Home Web Specials 2015 Web Specials Dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 mengecewakan

Dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 mengecewakan

Eleventh Malaysia Plan - Photograph: epu.gov.my

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Selagi pertindihan ekonomi capital dan rakyat tidak diakui, diambilkira dan ditangani, rakyat biasa akan terus dibebankan dan akan menghadapi masalah ekonomi, ujar Jeyakumar Devaraj.

Saya terima baik pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menyediakan pelan rancangan-rancangan Malaysia ini. Ini menunjukkan kesedaran di kalangan kerajaan bahawa ekonomi kapitalis tidak dapat mengawal diri sendiri.

Adam Smith telah berhujjah tentang ‘invisible hand” ataupun tangan tersembunyi yang boleh mengawal pasaran bebas. Memang di sesebuah sector ekonomi di mana wujudnya beratus-ratus pengeluar dan beratus-ratus pembeli, persaingan antara pengeluar akan mengawal kualiti dan harga barang yang didagangkan. Jadi tangan tersembunyi yang dinyatakan oleh Adam Smith dapat berfungsi.

Tetapi dalam ekonomi moden, ada banyak sector di mana hanya dua ataupun lima syarikat besar menguasai sector tersebut. Dalam situasi seperti ini, persaingan antara pengeluar tidak akan berlaku dan oleh itu “tangan tersembunyi” tidak berfungsi. Oleh itu, perlulah sector seperti ini dipantau dan dibimbing oleh kerajaan melalui polisi dan regulasi.

Tetapi perancangan ekonomi, untuk memanafaatkan rakyat harus didasarkan pada fakta yang benar dan pada konsep-konsep yang bernas dan betul. Ada banyak matlamat yang sedap dibaca dalam RMK-11. Umpamanya, dalam muka surat 5–16 dicadangkan pengagihan pendapatan negara kepada kaum pekerja akan ditingkatkan dari 33.6 peratus daripada GDP sekarang ke 40 peratus GDP pada tahun 2020.

Ini sedap hendak didengar. Akan tetapi jika rancangan ini bukan didasarkan pada reality, bukan diasaskan pada fakta, bolehkah kita capai sasaran-sasaran macam ini?

Garis kemiskinan tidak realistik

Wujudnya beberapa konsep dalam dokumen ini yang bermasalah, yang tak jelas dan mengelirukan. Definasi kemiskinan adalah salah satu contoh. Di muka surat 1–4 dikatakan kemiskinan di Malaysia telah dikurangan daripada 29 peratus pada tahun 1970 kepada 0.6 peratus pada 2014. Masalah dengan angka ini ialah ia didasarkan pada satu definasi kemiskinan yang tidak boleh diterima.

Kita tahu 56 peratus daripada B40 ia-itu 40 peratus keluarga termiskin di Malaysia duduk di bandar. Untuk sebuah keluarga yang duduk di bandar apakah bajet yang perlu untuk memperolehi semua keperluan asas untuk anak-anak mereka? Untuk sewa rumah, untuk hantar seorang anak ke kelas tadika, bayar sewa bas untuk hantar anak-anak lain ke sekolah, mungkin kena hantar ke tuisyen. Di kebanyakan bandar kita, pengangkutan awam tidak begitu efisyen, oleh itu kena ada kereta sendiri juga.

Bila kita ambil kira kesemua perbelenjaan ini Yang Di Pertua, jelas RM1,000 sebulan tidak mencukupi. Tetapi kita telah letak garis kemiskinan di bawah RM1,000 sebulan. Mana cukup. Sekurang-kurangnya sebuah keluarga di bandar memerlukan pendapatan RM 2500 untuk memperolehi keperluan asas.

Dan janganlah kita sembunyi di belakang istilah relative poverty. Ertinya istilah relative poverty adalah keluarga itu dapat memperolehi segala keperluan asas untuk semua ahli keluarga. Tetapi bila banding dengan keluarga kaya, keluarga ini tidak begitu mewah. Keluarga kaya pakai Mercedes baru; keluarga ini pakai Datsun lama. Orang kaya ada rumah mewah; keluarga yang relatively poor ada rumah juga, tetapi teres sahja. Keluarga kaya pergi ke hotel lima bintang; keluarga ini pergi pasar malam. Tetapi keluarga ini dapat memperolehi segala keperluan asas untuk ahli keluarganya. Inilah erti sebenar relative poverty.

Akan tetapi, bila basic needs ataupun keperluan asas tidak dapat diperolehi, kemiskinan itu bukan “relative”, Tuan yang Di Pertua. Ia merupakan absolute poverty.

Itulah masalah dalam dokumen RMK11 ini. Kita letakkan garis kemiskinan begitu rendah – hanya RM800 sebulan sekeluarga. Tak masuk akal. Something is wrong with our concept of poverty.

Jika kita terima kaedah yang dipakai oleh negara-negara maju kita akan meletak garis kemiskinan sebagai pendapatan isirumah (household income) yang merupakan 60 peratus pada pendapatan median masyarakat kita. Ikut statistic yang diberi dalam dokumen RMK11 ini, pendapatan median di Malaysia pada tahun 2014 adalah RM4,585 sebulan sekeluarga. Dan 60 peratus daripadanya adalah RM2,751.

RM2,750 bukan pendapatan yang besar, Tuan Speaker. Masih tight. Memang tidak dapat membeli rumah. Tetapi boleh bayar sewa rumah, dan menghantar anak ke sekolah dan tadika. Mungkin dapat membeli kereta second hand.

Jika RM2,750 diambil sebagai garis kemiskinan untuk sesebuah keluarga, ini bererti lebih kurang 25 peratus keluarga di Malaysia harus diklasifikasi sebagai miskin. Hakikat ini harus diterima oleh perancang ekonomi kita. Janganlah menetapkan satu garis kemiskinan yang langsung tidak realistic dan selepas itu tepuk tangan seolah telah selesaikan masalah kemiskinan.

Masih ada kemiskinan di Malaysia, Tuan Speaker. Hanya bila terima hakikat ini, barulah kita dapat sediakan polisi dan program untuk kendalikannya. Jika kita mengelak daripada reality, dan sweep the problem under the carpet, mana dapat kita selesaikan masalah ini.

Punca pendapatan rendah

Selain daripada konsep kemiskinan dan garis kemiskinan, satu lagi konsep yang bermasalah adalah punca utamanya pendapatan rendah di negara kita. Perdana Mneteri banyak menumpu pada isu produktiviti pekerja kita. Dia kata kita harus meningkatkan produktiviti pekerja kita untuk melonjakkan Malaysia ke perengkat negara maju. Saya setuju, produktiviti pekerja harus ditingkatkan. Tetapi adakahnya sebab terpenting untuk pendapatan rendah di Malaysia?

Saya ingin mengemukakan satu conundrum, suatu perkara, untuk perhatian Dewan dan juga untuk pihak EPU. Seorang cleaner pejabat di Australia menerima gaji sebanyak A$9.70 setiap jam kerja. Jika kita kira 40 jam kerja seminggu pendapatan bulanannya adalah A$3,472. Nilai dollar Australia adalah sama RM2.80. Bila kita darab dengan 2.8 kita dapat pendapatannya adalah RM9,757 s bulan. Ini tanpa buat kerja overtime. Hanya kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu, dapat RM9,757 sebulan.

Tetapi cleaner yang buat kerja sama di Malaysia hanya dapat gaji RM900 sebulan – 11 kali lebih untuk pekerja cleaner di Australia! Apakah sebab itu? Adakahnya perbezaan dalam produktiviti? Adakah cleaner di Australia pakai IT dalam kerjanya ataupun alat-alat canggih? Tak, alat sama juga – penyapu, vacuum cleaner dan mop.

Hampir 11 kali lebih. Mengapa? Ini kita kena kaji dan memaham. Kerana inilah crux of the matter. Pihak EPU (Unit Perancangan Emonomi) harus mengkaji conundrum ini kerana ia beri satu fahaman yang dalam terhadap corak ekonomi global.

Pada saya, kita perlu analisa dua perkara. Satu adalah pengagihan kekayaan oleh sistem perdagangan antarabangsa yang wujud sekarang. Sistem perdagangan ini telah diwujudkan oleh pihak penjajah 300 ke 400 tahun dahulu bila negara-negara dari Eropah menguasai dunia. Dari zaman itu, sistem perdagangan antarabangsa adalah berat sebelah dan berfungsi untuk memindahkan kekayaan daripada negara-negara di Afrika dan Asia ke benua Eropah dan Amerika Utara.

Dahulu mereka mari menjajah kita secara langsung. Selepas itu mereka manipulate harga barangan di mana harga barangan yang dikeluarkan oleh negara membangun dikurangkan tetapi harga barangan buatan negara maju dijual dengan harga tinggi.

Selepas itu syarikat-syarikat besar dari negara maju kenakan royalty yang tinggi terhadap teknologi yang dibeli oleh negara membangun. Pengendalian access ke pasaran negara maju telah membolehkan syarikat besar memakai kaedah transfer pricing untuk memindahkan kekayaan yang dikeluarkan oleh pekerja negara membangun ke syarikat kaya di negara maju.

Ini telah berterusan untuk 300 tahun yang lalu. Kekayaan yang dicipta, yang dikeluarkan oleh negara membangun telah dipindah ke negara-negara barat dengan memakai pelbagai kaedah.

Sekarang dia membawa satu kaedah yang lebih canggih iaitu TPPA. Dia mahu memakai TPPA untuk memanjangkan tempoh paten ubat, untuk lanjutkan copyright untuk bahan cetakan. Dia hendak membawa ISDS, Investor-State Dispute Settlement, di mana syarikat dia boleh mendakwa kerajaan kita di mahkamah antarabangsa jika kita melakukan sesuatu yang sentuh untungnya.

Itulah sebabnya saya begitu anti-TPPA ini, Yang Di Pertua. Ia adalah usaha untuk mengkukuhkan satu sistem perdagangan antarabangsa yang memeras negara-negara sedang membangun. Angkat kekayaan yang dicipta di sini dan hantar ke negara kaya. Jika sesiapa ingin memahami perkara ini secara lebih mendalam, rujuklah pada buku-buku Profesor Samir Amin. Dia seorang pakar ekonomi dari Mesir…

Tetapi bagaimanakah cleaner di Australia dapat gaji yang 11 kali lebih daripada gaji cleaner di Malaysia? Bagaimanakah kaum pekerja di Australia telah dapat sebahagian daripada kekayaan yang diperas dari negara Asia dan Afrika?

Untuk memahami isu ini kita kena rujuk pada sejarah moden negara-negara Eropah dan juga Australia. Pekerja di negara maju melalui kesatuan mereka dan parti-parti buruh telah mendesak untuk gaji yang lebih baik dan kemudahan sosial seperti perkhidmatan kesihatan percuma, bayaran pampasan pengangguran dan sebagainya.

Pada zaman 50an dan 60an, negara Soviet Union masih kuat dan perang dingin berlangsung. Pihak elit di negara Eropah dan Amerika Syarikat khuatir pekerja mereka akan memberontak jika tidak diberi sebahagian daripada tuntutan mereka. So, oleh sebab kekuatan USSR, pekerja di Eropah dan Amerika dan juga Australia dapat menang beberapa konsensi. Inilah sebabnya seorang cleaner di Australia mendapat gaji 11 kali lebih daripada seorang cleaner di Malaysia.

Jika masalah pokok adalah produktiviti rendah di kalangan pekerja kita, cadangan Perdana Menteri untuk meningkatkan kemahiran pekerja kita adalah tepat.

Tapi jika masalah pokok adalah sistem perdagangan global yang berat sebelah, jika masalah pokok adalah Imperialisme, hanya meningkatkan kemahiran pekerja kita tidak mencukupi. Malangnya, langsung tiada kesedaran terhadap masalah Imperialisme dalam dokumen RMK11 ini.

Dokumen RMK ini mengatakan akan meningkatkan pendapatan isi rumah ke RM5,000 sebulan menjelang 2020. Ini bererti, jika dua orang suami dan isteri berkerja pun, mereka harus dapat gaji basic sebanyak RM1,800 seorang sebulan. Barulah dengan overtime dua jam sehari mereka akan dapat RM2,500 sebulan seorang.

Akan tetapi gaji minima sekarang hanya RM900 se bulan. Dan Perdana Menteri kita telah mengumumkan bahawa tidak boleh meningkatkannya tahun ini. Inilah realitinya. Adanya perindihan antara ekonomi capital dan ekonomi rakyat. Inilah sebabnya wujudnya sekatan pada hasrat kita menaikkan gaji minima.

Dalam sistem global yang wujud sekarang, jika hanya Malaysia sahaja yang melakukannya, ada kemungkinannya kita akan hilang FDI ke Vietnam dan Thailand. If we go against the global system seperti lone ranger, kita akan kena.

Kita harus fikirkan isu ini dan aturkan strategi untuk mengatasi sekatan itu. Saya percaya jawapannya adalah kita kena melakukannya bersama dengan negara-negara serantau. Tetapi langkah pertama adalah kita kena sedar imperalisme wujud, pemerasan ekonomi-ekonomi negara membangun sedang berterusan. Baru kita boleh berbincang strategi mengatasinya.

Jika kita mahu mencabar imperialism, kita harus berbincang bagamana kita boleh menggerakkan Asean, bagaimana kita dapat kerja dengan negara-negara lain di Afrika dan Amerika Selatan, bagaimana kita dapat menghidupkan balik semangat Bandung.

Tetapi malangnya kewujudan sistem perdagangan antarabangsa yang berat sebelah tidak diambilkira oleh perancang kita. It is not even recognised. Mana boleh rancang untuk lawannya? Macam cerita dongeng, kita kata “people’s economy dan capital economy” seolah tiada percanggahan.

Memang ada percanggahan tetapi dokumen ini tidak menhadapi reality. Ia tidak sedar terhadap cabaran yang ditemui oleh negara macam Malaysia yang ingin membangun.

Pelepasan GHG dikurangkan?

Selain daripada kekeliruan dengan konsep-konsep utama, saya juga menemui beberapa angka yang sukar diterima, Tuan Speaker. Satu contoh adalah angka-angka berkaitan pelepasan CO2 ke udara. Di muka surat 6-1 diumumkan bahawa pelepasan greenhouse gases (GHG) setiap juta ringgit GDP telah dikurangkan 33 per cent antara 2009 hingga sekarang. Dalam lima tahun yang lalu, intensity pelepasan GHG kita telah diturunkan 33 peratus. Apakah kesahihan angka ini?

Ada beberapa perkara dalam dokumen RMK11 sendiri yang bertindih dengan kenyataan terhadap pengurangan intensity pelepasan GHG.

Ikut muka surat 6-2, hanya 234MW kuasa elektrik dijana dengan memakai sumber yang boleh dibaharui pada tahun 2014. Tetapi jumlah penjanaan kuasa elektrik di Malaysia adalah 16,000MW; 234MW hanya merupakan 2 peratus sahja daripada jumlah ini.

Pada takat ini, 42 peratus daripada kuasa elektrik kita dijana daripada arang batu. Dan kerajaan sedang bercadang untuk membina dua lagi loji arang batu. Jawapan soalan di parlimen pada 25 Mei 2015 soalan # 12 menyatakan bahawa:

  • gas asli – 376kg CO2 setiap MWhr kuasa elektrik yang dijana, manakala
  • untuk arang batu – 878kg CO2 dilepaskan setiap MWhr elektrik yang dikeluarkan.

Dua kalilebih tinggi. Dan kita akan membina dua lagi loji penjanaan yang memakai arang batu. Bagaimanakah kita dapat kurang intensity pengeluaran GHG kita sebanyak 33 peratus? Saya harap kementerian yang berkenaan boleh memberi satu taklimat kepada ahli-ahli parlimen untuk memberitahu kami bagaimana pengurangan intensity GHG ini dihitung.

Angka hutan

Poin akhir yang saya ingin sentuh ia-lah angka-angka berkaitan hutan. Dikatakan dalam muka surat 6-4 bahawa liputan hutan di Malaysia telah bertambah daripada 56.4 peratus pada tahun 2010 ke 61 peratus pada tahun 2014. Betulkah ini?

Keluasan tanah Malaysia adalah 329,847 km2. Dikatakan liputan hutan telah tambah 4.6 peratus. Ini bererti 1,517,296ha telah dijadikan hutan dalam lima tahun yang lalu. Susah menerima angka ini.

Jadi, inilah masalah apabila kita keluarkan angka-angka seperti ini. Orang akan menyoal, dan semua angka yang lain, termasuk yang betul, juga akan diragui. So EPU, janganlah buat macam ini. Ataupun adakah you sifatkan ladang kelapa sawit sebagai hutan? I would like to see the facts.

Pada saya ini bukan satu dokumen perancangan ekonomi yang serius. Konsep-konsep yang dipakai tidak jelas. Definasi kemiskinan tidak tepat. Dokumen ini tidak kendalikan isu pemerasan negara Dunia Ketiga oleh sistem perdagangan antarabangsa. Pertindihan antara ekonomi capital dan ekonomi rakyat tidak diakui. Dan ada beberapa angka-angka yang susah dipercayai.

So pada saya dokumen RMK 11 ini lebih merupakan satu “feel good” dokumen, satu alat propaganda dan bukan satu dokumen perancangan ekonomi yang serius.

Selagi pertindihan ekonomi capital dan rakyat tidak diakui, diambilkira dan ditangani, rakyat biasa akan terus dibebankan dan akan menghadapi masalah ekonomi. Dokumen RMK11 ini adalah dokumen yang mengecewakan, dan susah untuk saya menyokongnya.

Ucapan di atas dibuat semasa debat terhadap Rancangan Malaysia Ke-11 di Parlimen pada 26 Mei 2015.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Jeyakumar Devaraj
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x