga pemerintah berkuasa raksasa untuk jangkamasa yang panjang.

Untuk mengatasi ketakutan sedemikian daripada menghalang kemunculan pilihan-pilihan yang jelas dalam pilihan raya umno ke-14, GBM menyeru semua parti politik untuk menyatakan tekad mereka untuk mengekalkan struktur asas semasa yang berkaitan dengan kepentingan kaum dan agama, ini termasuk tindakan afirmatif (affirmative action) dan bidangkuasa jenayah untuk mahkamah.

Apa yang disebut adalah penting untuk sesi Parlimen ke-14, disamping mendukung dan mempertingkatkan hak asasi manusia. Sebarang pertukaran besar harus hanya boleh berlaku dengan dialog dan pemuafakatan dalam persekitaran yang lebih demokratik selepas pilihan raya umum ke-14..

Bagi pilihan raya umum ke-14, parti-parti politik harus berjanji dalam manifesto mereka dan bersaing dalam reformasi institusi politik yang berani untuk memulihkan demokrasi dan tadbir urus yang baik, dengan mempertingkatkan mekanisme semak dan imbang, smada antara atau dalam cabang-cabang kerajaan – eksekutif, perundangan dan keadilan — di semua peringkat.

Agenda sedemikian sudahlah diartikulasi dengan baik dalam perhimpunan Bersih 4 dan Bersih 5 yang lalu, dengan menekankan 10 reformasi institusi yang penting.

Mana-mana parti yang akan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 mesti melaksanakan reformasi-reformasi ini, khususnya, pilihanraya yang bebas dan adil, reformasi untuk parlimen dan institusi-institusi lain yang penting seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM), Jabatan Peguam Negara, penggubalan undang-undang kebebasan maklumat (FOI) serta pemasuahan akta-akta yang zalim seperti Sosma dan Akta Hasutan.

Dengan reformasi-reformasi ini, Malaysia akan mempunyai demokrasi berparlimen yang benar, di mana eksekutif terutamanya perdana menteri akan dipertanggungjawabkan untuk tindakan mereka sebagai kerajaan, dan tidak lagi dilindungi daripada hukuman undang-undang.

Dengan mengurangkan kuasa perdana menteri dan memudahkan proses untuk memecat perdana menteri yang rasuah, soalan siapa akan menjadi perdana menteri ke-7 menjadi kurang penting secara relatifnya.

Seruan untuk mendahulukan reformasi institusi politik daripada polemic kaum-agama dan personaliti sebenarnya juga adalah pengingatan bagaimana politik Malaysia sudah menjadi sesat dan lesu.

Sungguhpun taruhnya tinggi, persaingan politik yang semakin hangat selepas 2013 gagal membawa perhatian yang secukupnya kepada isu kebajikan harian. Golongan yang miskin dan terpinggir terus menderita kerana pemberian wang musiman tidak mencukupi untuk menampung kenaikan harga sepanjang tahun.

Semoga dengan insentif-insentif yang betul, sistem politik yang kurang “pemenang ambil semua” dan kurang memusatkan kuasa akan mendorong ahli-ahli dan parti-parti politik untuk turut bersaing dalam pemulihan ekonomi kita dan membina jaringan keselamatan social yang mencukupi untuk mereka yang memerlukannya.

Dengan pilihan raya umum ke-14 bakal menjelang, GBM oleh itu menyerul semua parti politik, pertubuhan masyarakat madani, firma dan rakyat individu yang hendakkan sebuah demokrasi yang sihat untuk mengutamakan reformasi institusi politik dalam pilihan raya ini.

Kita semua harus menekankan demokrasi, urus tadbir yang baik dan juga dasar-dasar sosio-ekonomi yang baik, daripada asyik dengan pertikaian kaum-agama atau persaingan antara personaliti.

READ MORE:  Beyond prison walls: Malaysia's restorative justice dilemma

Marilah kita kekalkan tumpuan kita .Selamat tahun 2017. Semoga ia membawa berkat.

Zaid Kamaruddin ialah pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia.

Prioritise political institutional reforms in 14th general election

The year 2016 has come to a close. This has been a very challenging year for most Malaysians. On the economic front, we have a worsening exchange rate for the ringgit, rising prices of everyday goods and expenses, and an increase in uncertainty.

All these happened against a backdrop of even greater political uncertainty, with many unresolved issues such as the 1MDB scandal, which ultimately can be traced back to Malaysia’s political institutional framework.

Gabungan Bertindak Malaysia calls upon all Malaysians to put political institutional reforms before personalities and identity politics in the equation of change, especially for the upcoming 14th general election.

A winner-takes all approach in our current political system with power increasingly concentrated over the past three decades has not only led to abuse of power and corruption, but also makes any reforms overly risky and intimidating.

GBM empathises with many Malaysians who feel alienated and disempowered by Malaysian politics, which has become directionless since 2013 and only got worse in 2016.

On the one hand, endless episodes of ethno-religious contention loom large and have dwarfed concerns of good governance. On the other, political parties are undergoing unprecedented political realignment, which sees allies becoming enemies and enemies becoming allies out of seemingly pure expediency.

These, coupled with the absence of any consensual prime ministerial candidate, leave voters with practically no meaningful choices to the extent that some voters are contemplating abstaining or casting spoiled votes.

Such a situation also locks Malaysia into a political stalemate and quicksand, where the government is becoming increasingly unpopular but can and is likely to survive by being more repressive and manipulative.

GBM is worried about the future of the nation. However, we do not believe that middle-ground voters abstaining from polls is a viable solution; such action will only exacerbate polarisation and likely result in the capture of power by extreme forces like Trump and the European far right parties.

In principle, we view positively compromises and realignment as politicians in any multiparty democracy should see one another only as competitors, not enemies.

What worries us is the lack of a clear road-map to transition and post-transition political settlement. The lack of such a roadmap will make any rapprochement look expedient and opportunistic. Sadly, political elites from all sides continue to speak in moral and self-righteous tones, apparently unaware of the public’s growing anger, distrust and disgust of them.

GBM sees Malaysia’s deepening political crisis as an inevitable outcome of the existing political system. Horizontally, the executive marginalises and dominates Parliament and the judiciary. Vertically, the federal government marginalises and dominates state governments and local authorities.

Combining the two, the power of prime minister is effectively not checked by either law or public opinion in between elections. Such concentration of power directly induces gigantic cases of corruption which trigger the current political and economic crises..

READ MORE:  Beyond prison walls: Malaysia's restorative justice dilemma

Meanwhile, the current winner-takes-all structure makes any changes extremely risky and intimidating to many. Where ethno-religious group interests are concerned, many fear a change of prime minister and government would mean a total collapse of the status quo. Where personal ambitions are concerned, many fear that whoever occupies the prime minister’s seat would emerge as another strongman for many years..

To overcome such a fear from preventing clear choices to emerge in the next general election, GBM calls upon all political parties to commit to sustaining the basic structure of the status quo where ethno-religious group interests are concerned, from affirmative action to the criminal jurisdiction of the courts, for the 14th Parliament’s term while upholding and enhancing human rights.

Any substantial changes should happen only with dialogue and consensus in a democratised environment after the general election.

For the 14th general election, political parties should instead promise in their manifestos and compete on bold political institutional reforms to restore democracy and good governance through enhancement of checks and balances among and within different branches of government – the executive, legislative, judiciary – at all levels. Such an agenda was already well articulated in the Bersih 4 and Bersih 5 rallies, stressing 10 key institutional reforms.

Whichever parties that form the new governments after the next general election must implement such institutional reforms, such as free and fair elections, reform of Parliament and other key institutions such as the Malaysian Anti-Corruption Commission, the attorney general’s chambers, the enactment of freedom of information laws as well as the abolition of draconian laws such as Sosma and the Sedition Act.

With these reforms, Malaysia will have a real parliamentary democracy, whereby the executive branch especially the prime minister will be held accountable for their actions, rather than enjoying effectiveo impunity. With the reduction of the prime minister’s power and the ease to sack a corrupt prime minister, the question of who will be the next prime minister will be relatively less important.

The call for political institutional reforms over ethno-religious polemics and personalities is also indirectly a reminder of where Malaysian politics has gone wrong.

Despite the high stakes, increasingly heated political competition since 2013 has not brought about enough attention to bread and butter issues. The poor and the marginalised are feeling the pinch the most as seasonal cash handouts are inadequate to cushion the effect of rising prices throughout the year.

Hopefully with the right incentives, a less winner-takes-all approach and a more decentralised political system will drive politicians and political parties to also compete in reviving our economy and building sufficient social safety net for those in need.

With the next general election on the horizon, GBM therefore calls upon all political parties, civil society groups, businesses and individual citizens who want a healthy democracy to prioritise political institutional reforms in the election.

We should all press for democracy, good governance and good socio-economic policies, rather than getting bogged down with disputes over ethno-religious group interests or rivalries between personalities.

Let us stay focused. Happy and rewarding 2017!

Zaid Kamaruddin is chair of Gabungan Bertindak Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x